The power of giving




As-salam,

Aku percaya pada the power of giving. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak lagi yang kita akan dapat. Sebab tu, dalam setiap rezeki yang kita dapat, kongsikan la dengan orang lain. Macam tu juga gaji setiap bulan yang kita dapat. Hulurkan la sedikit untuk emak dan ayah di kampung. Kalaupun gaji yang dapat tu sikit, beri la sedikit. Bukan jumlah tu menjadi keutamaan, tapi keberkatan dan doa ibu bapa tu akan buat kita merasa cukup dengan gaji yang sedikit.

Banyak rahsia dalam bersedekah ni. Allah dah menjanjikan ganjaran berlipat ganda bagi orang yang suka bersedekah. Pernah tak kita dengar orang jatuh muflis kerana bersedekah? Bersedekah akan membuka lebih banyak pintu rezeki.

Kaya jiwa dengan besedekah. Setiap kali bersedekah, hati kita akan lebih tenang dan gembira. Ini yang aku rasakan. Apalah erti harta yang banyak jika jiwa tidak tenang. Rasullah S.A.W bersabda, " Kekayaan itu bukanlah kerana mempunyai banyak harta, tapi kekayaan sebenar adalah kekayaan jiwa".

Dan sebaik-baik sedekah adalah sedekah seorang anak kepada orang tuanya. Ketika kita bergembira, bermewah makan, ingat la ibu bapa di kampung. Sihat kah mereka, makan kah mereka, gembirakah mereka. Sentiasa la bertanya khabar mereka. Hulurkan bantuan kewangan buat mereka terutama jika mereka tidak lagi mempunyai sumber kewangan.

~ rindu kat mak ayah. ~

lap habuk kat mata.
Mar


Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078)

Facebook : d.ni.vitaminsihat

Whatsapp : 018-2684992

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato