Percutian pendek ke Cameron Highland | Bharat Tea dan Abang Strawberry

As-salam,

Last week kami ke cameron highland. Last minute punya plan. En.fuad la duk kata kesian kat naurah pasal tak bawak dia bercuti masa cuti sekolah ni. Katanya nanti teacher tanya takkan nak naurah jawab pegi rumah aunty lang dan office mama. So malam khamis tu sambil duk bincang-bincang nak ke cameron ke tak, aku terus survey di booking.com mencari hotel di sana. Sekali tengok harga bilik Heritage Hotel cuma RM162. Terus la booking, pastu packing baju, siapkan segala keperluan sebab nak bertolak awal pagi esoknya. Yippi...

Esoknya aku bangun awal macam biasa. Terus mandi, siap semua yang patut kemudian kejut naurah. Senang betul nak bangun, siap menjerit happy lagi. Tapi masa mandikan meragam pulak. Apa da. Pastu siapkan athmar dan panaskan makanan athmar. Nasib baik dah siap masak puree athmar hari rabu tu. Senang kan buat homemade food ni. Frozen kan je stok. Nak makan, just panaskan. Tak leceh pun la nak sediakan makanan baby walaupun untuk pergi bercuti. 

Kami bertolak jam 8.30 pagi. Walaupun plan asal nak bertolak jam 7 pagi. Biasa la ada anak kecik ni lewat la sikit. Perjalanan smooth je. Kami ikut tapah. So aku agak mabuk bila jalan mula berbelit. Jom tido sebelum termuntah. Susukan je athmar, dia pun tertido sama. Tau-tau je sampai di Bharat Tea. Stop kejap nak isi perut dulu. Kalau korang pegi, korang mesti try hazelnut tea. Memang sedap bak hang.




Menu minum pagi, teh tarik, hazelnut tea, ice lemon tea, chicken mushroom pie, chicken ham sandwich dan donat total RM30. Bayaran mahal untuk menikmati panorama ladang teh. Tapi teh memang super sedap. So berbaloi juga la harganya.


Seronoknya minum teh sambil menikmati keindahan ladang teh dan bayu sejuk menghembus pipi. Bestnya..Bestnya.. Nampak tak keterujaan athmar. Siap angkat-angkat tangan tu.  

Lepas isi perut kami turun jap ke ladang teh untuk bergambar. Sebenar dalam tempoh 11 bulan ni, ini kali ke 3 kami ke cameron highland. Tapi 2 kali sebelum ni tak berkesempatan nak ke Bharat Tea ni. Dan 2 kali sebelum ni tak bermalam pun di cameron highland.



Masa ni matahari tengah terpacak kat atas kepala. Nak bergambar punya pasal tahankan je. Cameron pun dah tak sesejuk beberapa tahun lepas. Tambah musim panas sekarang ni. Cuma tak seterik bahang di KL la.

Mari mendaki. Lelah jugak mendaki ni. Dah takde stamina katakan. Tercungap-cungap bila sampai di atas. Nasib ada Boba 4G ni. Takde la lenguh tangan mendukung athmar. 

Destinasi seterusnya adalah pegi memetik strawberry. Banyak strawberry farm di cameron ni. Pilih je mana yang korang nak. Kami ke Abang Strawberry, kepunyaan orang melayu. Abang strawberry ni atas sikit je dari Bharat Tea. 1st time singgah di sini sebab banner Abang  Strawberry ni yang 1st kami nampak. Charge untuk petik strawberry di sini ialah RM20 untuk 500gm. Nanti korang dapat 1 bakul dan 2 gunting. Petik dengan cara gunting di ranting strawberry tu. Jangan sampai rosakkan pokok ye. 


Naurah memang super excited la. Dah la strawberry memang buah peberet dia. Cicah dengan chocolate, memang laju la dia makan. Tapi aku lagi suka strawberry dengan madu. Masam campur manis, memang terbaik ok. 




Geram betul kami tengok strawberry. Merah dan ranum betul. Athmar pun seronok jugak. Kasi dia pegang, mengeggek gelaknya. Apa la yang dia fikir ye. Tapi yang pasti anak-anak mak ayah memang enjoy sangat.



Lepas petik, korang kene pegi ke cashier untuk  timbang dan bayar. Kalau kurang dari 500g, diorang akan tambah kasi cukup. Akak yang jaga cashier ni baik sangat, siap kasi keychain percuma kat naurah. 

Disebabkan bau ayam goreng begitu menggoda, en.fuad ajak makan lagi. Kami order nasi kukus ikan masin dengan ayam goreng dan sambal strawberry. Hidangan dilengkapkan dengan strawberry milkshake. Memang heaven. Cuaca sejuk memang sentiasa buat kita lapar kan. Hehehe.

Sedap juga sambal strawberry. En. fuad suka, so dia beli 2 botol sambal dan dapat 1 botol jem strawberry.  Pastu dah balik dia nyesal beli sikit.

 

Strawberry milkshake tu sedap. Rasa buah cukup. Takde la nama je strawberry milkshake tapi takde rasa strawberry. Cuma ayam tu kering sikit. Dapat bahagian isi, tapi mak suka bahagian tulang. Huhu




Ni la wajah kesayangan aku. Asik bergaduh je dengan diorang. Geram tau. Tapi kalau diorang takde sunyi pulak hidup aku. En. fuad tu kalau kene time dia menyakat, memang sakit hati sangat. Rasa nak lempang kuat-kuat. Tapi kalau dia tetiba nak romantik, jenuh ko nak melayan. Muka memang ganas, sampai staf dia takut dengan dia. Tapi dalam hati penuh taman bunga. Dengan anak bini memang baik la. Yang paling best, dia rajin kemas rumah. Aku memang senang lenang je di rumah sebab semua en. fuad yang uruskan. Hahaha.

Si naurah pulak, pandai membodek. Bila nak sesuatu, kemain lembut cakapnya. Tapi kalau melawan, huh memang menguji kesabaran kau. Nasib baik mak ko dah join group mak tak marah anak. So boleh control la sikit marahnya. Bila mama dah tak boleh control marah, kita pas je dekat papa. 

Athmar pula dah makin banyak akal. Lagi beberapa hari je lagi nak genap setahun. Tapi gigi sebatang pun tak tumbuh lagi. Selamat mak kau dari di gigit. 

Nanti aku sambung lagi entry di cameron highland ye. Rehat jap

Love, 
mar


Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078)

Facebook : d.ni.vitaminsihat

Whatsapp : 018-2684992

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato