Sesal

As-salam,

Hari ni gagal menahan marah pada naurah. Tiap-tiap pagi naurah menangis bila aku mandikan dia. Dalam hati aku tau, dia akan meragam. Dia akan menangis. Dia masih kecil. Apa lagi yang aku harapkan dari insan kecil berusia 5 tahun. Dia masih belum boleh mengawal akal dia. 

Tapi hari ini aku tewas pada perasaan marah itu. Aku mengamuk. Aku lepaskan kata-kata yang tak sepatutnya. Aku lepaskan perasaan marah pada orang yang tak sepatutnya. Akal aku gagal berfungsi. Aku menurut nafsu marah. Aku tewas pada bisikan syaitan. Ya allah. Betapa banyak hati terluka pagi ini dek kerana perasan amarah itu. Betapa berdosanya aku. 

Maafkan mama sayang. Tiada niat mama merosakkan jiwa mu. 

Maafkan ayang, sayang. Permulaan pagi ini dengan jeritan amarah. 

Janji ku pada diriku, perkara ini tak akan berulang lagi. Tidak sama sekali. 




Love,
mar

Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078)

Facebook : d.ni.vitaminsihat

Whatsapp : 018-2684992

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato