Gejala kembung perut dan cara mengatasinya
Assalam, Masalah perut kembung sememang akan mengganggu aktiviti seharian kita. Bagi mereka yang mempunyai perut sensitif, silap makan atau terlewat makan boleh menyebabkan perkara ini berlaku. Bagaimana ianya terjadi? Percaya atau tidak, mereka yang menghadapi tekanan akan mudah mengidapi masalah perut. Merokok juga boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah kembung perut Makanan berlemak yang sukar dicerna menjadi salah satu sebab gas mudah terkumpul Makan terlalu laju juga menyebabkan seseorang tertelan lebih banyak udara Minuman bergas juga penyumbang kepada masalah kembung perut Menguyah gula-gula getah boleh menyebabkan kembung perut (saya selalu hadapi masalah ini) Cara Mengatasinya Makan tepat pada waktu Elakkan memakan makanan yang berangin seperti kekacang, kobis etc Makan secara perlahan dan kunyah sehingga lumat Minum air kosong Cara Rawatan Ada beberapa cara rawatan secara tradisional ...