Posts

Showing posts with the label shaklee

Konsisten 3 Perkara Ini Supaya Bisnes Anda Semakin Maju

Image
Assalamualaikum,   Dalam bisnes, mesti kita nak nampak ada progress kan. Progress tu peningkatan dalam bisnes kita, macam sales semakin meningkat, buka cawangan, keuntungan bertambah. Kalau tak, untuk apa berbisnes, betul tak. Nak pastikan bisnes sentiasa ada progress kita kena konsisten buat perkara ini: 1. Suka Apa Yang Kita Buat Saya bisnes shaklee sebab jatuh cinta pada produknya. Kalau tanya vitamin apa paling suka, nak jawab semua pun saya suka. Sebabnya, semakin lama mencuba setiap produknya, semakin banyak manfaat yang saya dapat. Tahap kesihatan saya dan keluarga semakin meningkat. Dan saya benar-benar gembira dengan perubahan ini. 2. Fokus Seeloknya fokus pada 1 bisnes. Bukan tak boleh buat yang lain, tapi nanti jadi kurang fokus pula. Sebelum bisnes shaklee, banyak juga bisnes lain saya buat. Tapi sekarang fokus hanya pada shaklee sebab produk yang ni lebih menarik minat saya. Bila saya buat beberapa bisnes lain dalam satu masa, saya...

Ceritera Sabtuday

Image
Assalamualaikum, 2018. Alhamdulillah genap setahun proses pembelian rumah. Dan kami telah berpindah ke rumah sendiri pada penghujung oktober lepas. Renung kembali ketika mula mencari rumah, banyak juga cabaran yang kami hadapi. Dari pemilihan kawasan, harga rumah, permohonan loan, urusan perundangan, baikpulih rumah dan perpindahan hingga hampir stress juga la. Mananya tak stress sebab kami berpindah ketika ahkak berpantang. Setelah semuanya selesai, memang lega sangat. Kalau di ingat kembali beberapa tahun sebelum, memang tak termimpi kami mampu memiliki sebuah rumah di kawasan ampang. Malah tak menyangka langsung akan membeli rumah. Faham je la harga rumah di bandar, memang jauh diluar kemampuan. Namun Allah telah menulis rezeki setiap dari kita. Hanya yang perlu kita lakukan adalah berusaha dan meminta dariNYA. 2017 telah berlalu, 2018 pasti membawa pelbagai cabaran lagi. Harga barangan terus naik, kos hidup pasti akan terus meningkat. Jangan ...

Atasi Masalah Buasir Tanpa Perlu Dibedah

Image
Assalamualaikum, Secara tidak sedar sebenarnya ramai orang mengalami masalah buasir namun ianya agak jarang di bicarakan secara umum. Buasir merupakan masalah pembengkakkan yang melibatkan saluran pembuangan air besar di mana mereka yang mempunyai masalah ini akan mengalami pendarahan ketika membuang air besar. Masalah ini jika tidak di rawat di peringkat awal di khuatiri akan memberi kesan yang lebih buruk. Punca Gejala Buasir Buasir terbahagi kepada dua jenis: Buasir di kawasan dalam (Internal haermorrhoid)  Buasir ini tidak merbahaya dan kerana terletak jauh di dalam kawasan rektum. Ianya tidak memberi rasa sakit atau gatal namun ganguan pada saluran pembuangan najis akibat pembengkakan akan membuatkan permukaan buasir luka dan berdarah. Buasir di kawasan luar (External hearmorrhoid)  Buasir ini membuatkan penghidapnya mengalami gejala seperti sakit, pedih, gatal-gatal di bahagian dubur. Mereka yang menghidapi buasir peringkat ini harus segera me...

Punca Berlakunya Katarak Dan Cara Untuk Mengatasinya Tanpa Menjalani Pembedahan

Image
Assalamualaikum, Pernah dengar tentang katarak mata? Biasa bila dengar tentang masalah katarak, yang terlintas di fikiran adalah masalah berkaitan tentang mata yang biasanya di hadapi oleh warga emas. Namun bagaimana ianya terjadi? Saya akan berkongsi lebih lanjut berkenaan masalah ini. Katarak merupakan masalah mata di mana kanta mata jernih menjadi kabur. Ia perlu di rawat segera kerana akan menjejaskan penglihatan. Ada kes di mana katarak yang tidak di rawat akan mengakibatkan mata menjadi buta.  Katarak terjadi akibat daripada: Penuaan Kecederaan pada mata Diabetes Penyakit tertentu Pengambilan sesetengah jenis ubat Kekurangan zat makanan Faktor kongenitil Tanda-tanda Katarak  Penglihatan menjadi kabur tanpa rasa sakit Warna kelihatan pudar Silau melampau Penglihatan berganda pada sebelah mata  Rabun / kesukaran melihat pada waktu malam Kaedah Rawatan Bagi pesakit yang baru mengalami masalah katar...

Ingin Berhenti Merokok? Ketahui Cara Mudah Untuk Hilangkan Ketagihan

Image
Assalamualaikum Ramai di kalangan kita yang merupakan perokok tegar. Kalau melepak di kedai mamak, memang boleh lemas dek asap rokok. Umumnya kita semua mengetahui tentang bahayanya rokok, namun ramai yang sukar menghentikan tabiat merokok. Mengapa ye?  Seseorang yang saya kenali ingin berhenti merokok. Namun katanya sukar untuk menghilangkan rasa ketagihan terhadap nikotin. Apa Sebenarnya Nikotin? Nikotin merupakan sejenis dadah yang boleh menyebabkan seseorang menjadi ketagih. Di dalam daun tembakau terdapat di antara 1 hingga 3 peratus nikotin. Di dalam sebatang rokok terdapat 0.5 sehingga 2.0 mg nikotin bergantung kepada cara ia di proses.  Nikotin menyebabkan gangguan pada sistem saraf yang boleh menggangu fungsi otak khususnya sistem saraf autonomik yang mengawal otak, tekanan darah dan kadar degupan jantung. Antara kesan lain nikotin terhadap manusia adalah memberikan rasa khayal. Ini menimbulkan ketagihan di kalangan perokok.  Sejauh man...

Alam Terasa Berputar? Mungkin Itu Vertigo.

Image
Assalamualaikum, Pernah tak, dunia anda terasa berputar-putar hingga anda terasa tidak stabil, pening dan muntah? Awas, mungkin anda mengalami vertigo. Apa Itu Vertigo?  Vertigo berasal dari Bahasa Latin ' Verto' yang bermaksud gerakan berputar yang membuatkan pesakitnya merasa sakit kepala hingga tidak mampu berdiri dengan stabil. Ini adalah kerana gangguan pada sistem keseimbangan badan. Pesakit vertigo juga akan merasa pening, loya dan muntah-muntah. Vertigo boleh menyerang sesiapa sahaja. Malah menurut kajian berdasarkan kepada peningkatan umur, vertigo biasa menyerang wanita 2 kali lebih tinggi berbanding lelaki dan merupakan satu gejala yang biasa di hadapi oleh mereka yang berusia lebih 65 tahun.  Punca Berlaku Vertigo Jangkitan di telinga menyebabkan gangguan keseimbangan pada bahagian dalam telinga Ganguan pada saraf otak yang menyebabkan kekurangan aliran oksigen sehingga menggangu keseimbangan pada bahagian saraf...

Bagaimana Merawat Tulang Patah Agar Sembuh Dengan Lebih Pantas Dan Cepat

Image
Assalamualaikum. Tulang patah boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Hanya kemalangan yang kecil sahaja boleh mengakibatkan berlakunya tulang patah. Proses penyembuhannya pula mengambil masa yang agak lama, berbulan-bulan bergantung kepada usia. Lebih lanjut usia seseorang, lebih lewat penyembuhan berlaku. Ini menyebabkan mereka yang mengalaminya berasa tertekan kerana pergerakan mereka yang terbatas. Tambah leceh dengan pemakaian simen yang berat, panas dan merimaskan. Nak garu pun tak boleh. Jadi bayangkan kena pakai selama beberapa bulan.  Dr. Zubaidi di dalam artikel beliau ada menyebut proses penyembuhan tulang patah melalui 3 peringkat secara serentak. Pembengkakan berlaku di bahagian yang patah akibat darah beku bagi memberi kestabilan kepada struktur di bahagian yang patah. Kemudian sel-sel yang rosak akan mula di singkirkan dan sel baru akan mula terbentuk.   Rawat Tulang Patah Dengan Supplement Bagi Penyembuhan Lebih Pantas Sungguh ...