Ceritera Sabtuday

Assalamualaikum,

2018.

Alhamdulillah genap setahun proses pembelian rumah. Dan kami telah berpindah ke rumah sendiri pada penghujung oktober lepas.

Renung kembali ketika mula mencari rumah, banyak juga cabaran yang kami hadapi. Dari pemilihan kawasan, harga rumah, permohonan loan, urusan perundangan, baikpulih rumah dan perpindahan hingga hampir stress juga la.

Mananya tak stress sebab kami berpindah ketika ahkak berpantang. Setelah semuanya selesai, memang lega sangat.

Kalau di ingat kembali beberapa tahun sebelum, memang tak termimpi kami mampu memiliki sebuah rumah di kawasan ampang. Malah tak menyangka langsung akan membeli rumah. Faham je la harga rumah di bandar, memang jauh diluar kemampuan.

Namun Allah telah menulis rezeki setiap dari kita. Hanya yang perlu kita lakukan adalah berusaha dan meminta dariNYA.

2017 telah berlalu, 2018 pasti membawa pelbagai cabaran lagi. Harga barangan terus naik, kos hidup pasti akan terus meningkat.

Jangan kita hanya mengeluh. Kita boleh menyekat perbelanjaan, tapi sampai bila? Jom ubah ekonomi diri dan keluarga. Kita jana pendapatan yang lebih demi kehidupan yang lebih selesa.

Bukankah Allah Maha Kaya, yang menjadikan alam ini, yang menghidupkan serta mematikan segalanya. Maka tidak mustahil untuk Allah memberikan kekayaan buat kita.

Berusaha lah, maka pasti Allah akan memberinya.

#tsunamishaklee
#g15tsunami
#tsunami2018
#empayarjelita
#dnivitaminsihat



Ingin membeli vitamin shaklee? Hanya klik pada ikon di bawah dan buat pesanan melalui web.





Atau anda juga boleh hubungi saya dengan klik pada nombor yang tertera di bawah. 
Saya menanti whatsapp dari anda. 


Call / SMS / Whatsapp

Pengedar Shaklee Ampang

FB  Mardiani

COD : Tesco Ampang dan sekitarnya
Bangsar & Seri Kembangan (Hari bekerja) 

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato