Posts

Showing posts from October, 2010

Dating..

Sejak dh ada anak, memang dah lama aku tak berpeluang berdating berdua-duan dgn hubby. Tapi baru-baru ni peluang tu datang. Auww.. hepinye dapat peluang makan berdua dengan hubby macam zaman bercinta dlu. Kalau org tengok mmg sah ingat kami pasangan yang sedang hangat dilamun cinta. Sebenarnya setiap pasangan suami isteri memang memerlukan masa untuk berdua. Siapa kata lepas berkahwin dan mempunyi anak, mereka tidak boleh berdating lagi. Cuba la berdating dengan pasangan anda, pasti anda akan terkenang kembali zaman bercinta dahulu dan pastinye dapat menghangatkan kembali hubungan yang semakin suam-suam kuku tu. Hehehe..

Princess Naurah

Image
Dah lama tak bercerita ttg si kecil yang comel ni. Tiap-tiap hari tengok gelagat naurah yang semakin bijak ni memang menyeronokkan sampai tak rasa masa yang bergerak. Ada aja aksi-aksi comel naurah yang menggelikan hati. tak percaya, jom layan pics ni.. Aksi garu kepala > > > > garu lagik > > naurah rasa nk wat rebonding la, pastu blonde kn rambut ni.. ok tak mama?? > > > aksi main botol mineral > > > > musim panas ni naurah kene minum air masak byk2 tau mama > > > aksi makan biskut > > > > yumm..yumm > > > > mama nak ke?? > > > > tak leh, ni biskut naurah..hehehe > > aksi dgn drawer > > > > > > > yeah..yeah..mari terjah drawer ni > > aksi mari bersimpuh di tangga > > > > > mula-mula duduk sopan2 di kaki tangga ni ye.. > > > > mari kita panjat > > aksi menyakat kazen > > > mula-mula aim dari jauh > > > pastu tarik baj

tren ohh tren.. part 2

Image
Ni lanjutan dari entry tren ohh tren . Ni pics yang sempat aku snap pd hari kejadian. Ni time pagi kt stesen Putra Pasar Seni tren berhenti lama di setiap stesen > > time balik pulak > > LRT Star pulak yang problem. taktau dah berapa lama problem, time aku sampai org dah terlalu ramai sampai tak boleh naik ke platform. Ari tu aku terpaksa naik putra ke ampang park, ambik bas ke ampang point & tunggu alang jemput. Sampai di rumah pukul 7.30 mlm, lewat sejam dari biasa. Ayah ckp naurah dah start melalak dari 6.30 lagi. Agaknya dia dah tau time tu patutnye mama dah sampai rumah. Kesian tengok naurah yang tersedu-sedu bila aku dukung dia. "sorry sayang mama tak sengaja lewat ari tu"

Tanjung Harapan, Klang

Image
Last sunday pegi makan seafood kt Tg Harapan ngn hubby, B.I.L & his friends. Tempat tu best, luas & servis pun bagus. Yang lagi menarik sebab murah. Kami makan berlima, ambik lauk ikan kerapu, ketam, udang & sotong. Nasi putih 7, ( biasa la makan dgn lelakikan) fresh oren 2 jug. Total kos RM 110.00 sahaja. Terkejut gak aku bila tau harganya. Slalu kami makan seafood kt Bagan Lalang (tak ambik udang & ketam) pun mesti cecah RM 130++ Cmni leh pegi lagi la ke Tg Harapan ngan family aku. Cuma yang tak bestnye, aku rasa tak puas makan. Sebabnya :- 1. Naurah takmo duk diam. So kene ambik turn mkn ngan hubby. 2. Hubby lak sedap je makan smpai tak ingat nak ambikkan lauk ke dlm pinggan aku (sampai aku terpaksa suh hubby ambikkan lauk la) 3. Sebabkan itu, aku dpt makan sikit je lauk-lauk yang sedap tu. Sebab ada sorang kawan B.I.L makan tak ingat orang belakang. Sampai abis semua lauk dia kerjakan. Aku dpt merasa ikan pun sikit jer, 2 ekor udang & 3 ketul sotong. Sedey betol

PJJ

Ini bukan Pengajian Jarak Jauh ye kawan2. Tapi kali ni aku nk ceritakan tentang Perkahwinan Jarak Jauh. Macam kehidupan aku & hubby sejak setahun yang lepas. Sebenarnye sebelum kawin pun kami dah PJJ gak (Percintaan Jarak Jauh) selama 5 tahun. Sejak berkahwin bulan Mei tahun lepas masih lagi PJJ hingga kini. Banyak masalah & dugaan yang melanda hubungan kami sepanjang PJJ ni. Namun alhamdulilah hubungan kami masih kuat lagi. Tapi bila dah ada anak sekarang, aku teringin sangat nak hidup disamping hubby macam pasangan yang lain. Aku nk hubby sama-sama ada disamping bagi membantu aku membesarkan naurah. Aku tak nak la PJJ selama-lamanya. Naurah semakin besar. Dia perlukan papanye untuk menjaga & menguruskan hidupnya sama macam yang mama lakukan selama ini. Aku taknak naurah membesar jauh dari papanya. Aku berdoa agar impian aku untuk bersatu dengan hubby jadi kenyataan secepat yang mungkin.

Dilema part 2

Lately ni emosi aku agak tergangu. Maybe sebab byk benda yang perlu aku fikir & settlekan. refer pada dilema . Hubby lak berat nk pindah ke kl. wisau dengan cost of living kt KL yg hyper tinggi. Yup aku admit mmg sara hidup kt kl sgt tinggi. Tapi... Susah btol la skg ni. Serabut kepala fikirkan. Apa yang perlu aku lakukan? Harap cepat la berlalu masalah ini.

tren ohh tren..

Huhhh putra delay lagik >> penat jer aku rushing pagi nih >> akhirnya lambat gak sampai opis >> dah ambik gambar utk tontonan kengkawan semua >> tapi cable hp tak bawak la pulak >> so masuk story je la >> lain kali baru aku upload pic yer > > > > tapi ada gak yang menarik ari ni >> jamuan makan di opis >> gosh >> sendat pewot ku ini ( ",)

Soru time.. @ bgn lalang

Image
24 september 2010 Pulang ke Bagan Lalang. Trip kali ni alang, adik & along sefamily ikut sekali. Cuma hubby je yang tak dapat join sebab tuntutan kerja. Next time sayang join skali ye. Bergerak dari rumah pada pukul 9.30 malam. Kami tunggu along di R&R Seri Kembangan. Alhamdulilah perjalanan lancar tanpa kesesakan. Mungkin kerana kami menggunakan highway MEX. Dina & Aqil naik sekali sebab nak bersama dengan Naurah menyebabkan alang & adik terpaksa naik kereta along. Aqil yang dah berumur 2 thn tu dah semakin bijak bercakap. Jadi banyak sangat benda yang di cakapkannya sampai kami naik letih gak la melayan dia. Tapi naluri kanak-kanak yang sedang belajar, jadi kami layankan juga setiap pertanyaannya. Kami selamat sampai ke rumah Bagan Lalang pukul 11 malam. Alhamdulilah.. 25 September 2010 Dina dah bangun awal pagi dan mengejutkan kami semua untuk ke pantai. Sememangnya dia lah orang yang paling excited tiap kali hendak pulang ke sini. Tapi Dina ni sebenarnya takut henda