Posts

Showing posts with the label breastfeeding

BIG WHY KENAPA KAMI BELI RUMAH

Image
Assalamualaikum Ahkak nak share something kat korang. Yang ni memang ahkak belum share lagi di fb ahkak. Insha allah tak lama lagi kami akan berpindah rumah. Dah kenapa nak pindah dalam pantang pula kan! Sebenarnya kami beli rumah ni dari disember 2016 lagi. Tapi proses jual beli ambil masa yang lama untuk selesai. Dapat kunci pada tengah bulan ogos. Nak tak nak memang kena pindah juga la oktober. Tak kan nak bayar rumah sewa dan rumah ni pulak kan. Kami beli rumah subsale. Bermakna rumah 2nd. Memang plan nak beli rumah dah lama kami fikir. Awalnya nak beli rumah yang kami sewa sekarang. Walaupun sebenarnya ahkak tak berapa sukakan keadaan rumah ni, tapi memikirkan ianya landed house jadi ahkak setuju je la untuk beli bila tuan rumah offer nak jual. Dalam masa kami nak berurusan dengan bank, ayah mertua ahkak jatuh sakit. Jadi kami balik kampung selama seminggu. Bila balik kl je, tuan rumah bagi tau ada sorang lagi pembeli yang berminat untuk beli rumah ni. Jadi dia minta ka...

KELESUAN HINGGA HAMPIR MEROYAN

Image
Assalamualaikum. Ahkak tak cerita perkara ni pada sesiapa, tapi en.suami nampak perubahan ahkak. Anak-anak pun nampak. Ahkak mudah marah, tak ceria dan kurang bercakap. Awal-awal bersalin hari tu, ahkak agak stress juga la. Dengan pergerakan ahkak yang sangat terbatas. Dengan athmar yang mula meragam lepas dapat adik. Dengan naurah nak exam lagi. Ehh stress tau mengajar budak darjah 1 ni. Dah la silibus diorang lebih advance, naurah pula kurang fokus. Kena ajar banyak kali nak bagi dia faham dan lekat dalam otak. Memang rasa darah naik ke kepala la.  Dalam keadaan macam tu, dengan en.suami yang busy sangat memang buat ahkak tertekan sangat. Sampai satu masa ahkak menangis depan en.suami. Slowly dia pujuk ahkak. Dia faham tekanan ahkak. Dengan keadaan badan ahkak yang lemah dan masih sakit kesan czer.  Jangan salah faham. Walaupun en.suami busy dengan kerja, tapi dia memang uruskan ahkak dan anak-anak dari A-Z la. Sebelum en.suami keluar bekerja, dia pastikan kep...

Pengalaman pertama czer dan luka baik dengan pantas

Image
Assalamualaikum. Lama betul ahkak tak update blog. Untuk pengetahuan semua, ahkak dah selamat melahirkan anak ke 3 pada 9 september lalu. Alhamdulillah mudah ahkak bersalin, cuma kali ni ahkak czer sebab baby dah berak dalam perut. Bila dapat tau ahkak kena czer, memang nak menangis gak la mulanya. Ye la, nak kena injet pun ahkak takut ni pulak nak kena belah perut. Doktor bagi masa 1/2 jam untuk ahkak try bersalin normal. Masa ahkak sampai hospital tu pun sebenarnya laluan dah bukak 7cm. Masa nurse bagitau dah 7cm, ahkak happy la sebab tak lama dah tu. Tapi kejap je happy bila doktor cakap baby dah berak, bacaan jantung baby tak stabil so kena emergancy czer. Ahkak rasa nak menangis, takut, cemas, semua ada la. Bukan apa, dok fikir keadaan lepas czer tu. Dengar cerita memang sakit la bila ubat bius dah habis. Semua berlaku dengan pantas. Lepas 1/2 jam dan baby masih belum keluar secara normal, maka ahkak di tolak masuk ke OT. Sedih sebab en.suami tak dibenarkan masuk. Wala...

MENYUSU MEMBUATKAN ANDA STRESS? Bagaimana Untuk Mengatasinya.

Image
Assalam. Menyusukan anak memang moment yang sangat indah. Tapi ia juga boleh jadi sesuatu yang membuatkan ibu stress bila susu merundum, atau bila bayi menolak untuk menyusu, atau juga bila bayi seolah-olah tidak puas menyusu.  Jika anda juga begitu, jangan risau anda tak keseorangan. Saya juga pernah alaminya!! Permulaan saya dalam penyusuan bermula setelah melahirkan anak sulung, Marsya Naurah. Tanpa sebarang ilmu, saya cuba untuk menyusukan dia. Banyak kesilapan, banyak kesalahan, banyak kekeliuran yang terjadi. Ye saya akui memang silap saya. Gagal untuk menyiapkan diri dengan ilmu sebelum kelahirannya.  Masa menyusukan naurah dulu saya belum mengenali shaklee. Ya allah memang stress nak cukupkan stok susu. Selalu je menangis bila pam, tapi dapat kurang dari 2oz.  Saya makan kurma, kismis, badam, kurma merah, habatussauda, jantung pisang, ehh macam-macam la. Tapi hasil tetap sama.  Tapi semenjak mengenali shaklee, saya tak lag...

Sustained Release Vita C 500mg

Image
Assalam, Hari ni nak bercerita tentang Sustained Release Vita C 500mg Shaklee.  Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah oren. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid yang juga dikenali sebagi Vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C didalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas. Manafaat Utama: Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar. Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangka...

Dari mana datangnya tenaga dia

Image
Assalam, Nak cerita sikit la rutin harian aku dari pagi hingga ke malam. Setiap pagi aku bangun tidur jam 5.37 pagi. Kenapa 5.37 bukan 5.30? Sebab aku sukakan kelainan. Memang dari dulu perangai aku macam tu. So bangun pagi tu terus mandi solat, lepas tu prepare bag susu athmar, cooler bag aku, make up, kadang-kadang masak puree athmar, pung pang pung pang dekat 6.50 baru settle semua. Tapi tak sepenuhnya lagi. Sejak naurah bersekolah, aku kene siapkan dia pagi-pagi. Kalau tak dia menangis tak mau pegi sekolah. Lotih nak memujuk nanti.  Dah settlekan naurah, kene naik bilik balik kejut en.fuad pulak. Nak tukar diapers athmar. Athmar tengah kecik ni memang tak banyak ragam sangat. Senang sikit nak handle. Bayangkan betapa kalutnya aku pagi-pagi. Belum keluar rumah dah becak ketiak ok.  Lepas hantar athmar, en.fuad hantar aku ke LRT station pulak. Dengan handbag di bahu kiri, cooler bag di bahu kanan, bergegas aku mengejar tren. Kalau tren smooth, maka perjalanan aku ...

Kembali hangat seperti malam pertama

Image
Assalam, Wah kali ni tajuknya daring sikit ye. Ni untuk para isteri sahaja tau. Yang belum kawin tu nak baca boleh la untuk dapatkan ilmu. Tapi praktikkan lepas kawin je tau. Jangan berzina pulak. Eh melalut pulak. Suka atau tidak kita para isteri harus akui antara cara untuk mengikat suami adalah semasa di kamar tidur. Namun kebanyakkan suami mengeluh setelah beberapa tahun perkahwinan, 'Miss V' isteri dah tak grip lagi. Lebih-lebih lagi selepas melahirkan anak. Jadi wanita ni bukan senang kan. Semua nak kene jaga. Lepas bersalin lagi la kene extra jaga. Maklum la lepas bersalin, banyak part yang berubah. Ada mengelebeh, ada longgar, ada lonyot. So macam mana nak kembalikan semua tu ke asal. Senaman Bersenam baik untuk kesihatan anda. Dengan bersenam, korang dapat meningkatkan kecergasan fizikal, membakar lemak, mengembalikan bentuk badan yang langsing, membaiki koordinasi dan keseimbangan, mengawal tekanan darah, dan mengawal paras glukos dalam darah. Orang yang ...

Kenapa ber SHAKLEE

Assalam, Malam ni terasa nak update blog pula. Sambil golek atas katil sambil susukan athmar sambil menaip. Aku nak ceritakan macam mana aku boleh terjebak dengan shaklee. Mula-mula dengar nama shaklee masa duk menyusukan naurah. Tapi masa tu rasa tak mampu nak beli supplement. Walaupun ramai yang duk promote produk ni, tapi sebab rasa mahal so aku tak beli la.  Set pertama yang aku beli adalah set kurus bajet. Ada lecithin, Herb-Lex dan Alfalfa. Tapi masa tu makan tak konsisten. Sebab rasa sayang nak habiskan. Hahaha. Tak lama lepas tu aku mengandungkan athmar. Masa kandungan berusia 6 bulan, aku decide untuk join jadi ahli shaklee dan beli set kehamilan. Kali ni memang konsisten makan. Alhamdulillah asbab shaklee, aku sentiasa bertenaga sepanjang mengandungkan athmar.  Proses melahirkan athmar pun sangat cepat. Hanya sejam sakit contraction, aku melahirkan athmar dengam 3 kali teran. Sejurus lepas melahirkan aku terus menyusukan athmar. Lepas 2 jam bersalin aku te...

Hodohnya stretch mark

Image
Assalam, Masa mengandungkan naurah, stretch mark hinggap di perut ku dengan meliar sekali. Tensen tau bila tengok perut yang dulunya licin kini di cemari dengan stretch mark.  Masalah stretch mark sememangnya sentiasa menghantui kebanyakkan wanita. Bukan hanya yang mengandung, malah bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.  Jangan biarkan masalah stretch mark terus membelenggu diri anda. Jom hilangkan kesan stretch mark dengan ESP Shaklee.  sumber google Berdasarkan daripada pengalaman aku sendiri, ketika mengandungkan athmar aku mula mengamalkan ESP dan masih lagi minum hingga ke hari ini. Sepanjang mengandungkan athmar, tiada lagi stretch mark baru muncul. Yang lebih bestnya tu, kesan stretch mark lama semakin pudar. Bukan aku pandai-pandai kata, tapi En. fuad yang bagi tau kesan tu semakin kurang. Seronoknya rasa. Bukan tu saje, malah ESP membantu dalam penyusuan susu ibu dimana susu menjadi lebih pekat dan creamy. Kulit anak pun lebih canti...

Percuma namun khasiat di dalamnya,

Image
Assalam, Selalu kita berfikiran bahawa setiap benda yang lebih mahal tentu lebih baik. Ada yang betul, namun ada juga yang tak betulnya. Ada benda yang mahal hanya kerana namanya. Ada benda yang mahal kerana memang kualitinya terjamin. Namun ada benda yang percuma, tetapi tiada satu pun yang mahal mampu menandinginya. Benda itu adalah susu ibu. Titisan emas yang terlalu tinggi nilai, khasiat dan kebaikannya.  Tengok ni banyak betul perbezaan diantara susu ibu dan susu formula. Jadi semahal manapun susu formula masih tidak dapat menandingi kehebatan yang terkandungan di dalam susu ibu. Susu tak cukup untuk bayi anda? Ini adalah punca kebanyakkan ibu gagal menyusukan bayi mereka. Tahukan anda, susu yang terhasil di awal kelahiran di kenali sebagai kolostrum.  Kolostrum mengandungi banyak protein, karbohidrat dan antibodi yang sangat diperlukan oleh bayi. Sebagai makanan pertama bayi, kolostrum juga mudah dicerna, mengandungi sel darah putih, mampu melindun...

Resipi Makanan Bayi - Puree pear + pisang & puree jagung

As-salam, Dah lama tak update resipi makanan bayi kan. Rajin duk buat tapi malas ambik gambar. Jadi entry hari ni hanya bercerita tanpa gambar. Puree pear + pisang Bahan-bahan Sebiji pear Sebiji pisang Cara-cara Ambil sebiji buah pear, cuci bersih, potong kecil dan buang kulit Steam pear tersebut hingga lembut. Potong pisang kecil. Setelah pear sejuk, campur air / ebm blend bersama pisang. Buah pear ni kaya dengan serat. Ia boleh membantu mengatasi masalah sembelit. Selain tu, buah pear juga mengandungi vitamin c yang bertindak sebaga antioksida yang membantu melindungi sel dalam badan daripada radikal bebas. Kandungan pectin dalam pear juga dapat membantu merendahkan paras kolestrol dalam tubuh. Selain itu, kandungan glukosa dan fruktosa dapat memberikan sumber tenaga bagi tubuh. Banyak lagi khasiat pear tau, kalau demam, minum segelas jus pear bagi meredakan suhu panas. Pisang juga banyak khasiatnya ye. A banana a day keeps the doctor away. Pisang m...

Osteoporosis - Kesan kekurangan kalsium

Image
Ini adalah gambar struktur tulang. Gambar kiri adalah tulang normal manakala gambar kanan adalah tulang yang mengalami osteoporosis. Nampak jelas ketara lompong-lompong bagi tulang yang mengalami osteoporosis.  Menurut kamus perubatan, osteoporosis adalah keadaan tulang yang mengalami kemerosotan kepadatan normal tulang yang boleh menyebabkan tulang menjadi rapuh dan mudah patah. Sedikit kemalangan yang kecil sudah boleh menyebabkan individu yang menghadapi osteoporosis mengalami patah tulang. Perkara ini akan bertambah buruk sekiranya tidak diatasi.  Dianggarkan 3 daripada 12 wanita atau 1 daripada 12 lelaki melebihi 50 tahun di seluruh dunia mengalami masalah osteoporosis. Punca utama adalah kerana kekurangan kalsium.  Wanita yang mengandung, dan menyusukan bayi mengalami penyusutan kalsium yang amat ketara. Kerana itu golongan ini amat digalakkan untuk mengambil vitamin kalsium sebagai makanan tambahan. Osteoporosis boleh di bendung dengan pen...

ESP - Soy Protein Isolate Powder

Image
As-salam, Hari ni nak kongsi tentang ESP Shaklee. Apa itu ESP? ESP Shaklee adalah sumber protein biologi daripada soya yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino. Soya yang digunakan adalah daripada bukan GMO. Apa maksud bukan GMO dan GMO?  GMO adalah pengubahsuaian sesuatu secara genetik. Seperti contoh ayam yang dicucuk supaya cepat membesar. Terdapat banyak produk makanan yang telah diubah secara genetik tau. Soya salah satunya. Kerana itu shaklee tekankan bahawa bahan asas ESP merupakan soya yang bukan GMO.  Perlu ke makan protein? PERLU.  * Kulit, tulang, rambut, otot-otot plasma dan antibodi terdiri daripada protein.  * Sel-sel di dalam tubuh memerlukan protein untuk menjalankan fungsinya. * Protein diperlukan untuk menggantikan sel-sel lama kepada baharu.   Kelebihan ESP Shaklee * Menyokong kesihatan imunisasi badan. * Menjadikan kulit bertambah halus, cantik dan gebu. ...

Mudahnya babywearing dan breastfeeding

Image
As-salam, Siapa yang suka benda senang? Semua orang suka benda mudah kan. Jadi aku nak share sesuatu yang amat memudahkan untuk mak mak macam aku ni. Sape yang sejak ada baby dah tak suka nak keluar jalan-jalan sebab leceh nak angkut segala barang. Baby taknak duduk dalam stroller. Pastu bila nak susu, melalak macam kene dera bila terlambat nak suakan susu. Kalau korang alami situasi macam ni, jom belajar babywearing dan breastfeeding. Kenapa? Sebab aku dah jumpa jalan yang paling memudahkan hidup aku bila keluar berjalan dan pegi bercuti dengan baby. Yang pertama breastfeeding. Menyusu badan adalah perkara yang paling memudahkan aku untuk menguruskan anak. Tengah malam athmar menangis, suakan je breast. Pastu sambung tido balik. Kadang-kadang tak ingat athmar ada bangun nyusu ke tidak. Punya la santai kan. Nak pegi berjalan lagi best. Tak payah susah payah nak sediakan botol susu dan bawa stok susu. Biasa aku tengok orang terpaksa angkut bakul yang penuh berisi stok sus...

Penyimpanan EBM

Image
As-salam. Akhirnya terkemas pun stok ebm aku ni. Dah lama duk bebel kat en. fuad suruh dia diy rak untuk susun semua ebm aku. Pastu dia beli bakul ni 5 bijik dah tolong susun kan ikut date. Tapi tak cukup rupanya 5 bijik bakul. Patut beli 7 katanya. Next time bila pegi kedai tu balik boleh beli lagi 2. Bila dah kemas macam ni lebih senang nak ambik. Make sure gunakan kaedah FIFO iaitu first in first out. Jangan lupa labelkan setiap pek ebm dengan tarikh, masa dan jumlah oz.  Korang pun boleh kumpul ebm macam ni. Yang penting kene penuhi konsep Demand vs Supply tu. Rajin-rajin kosongkan cik B. Jangan duk pikir susu tak ada, susu sikit. Fikiran negatif hasilkan negatif result. Tempoh penyimpanan ebm seperti berikut: Nak supplement, meh PM makcik.. ** SPECIAL GUIDE AND TIPS ON BREASTFEEDING TO MY CUSTOMER ONLY** Set menyusu asas Shaklee Independent Distributor  Mardiani Mohamad Nor 1091078 Pengedar Sah Shaklee Ampang : ...

Tolong... Susu saya makin kurang

Image
As-salam, Ibu-ibu yang memilih untuk menyusukan anak, tahniah aku ucapkan. Sememangnya susu ibu yang terbaik untuk bayi. Malangnya menyusukan anak ni tak semudah A, B, C. Jadi ilmu penyusuan tu memang amat penting sekali. Hari ni aku share lagi sekali tips bagi ibu-ibu yang sedang / telah / bakal alami masalah susu badan berkurangan. Sebelum tu cikgu nak remind sekali lagi konsep asas penyusuan apa dia murid-murid? Ye DEMAND VS SUPPLY. Ok pandai. Bila susu semakin merundum, pertama sekali sila check jadual penyusuan korang. Adakah korang menyusukan anak mengikut demand mereka. Penting bagi ibu-ibu yang bekerja, tolong jangan skip waktu pam. Usahakan diri untuk pam setiap 2 - 3 jam sehari. Makin susu merundum, semakin perlu tingkatkan aktiviti mengepam. Ingat jangan sesekali malas dan tunggu hingga breast terasa bengkak baru nak pam. Antara perkara yang perlu korang buat bila susu drop adalah: Skin to skin Bagi ibu-ibu yang baru je melahirkan anak, semema...