Resipi Makanan Bayi - Puree pear + pisang & puree jagung
As-salam,
Dah lama tak update resipi makanan bayi kan. Rajin duk buat tapi malas ambik gambar. Jadi entry hari ni hanya bercerita tanpa gambar.
Puree pear + pisang
Bahan-bahan
Sebiji pear
Sebiji pisang
Cara-cara
Ambil sebiji buah pear, cuci bersih, potong kecil dan buang kulit
Steam pear tersebut hingga lembut.
Potong pisang kecil.
Setelah pear sejuk, campur air / ebm blend bersama pisang.
Buah pear ni kaya dengan serat. Ia boleh membantu mengatasi masalah sembelit. Selain tu, buah pear juga mengandungi vitamin c yang bertindak sebaga antioksida yang membantu melindungi sel dalam badan daripada radikal bebas. Kandungan pectin dalam pear juga dapat membantu merendahkan paras kolestrol dalam tubuh. Selain itu, kandungan glukosa dan fruktosa dapat memberikan sumber tenaga bagi tubuh. Banyak lagi khasiat pear tau, kalau demam, minum segelas jus pear bagi meredakan suhu panas.
Pisang juga banyak khasiatnya ye. A banana a day keeps the doctor away. Pisang mengandungi prebiotik iaitu bakteria baik untuk usus. Makan pisang secara konsisten dapat membantu tubuh anda menyerap kalsium dengan lebih baik
Puree jagung
Bahan-bahan
3 tongkol jagung ( seeloknya jagung fresh)
Aku beli jagung susu dari cameron highland. Sumpah memang sedap gila. Makan gitu je pun sedap. Berebut dengan naurah.
Cara-cara
Rebus / steam jagung hingga lembut
Setelah sejuk, campur sedikit air / ebm dan blend kan
Tapis untuk membuang serdak dan kulit
Jagung mengandungi protein, beta kerotina, vitamin A, B1, B6, C dan K, kalsium, fosforus, zat besi serta tinggi serat yang baik untuk kesihatan tubuh. Jagung yang dimasak secara rebus atau kukus membebaskan zat yang cukup iaitu sebatian phenolik yang dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser.
Ingat, makanan yang dimasak sendiri adalah lebih segar dan berkhasiat berbanding makanan segera dari tin atau botol. Lagipun makanan yang dimasak sendiri penuh dengan kasih sayang. =)
Love,
mama mar
Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078)
Facebook : d.ni.vitaminsihat
Whatsapp : 018-2684992
Comments
Post a Comment