Kid'z Paradise, Quill City Mall

As-salam,

Sebab cuaca tak menentu sekarang ni, kejap panas terik.. Pastu kang tetiba hujan lebat pulak. So dah jarang sangat la kami bawa naurah ke taman. Kesian kat dia, bosan asik terkurung dalam rumah je. Habis-habis pun main basikal di porch rumah. Tu pun gate berkunci. Memang aku dan en. fuad tak kasi anak main di jalan. Bahaya, kereta laju. Diorang ni bukan kira pun area rumah pun bawak laju kemain macam atas highway. 

So bila keluar ke mall, selalu la naurah request nak pegi main di indoor playground. Selalunya ke Kidzoona di Aeon. Tapi sesekali tukar selera pulak. Ni di Kid'z Paradise, di Quill City Mall. Sebenarnya cerita ni pegi masa bulan februari ari tu. Tapi hari ni baru update. Suka bebenor la dia dapat main kat sini. Tengok ni aksi dia. Betul-betul lepas geram la ni.

tak padan dengan anak dara, memanjat pulak dia



sebenarnya dia bosan terpaksa main sorang-sorang.








Hari tu tak banyak pulak ambik gambar sebab athmar tidur. So pinjam gambar dari page kid's paradise la. 



seed pool. antara port favorite naurah main
 





Kid'z paradise ni ada 3 cawangan iaitu di Mines Seri Kembangan, Klang Parade dan Quill City Mall. Di Quill City Mall ni tak ramai sangat. Mungkin mall ni baru lagi. Tapi di masa pegi di Mines dulu memang pack. Nak main kat tempat seed pool tu pun tak syok. 

Tak silap Kid'z paradise ni ada satu lagi cawangan di 1 Shamelin. Tapi takde pulak letak branch tu dalam page Kid'z paradise ni. Mungkin lain kot. 

Bayaran masuk adalah RM25 pada weekday dan RM38 untuk weekend. Main la sampai lebam. Cuma yang kurang berbaloi untuk anak kecil la. Sebab baby 6 bulan ke atas diorang dah mula charge harga yang sama. Gila ko, baby 6 bulan tau apa. So kalau korang pegi bawak baby, korang naik juga la slide semua tu. Alasan bawa anak naik ok. Kalau tak memang rugi la bayar untuk baby tapi tak naik. Kalau untuk anak-anak yang dah besar memang berbaloi la. 

Zaman sekarang ni nak naik slide pun kene bayo ye. Omak dulu main kat padang depan rumah je. Pun dah habis seronok. Anak-anak punya pasal kan. Sesekali boleh la layankan kehendak diorang. 

Love,
mar


Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078)

Facebook : d.ni.vitaminsihat

Whatsapp : 018-2684992

Comments

  1. Were here at noon. The staff were unfriendly. And the place was not maintain. Some of the stuff were unsafe for children like the trampoline and the stairs up to the slide. Thats my first and my last to visit kidz paradise at quill. Wouldnt recomend to anyone.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato