Posts

Showing posts with the label B complex

DEKO RUMAH PART 2 | LAMPU

Image
Assalamualaikum. Yeayyy lampu dah siap di pasang. Semalam en.suami wasap gambar. Bertambah excited ahkak rasa tau.  Ruang ni kami plan nak letak meja makan. Lampu 3 serangkai ni en.suami beli di kedai di Jalan Pasar. Lebih murah dan ada warrenty setahun berbanding dengan kedai di area Ampang. Lampu bilik ni kalau di off, pastu on balik akan menyala lampu kaler soft orange. Boleh jadi lampu tidur. Faham kenapa ahkak cakap ni? Hihi. Terlupa pula nak suruh en.suami ambik pic. Nanti la ahkak ambik pic pastu update balik ye. Seluruh rumah kami guna lampu LED termasuk ruang yard dan balkoni. Memang terang dan yang menarik lampu LED tak panas macam lampu biasa, lebih jimat elektrik dan lebih terang. Sekarang ni kipas yang tak beli lagi. Cadang nak letak wall fan di ruang makan dan 1 lagi wall fan di master bedroom. Bilik anak-anak pakai stand fan yang dah sedia ada di rumah sekarang. Kalau ada bajet lebih nak gak tukar kipas di hall ni. Tapi tu kalau...

DEKO RUMAH BARU PART 1 | CAT RUMAH, KABINET DAPUR DAN LANTAI VINLY

Image
Assalamualaikum. Macam yang ahkak ceritakan semalam pasal rumah baru kami, hari ni nak cerita pasal mengecat rumah. Ye la nak duduk sendiri mesti nak rumah nampak cantik dah kemas. Warna asal dinding rumah ni biru. Dari masuk pintu sampai ke dalam bilik memang biru mata hitamku. Serabut pulak ahkak dengan warna biru seluruh rumah. Ahkak tak tipu, memang dari pintu masuk sampai ke bilik kaler biru. Ruang yang ahkak berdiri tu dapur. Kecik sinonet je. Owner lama tak buat kitchen cabinet. Ni pula walkway ke bilik. Pun biru juga. Ahkak suka design rumah ni sebab ada lorong ke bilik. So ada la privacy sikit. Master bed room agak besar dan selesa. Besar la bagi ahkak untuk saiz rumah apartment  kurang dari 1000sq. Cuma lantai di bilik tidur jenis simen biasa. Penyewa lama guna tikar getah. Jadi kami decide untuk gunakan lantai vinly. Nak tengok ke hasil selepas di cat? Hihi :)  Ok la ahkak share kat uolss ye hasil kerja en.suami. Jenuh juga en.su...

5 vitamin yang wajib di ambil setiap hari

Image
Assalam, Gaya hidup yang serba sibuk telah banyak merubah corak pemakanan kebanyakkan masyarakat hari ini. Rata-rata kita ingin semuanya cepat dan pantas. Ini menyebabkan kebanyakkan kita memilih untuk makan apa sahaja asalkan kenyang tanpa fikirkan tentang keperluan nutrisi.  Piramid makanan menunjukkan jumlah sajian yang harus diambil setiap hari. Berapa ramai di antara kita yang benar-benar mengikut saranan tersebut? Tau tak bahawa kekurangan nutrisi boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti berikut: sumber slideshare.net sumber slideshare.net Jika anda seorang yang sangat sibuk namun dalam masa yang sama amat mementingkan kesihatan, 5 vitamin ini wajib anda ambil. B Complex Mengandungi 8 kompenen penting vitamin B termasuk 100% biotin dan asid folik. Ia membantu menukarkan makanan kepada tenaga sekali gus dapat mengatasi masalah kelesuan. B Complex juga membantu mengurangkan tekanan dan memastikan kesihatan fungsi saraf. Bagi m...

HB rendah ketika mengandung?

Image
Assalam, Hari ni nak bercerita tentang HB rendah ketika mengandung. Rezeki saya kedua-dua kandungan saya tidak mengalami HB rendah. Bagaimana mengetahui anda mengalami HB rendah?   Ketika rawatan mengandung yang dilakukan setiap bulan, klinik akan mengambil darah bagi membuat test HB. Penting untuk mengetahui paras HB ibu-ibu. Kerana HB rendah boleh membahayakan ibu dan kandungannya.  Kesan HB rendah kepada ibu hamil dan bayi.  Ibu mudah pitam/pengsan Risiko tinggi untuk mengalami keguguran Mengalami kegagalan jantung Pendarahan semasa mengandung dan bersalin Risiko alami penyakit berjangkit dengan memberi kesan kepada bayi dalam kandungan Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut Lahir tidak cukup bulan Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia Mati ketika dilahirkan Jika anda disahkan mengalami HB rendah, sila jangan ambil mudah. Cari jalan untuk meningkatkan balik bacaan ...

Dari mana datangnya tenaga dia

Image
Assalam, Nak cerita sikit la rutin harian aku dari pagi hingga ke malam. Setiap pagi aku bangun tidur jam 5.37 pagi. Kenapa 5.37 bukan 5.30? Sebab aku sukakan kelainan. Memang dari dulu perangai aku macam tu. So bangun pagi tu terus mandi solat, lepas tu prepare bag susu athmar, cooler bag aku, make up, kadang-kadang masak puree athmar, pung pang pung pang dekat 6.50 baru settle semua. Tapi tak sepenuhnya lagi. Sejak naurah bersekolah, aku kene siapkan dia pagi-pagi. Kalau tak dia menangis tak mau pegi sekolah. Lotih nak memujuk nanti.  Dah settlekan naurah, kene naik bilik balik kejut en.fuad pulak. Nak tukar diapers athmar. Athmar tengah kecik ni memang tak banyak ragam sangat. Senang sikit nak handle. Bayangkan betapa kalutnya aku pagi-pagi. Belum keluar rumah dah becak ketiak ok.  Lepas hantar athmar, en.fuad hantar aku ke LRT station pulak. Dengan handbag di bahu kiri, cooler bag di bahu kanan, bergegas aku mengejar tren. Kalau tren smooth, maka perjalanan aku ...

Set Hamil Bajet dari Shaklee

Image
Assalam, Anda di sahkan hamil? Tahniah ye. Ibu yang hamil perlu menjaga pemakanan agar bayi di dalam kandungan mendapat khasiat yang cukup untuk membesar. Begitu juga dengan ibu, kekurangan zat mineral dan vitamin semasa mengandung boleh menyebabkan ibu mengalami kelesuan yang melampau. Oleh kerana itu, ibu yang mengandung akan dibekalkan vitamin sebagai makanan tambahan.  Ingin cuba vitamin shaklee yang 100% menggunakan bahan-bahan semulajadi tanpa sebarang kandungan yang merbahaya? Mahal? Tidak, set kehamilan bajet pastinya sesuai dengan bajet anda.  Terdiri daripada B-Complex yang mengandungi kesemua vitamin B termasuk asid folik dan biotin. Dapat membekalkan tenaga, melawan tekanan dan meningkatkan fungsi otak, membantu tumbesaran, membaiki masalah rambut gugur dan beruban. Asid folik sangat-sangat diperlukan oleh ibu mengandung bagi mengurangkan risiko kecacatan terhadap janin. Kerana itu, wanita yang merancang untuk hamil amat digalakkan untuk memak...

Hodohnya stretch mark

Image
Assalam, Masa mengandungkan naurah, stretch mark hinggap di perut ku dengan meliar sekali. Tensen tau bila tengok perut yang dulunya licin kini di cemari dengan stretch mark.  Masalah stretch mark sememangnya sentiasa menghantui kebanyakkan wanita. Bukan hanya yang mengandung, malah bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.  Jangan biarkan masalah stretch mark terus membelenggu diri anda. Jom hilangkan kesan stretch mark dengan ESP Shaklee.  sumber google Berdasarkan daripada pengalaman aku sendiri, ketika mengandungkan athmar aku mula mengamalkan ESP dan masih lagi minum hingga ke hari ini. Sepanjang mengandungkan athmar, tiada lagi stretch mark baru muncul. Yang lebih bestnya tu, kesan stretch mark lama semakin pudar. Bukan aku pandai-pandai kata, tapi En. fuad yang bagi tau kesan tu semakin kurang. Seronoknya rasa. Bukan tu saje, malah ESP membantu dalam penyusuan susu ibu dimana susu menjadi lebih pekat dan creamy. Kulit anak pun lebih canti...

Kaitan antara rambut gugur dan bayi main buih

Image
As-salam, Selalu tak dengar orang cakap bila baby dah pandai main buih, rambut ibu akan mula gugur. Betul ke? Apa kaitan main buih dan rambut gugur? Tau tak sebabnya? Biasanya apabila bayi berumur 3 bulan, kelenjar air liurnya mula aktif. Ini akan menghasilkan air liur yang lebih banyak dari masa awal kelahirannya. Manakala bagi ibu pula, sepanjang tempoh kehamilan, hormon progesteron dan estrogen pada wanita hamil sangat tinggi. Kedua-dua hormon ini menyebabkan pertumbuhan rambut terhenti dalam fasa anagen atau lebih dikenali sebagai fasa pertumbuhan. Sebab itu, wanita hamil kelihatan lebih berseri-seri dan nampak cantik. Rambut mereka kelihatan berkilat dan bersinar-sinar. Tetapi, selepas bersalin iaitu sekitar usia bayi tiga hingga empat bulan, kesemua hormon akan kembali normal dan pada waktu ini, ibu-ibu akan mengalami semula masalah keguguran rambut. Disebabkan sepanjang tempoh kehamilan tidak banyak rambut gugur, kali ini keguguran rambut berlaku dengan lebih ba...