Posts

Showing posts with the label business

Konsisten 3 Perkara Ini Supaya Bisnes Anda Semakin Maju

Image
Assalamualaikum,   Dalam bisnes, mesti kita nak nampak ada progress kan. Progress tu peningkatan dalam bisnes kita, macam sales semakin meningkat, buka cawangan, keuntungan bertambah. Kalau tak, untuk apa berbisnes, betul tak. Nak pastikan bisnes sentiasa ada progress kita kena konsisten buat perkara ini: 1. Suka Apa Yang Kita Buat Saya bisnes shaklee sebab jatuh cinta pada produknya. Kalau tanya vitamin apa paling suka, nak jawab semua pun saya suka. Sebabnya, semakin lama mencuba setiap produknya, semakin banyak manfaat yang saya dapat. Tahap kesihatan saya dan keluarga semakin meningkat. Dan saya benar-benar gembira dengan perubahan ini. 2. Fokus Seeloknya fokus pada 1 bisnes. Bukan tak boleh buat yang lain, tapi nanti jadi kurang fokus pula. Sebelum bisnes shaklee, banyak juga bisnes lain saya buat. Tapi sekarang fokus hanya pada shaklee sebab produk yang ni lebih menarik minat saya. Bila saya buat beberapa bisnes lain dalam satu masa, saya...

Ingin Berhenti Merokok? Ketahui Cara Mudah Untuk Hilangkan Ketagihan

Image
Assalamualaikum Ramai di kalangan kita yang merupakan perokok tegar. Kalau melepak di kedai mamak, memang boleh lemas dek asap rokok. Umumnya kita semua mengetahui tentang bahayanya rokok, namun ramai yang sukar menghentikan tabiat merokok. Mengapa ye?  Seseorang yang saya kenali ingin berhenti merokok. Namun katanya sukar untuk menghilangkan rasa ketagihan terhadap nikotin. Apa Sebenarnya Nikotin? Nikotin merupakan sejenis dadah yang boleh menyebabkan seseorang menjadi ketagih. Di dalam daun tembakau terdapat di antara 1 hingga 3 peratus nikotin. Di dalam sebatang rokok terdapat 0.5 sehingga 2.0 mg nikotin bergantung kepada cara ia di proses.  Nikotin menyebabkan gangguan pada sistem saraf yang boleh menggangu fungsi otak khususnya sistem saraf autonomik yang mengawal otak, tekanan darah dan kadar degupan jantung. Antara kesan lain nikotin terhadap manusia adalah memberikan rasa khayal. Ini menimbulkan ketagihan di kalangan perokok.  Sejauh man...

Alam Terasa Berputar? Mungkin Itu Vertigo.

Image
Assalamualaikum, Pernah tak, dunia anda terasa berputar-putar hingga anda terasa tidak stabil, pening dan muntah? Awas, mungkin anda mengalami vertigo. Apa Itu Vertigo?  Vertigo berasal dari Bahasa Latin ' Verto' yang bermaksud gerakan berputar yang membuatkan pesakitnya merasa sakit kepala hingga tidak mampu berdiri dengan stabil. Ini adalah kerana gangguan pada sistem keseimbangan badan. Pesakit vertigo juga akan merasa pening, loya dan muntah-muntah. Vertigo boleh menyerang sesiapa sahaja. Malah menurut kajian berdasarkan kepada peningkatan umur, vertigo biasa menyerang wanita 2 kali lebih tinggi berbanding lelaki dan merupakan satu gejala yang biasa di hadapi oleh mereka yang berusia lebih 65 tahun.  Punca Berlaku Vertigo Jangkitan di telinga menyebabkan gangguan keseimbangan pada bahagian dalam telinga Ganguan pada saraf otak yang menyebabkan kekurangan aliran oksigen sehingga menggangu keseimbangan pada bahagian saraf...

10 Rahsia Awet Muda Yang Semua Wanita Wajib Ketahui

Image
Assalamualaikum Antara soalan yang paling sukar di jawab oleh ramai wanita ialah mengenai usia mereka. Malah ada yang sanggup menipu usia sebenar mereka. Kenapa ye? Malu orang mengetahui usia sebenar mereka ke?  Bagi saya memberitahu usia sebenar tidak memalukan, tetapi, lebih malu kalau umur muda tapi dah kelihatan jauh berusia. Betul tak! Langkah-Langkah Yang Dapat Menjadikan Wajah Kelihatan Muda Dari Usia Sebenar 1. Jauhi Stress Stress membuatkan anda menjadi serabut dan mudah marah. Ini akan membuatkan hormon anda tidak menentu seterusnya menggangu kestabilan imun sistem anda. Bukan itu sahaja, jerawat juga mudah tumbuh di wajah. Jadi sekiranya anda ingin tampil menarik, kawal stress anda.  2. Minum air kosong Kulit kita memerlukan air yang mencukupi bagi mengekalkan lembapan. Kulit yang kering akan kelihatan bersisik dan tidak menarik. Jadi untuk mendapatkan kulit yang cantik, pastikan anda meminum sekurang-kurang 3liter air mineral se...

Bagaimana Merawat Tulang Patah Agar Sembuh Dengan Lebih Pantas Dan Cepat

Image
Assalamualaikum. Tulang patah boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Hanya kemalangan yang kecil sahaja boleh mengakibatkan berlakunya tulang patah. Proses penyembuhannya pula mengambil masa yang agak lama, berbulan-bulan bergantung kepada usia. Lebih lanjut usia seseorang, lebih lewat penyembuhan berlaku. Ini menyebabkan mereka yang mengalaminya berasa tertekan kerana pergerakan mereka yang terbatas. Tambah leceh dengan pemakaian simen yang berat, panas dan merimaskan. Nak garu pun tak boleh. Jadi bayangkan kena pakai selama beberapa bulan.  Dr. Zubaidi di dalam artikel beliau ada menyebut proses penyembuhan tulang patah melalui 3 peringkat secara serentak. Pembengkakan berlaku di bahagian yang patah akibat darah beku bagi memberi kestabilan kepada struktur di bahagian yang patah. Kemudian sel-sel yang rosak akan mula di singkirkan dan sel baru akan mula terbentuk.   Rawat Tulang Patah Dengan Supplement Bagi Penyembuhan Lebih Pantas Sungguh ...

BIG WHY KENAPA KAMI BELI RUMAH

Image
Assalamualaikum Ahkak nak share something kat korang. Yang ni memang ahkak belum share lagi di fb ahkak. Insha allah tak lama lagi kami akan berpindah rumah. Dah kenapa nak pindah dalam pantang pula kan! Sebenarnya kami beli rumah ni dari disember 2016 lagi. Tapi proses jual beli ambil masa yang lama untuk selesai. Dapat kunci pada tengah bulan ogos. Nak tak nak memang kena pindah juga la oktober. Tak kan nak bayar rumah sewa dan rumah ni pulak kan. Kami beli rumah subsale. Bermakna rumah 2nd. Memang plan nak beli rumah dah lama kami fikir. Awalnya nak beli rumah yang kami sewa sekarang. Walaupun sebenarnya ahkak tak berapa sukakan keadaan rumah ni, tapi memikirkan ianya landed house jadi ahkak setuju je la untuk beli bila tuan rumah offer nak jual. Dalam masa kami nak berurusan dengan bank, ayah mertua ahkak jatuh sakit. Jadi kami balik kampung selama seminggu. Bila balik kl je, tuan rumah bagi tau ada sorang lagi pembeli yang berminat untuk beli rumah ni. Jadi dia minta ka...

Vitamin terbaik untuk kanak-kanak

Image
Assalam,  Alhamdulillah semua kelengkapan persekolahan naurah dah settle. Nasib settlekan awal, tak perlu kelam kabut di saat akhir. Ahkak santek mula beli dari awal cuti persekolahan lagi. Sebab takut kang kalau lambat takde saiz pulak untuk si princess yang kecik molek tu.  Selain segala kelengkapan, yang ahkak santek utamakan juga adalah keperluan nutrisi naurah. Maklum la darjah 1 tentu saja lebih mencabar berbanding semasa bersekolah tadika. Jadual persekolahan sekarang bukan macam zaman ahkak santek dulu. Jadual sekarang memang padat dengan macam-macam kelas tambahan. Baru tengok jadual pun ahkak santek dah letih.  Jadi supaya naurah lebih cergas, tidak mudah di jangkiti sakit dan lebih fokus di dalam kelas jadi ahkak santek sediakan 4 jenis vitamin untuk dia. Kenapa sampai 4? Meh akhak santek explain dulu kegunaan semua vitamin ni. Meal shakes untuk ketika sarapan pagi agar lebih bertenaga. Meal shakes adalah multivitamin lengkap yang kaya deng...