Punca Berlakunya Katarak Dan Cara Untuk Mengatasinya Tanpa Menjalani Pembedahan
Assalamualaikum, Pernah dengar tentang katarak mata? Biasa bila dengar tentang masalah katarak, yang terlintas di fikiran adalah masalah berkaitan tentang mata yang biasanya di hadapi oleh warga emas. Namun bagaimana ianya terjadi? Saya akan berkongsi lebih lanjut berkenaan masalah ini. Katarak merupakan masalah mata di mana kanta mata jernih menjadi kabur. Ia perlu di rawat segera kerana akan menjejaskan penglihatan. Ada kes di mana katarak yang tidak di rawat akan mengakibatkan mata menjadi buta. Katarak terjadi akibat daripada: Penuaan Kecederaan pada mata Diabetes Penyakit tertentu Pengambilan sesetengah jenis ubat Kekurangan zat makanan Faktor kongenitil Tanda-tanda Katarak Penglihatan menjadi kabur tanpa rasa sakit Warna kelihatan pudar Silau melampau Penglihatan berganda pada sebelah mata Rabun / kesukaran melihat pada waktu malam Kaedah Rawatan Bagi pesakit yang baru mengalami masalah katar...