Posts

Showing posts from March, 2011

Mari bersenam

Image
Aku ke Simposium Keselamatan pada 29-30/3/2011 di Uniten. Agak menarik dengan kebanyakkan topik yang di bentangkan. Tapi akan update tentang topik-topik tersebut di entry akan datang. Kali ni aku nak bincangkan tentang satu topik yang dibentangkan oleh pensyarah daripada Uniten, Pn. Mastura berkenaan STRESS. Menurut Pn. Mastura, setiap orang pasti mengalami tekanan. Tak kiralah tekanan dari tempat kerja, di rumah atau masalah perhubungan. Tekanan atau stress bukanlah suatu penyakit atau virus, namun jika tidak dikawal ianya boleh menggangu kesihatan seseorang. Apabila seseorang mengalami stress, tekanan darahnya akan naik, jantung akan berdengup laju dan otot-otot akan menegang. Sekiranya keadaan ini berterusan tanpa di kawal, penyakit-penyakit lain seperti DARAH TINGGI, JANTUNG, KENCING MANIS akan menyinggah. Satu cara untuk mengawal / mengurangkan tekanan atau stress ini adalah dengan bersenam. Kenapa bersenam? Kerana dengan bersenam, hormon gembira akan dikeluarkan. Hormon gembira

Baby Aura @ Aquaria

Image
Minggu lepas minggu yang memenatkan buat Baby Aura . Banyak sangat aktiviti mama & papa. =) Start dari hari khamis, papa sampai, malam kami berjalan ke Downtown, Cheras. Hari jumaat pulak kami ke Motherhood Expo di Midvalley. Pehh jem gila jalan. Nasib baik la hubby cool je. Ingat nak shopping la barang-barang baby kat expo tu. Tapi tak banyak choice barangan pulak. Cuma aku borong baby wipes aje sebab murah. Berbalik pada tajuk la, hari sabtu pulak hubby ajak ke Aquaria. Punya la seronok si kecil ni tengok ikan-ikan. Sampai dia nak pegang ikan-ikan yang ada. Memang tak tau takut la sayang mama ni. Pada yang tak pernah ke Aquaria, boleh la bawak anak-anak pegi. Harga tiket bagi dewasa warganegara M'sia RM 35 seorang. Kanak-kanak lupa pulak aku sal si kecil ni masuk free je. Seronok jugak la. Leh layan picas ni ye. bersama papa tersayang si kecil ni baru nak dapat kaki. nanti bila dh expert, jenuh la mama mengejar =) keluarga bahagia kami Baby Aura yang excited tengok fish 1 la

Stylo Mama

Image
Akhirnya dapat juga bendanya. Dah lama aku nak beli, tapi asik tertangguh. Kali ni hubby offer nak belikan. Apa lagi terus la rembat. Mesti korang pelikkan apa benda yang aku maksudkan tu. Ini la dia nya Bag untuk pam spectra 3 ku. Bag yang sebelum ni dah hampir putus. Namun ku gagah usungkan jua. Demi Baby Aura aku sanggup angkut pam yang berat ni ke hulu ke hilir. Janji dapat pam susu untuk yang tersayang. p/s : hati mengidam Medela FreeStyle. tapi tak sampai hati lg nak ketuk hubby. tunggu dulu la. =)

Happy Birthday Mohamad Aqil Najmi

Image
Special entry for my lil nephew for his 3 rd birthday. Happy Birthday sayang. Ni dah 3 tahun tau. Dah tak leh memek-memek lagi. Jangan nak dengki-dengki ngn kakak & Baby Aura . Dengar cakap mama & papa. Jangan melawan ok. ni dia budak yg memek tapi bijak bercakap tu.

Hobi

Image
Semalam during lunch hour, aku ternampak 2 orang officemate aku tengah kusyuk menjahit. Sorang menjahit manik, sorang lagi tengah kusyuk dengan jahitan fennel art. Cmne tu? Leh refer kt sini Menarik betul aku tengok. Tetiba terpikir, kenapa aku tak mulakan hobi baru gak. Mana tau dari hobi, lama-lama boleh jadi income kan. Sebab ramai yang berjaya dapat pendapatan sampingan melalui hobi mereka. Kalau nak kaya, mesti la rajin berusaha. BETUL TAK? Jadi aku rasa ini lah masanya untukkan hobi baru. Mungkin aku boleh mula jahit ini > > > > aisyehhh... permulaan tak de la hebat cmni. tapi akan datang insya allah =)

Dinner Jab. Sokongan, Bhg Perkhidmatan Korporat, TNB

Image
Dinner ni dah lama lepas pun. 18/2/2011 ari tu. Tapi baru nk upload piccas dalam blog. Sebab baru ada mood nk upload. Heheheeh. So layan je ye. Mr. Hubby tak dapat join. So pegi ngan alunk, dina & Baby Aura je mama & lovely Baby Aura NIP during the dinner on baby demand *Nursing In Public* mama vouge & baby comey sape ckp nursing mommy tak leh bergaya? Baby Aura & Baby Ibriz Both of them are BF babies. =) Mama Aura & Mama Ibriz wit Little Dina p/s: Pics tak banyak sal malas lagi nk upload. =)

Birthday Party Lilttle Sweetheart

Image
Alhamdullilah berjaya gak aku meng'organize' birthday party buat si kecik. Majlis berlangsung dengan meriah walaupun dalam keadaan hujan lebat. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran mum, ayah, along & family, alang, mak & ayah ad, kak yong & family & kawan-kawan rapat aku. Memang tak jemput ramai orang sebab majlis tertutup ni khas untuk VVIP je. Hehehe Majlis bermula dari jam 5.30 ptg, dimulai dengan birthday song diikuti acara memotong kek. Sedap bangat Kek Blackforrest dari Bakers Cottage. Memandangkan Baby Aura tak boleh makan kek, jadi mama makan cukup-cukup bagi pihak Baby Aura . =) Jadi, tak payah aku cerita panjang, jom layan picas ni ye. Thanks pada semua yang hadir.. Belon-belon yang sempat dipam. Penat woo mau pam, ada 140 bijik belon Princess Birhday Cake. Tu bukan 1Malaysia ye. Penyumbang kepada nyanyian Birthday Song Antara yang hadir memeriahkan suasana Dapat hadiah dari Pak Ngah & Mak Ngah BMW dari Papa. She loved it so much

Zat Besi

Image
Last friday bawak Baby Aura ke Hospital Pakar Ampang Putri since demamnya on off je. So decided terus ke hospital untuk jumpa pakar kanak-kanak. But Dr. Nasir takde klinik that day, so terpaksa jumpa Dr. Christoper Lim. Takpe la janji paed gak. Baby Aura kene ambik nabulizer, inject antibiotik, sedut hingus & lastly ambik darah. Hoho 2 kali di cucuk jarum. Makanya mama yang sedih bila Baby Aura menangis. Result darah dah di perolehi. Hasilnya Doc mengesahkan Baby Aura kekurangan ZAT BESI dan HEMOGLOBIN dalam darah rendah dari biasa. Bacaan normal adalah 11 -12 tapi bacaan Baby Aura adalah 9 . Agak terkejut aku bila dapat berita ni. Ini kerana Baby Aura minum hanya susu badan & makan bubur yang dimasak sendiri. Jadi macam mana dia kekurangan ZAT BESI ? Hasil pembacaan dari internat, aku mendapat infomasi bahawa bayi yang dilahirkan kurang berat badan mempunyai risiko besar untuk mengalami kekurangan ZAT BESI. Baby Aura dilahirkan seberat 1.97kg . Info selanjutnya boleh