Posts

Showing posts with the label vertigo

Alam Terasa Berputar? Mungkin Itu Vertigo.

Image
Assalamualaikum, Pernah tak, dunia anda terasa berputar-putar hingga anda terasa tidak stabil, pening dan muntah? Awas, mungkin anda mengalami vertigo. Apa Itu Vertigo?  Vertigo berasal dari Bahasa Latin ' Verto' yang bermaksud gerakan berputar yang membuatkan pesakitnya merasa sakit kepala hingga tidak mampu berdiri dengan stabil. Ini adalah kerana gangguan pada sistem keseimbangan badan. Pesakit vertigo juga akan merasa pening, loya dan muntah-muntah. Vertigo boleh menyerang sesiapa sahaja. Malah menurut kajian berdasarkan kepada peningkatan umur, vertigo biasa menyerang wanita 2 kali lebih tinggi berbanding lelaki dan merupakan satu gejala yang biasa di hadapi oleh mereka yang berusia lebih 65 tahun.  Punca Berlaku Vertigo Jangkitan di telinga menyebabkan gangguan keseimbangan pada bahagian dalam telinga Ganguan pada saraf otak yang menyebabkan kekurangan aliran oksigen sehingga menggangu keseimbangan pada bahagian saraf otak