Athmar, Influenza B dan Hospital Pantai Ampang
Assalam, Awal-awal tahun lagi dah kene ambik cuti panjang. Seminggu lepas naurah demam masa minggu birthday dia, athmar pula demam. Dah memang boleh expect la sebab biasa jadi cmni. Lepas sorang mesti sorang lagi tak sihat. Athmar demam agak teruk. Suhu cecah sampai 38.9, kadang-kadang sampai 39. Lepas kasi ubat pun tak surut. Dengan selsema teruk, meleleh-leleh hingus dia. Masuk hari ke 4 pun macam tu lagi, so pagi jumaat kami bawa dia ke KPJ Ampang Putri untuk buat blood test. Darah clear, tapi ada virus Influenza B. Sebab tu demam dia tak surut-surut. Memula dengar influenza B ni, suspend juga la ingatkan H1N1. Rupanya H1N1 ni adalah Influenza A, yang B ni pulak hanya la virus selsema biasa. Tapi akan menyebabkan demam naik tinggi hingga boleh cecah 41. Simptomnya adalah demam selsema yang berlarutan. Agak bahaya jika dibiarkan terutama untuk kanak-kanak. Sepatutnya athmar kene warded pagi tu. Tapi wad kanak-kanak penuh. Terlalu ramai yang sakit, musim la katak...