Tarik anak macam magnet

Assalam,

Kali ni nak cerita pasal magnet. Di tahun-tahun pertama anak, ibu bapa memang menjadi orang terpenting dalam hidup anak-anak. Tapi semakin anak menginjak remaja, kawan-kawan mereka akan mengambil alih peranan tersebut. Setiap cerita, setiap perkara, rakan-rakan mereka akan menjadi sumber rujukan terpenting. Hwuaaa.. Jangan biarkan perkara ini terjadi. 

Menjadi kutub magnet yang betul

Magnet mampu menarik namun ia juga mampu menolak. 

Kutub magnet utara akan menolak kutub magnet utara begitu juga kutub magnet selatan akan menolak kutub magnet selatan. Oleh itu penting ibu bapa menjadi kutub magnet yang betul bagi terus menarik anak. 

Ketika anak-anak masih kecil, pengaruh ibu bapa masih kuat di dalam diri mereka. Oleh itu, bagaimana garangnya kita memarahi mereka, anak-anak pasti tetap akan mencari ibu bapa mereka. Namun keadaan ini akan semakin berkurangan bila mereka meningkat remaja dan mempunyai ramai rakan-rakan di sekeliling mereka. Ibu bapa yang terlalu tegas sebenarnya akan menolak anak-anak pergi jauh dari mereka. Tambah pula ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerja dan kurang memberi perhatian kepada anak-anak. 

Kerana itu, dalam cara mendidik anak mengikut sunnah rasullah, menekankan agar ibu bapa menjadi sahabat kepada anak apabila anak-anak mencapai usia remaja. Dekati anak remaja, nasihati mereka dan cuba memahami minat mereka. Dengari setiap cerita mereka dengan penuh minat dan cuba beri sepenuh perhatian pada cerita mereka. Sokong minat mereka dan beri galakkan kepada mereka. Dengan penglibatan ibu bapa dan sokongan yang di terima, in sha allah anak-anak tidak akan menjauhkan diri dari ibu bapa malah akan melibatkan ibu bapa dalam setiap aktiviti mereka.


Love,
mama mar



Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani 
(Shaklee ID 1091078)

Facebook : d.ni.vitaminsihat

Whatsapp : 018-2684992


Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato