Naurah's 4th year birthday party di A&W
As-salam.
Alhamdulillah apa yang di rancang berjalan dengan lancar. Walaupun sambutan lewat 2 minggu dari tarikh sebenar disebabkan mama terlalu sibuk dengan persiapan menyambut orang baru. Takpe la janji kita tetap celebrate kan.
Tahun ni memang takde plan langsung nak buat party kat rumah sebab tengah sarat kan. Dah sure tak larat nanti. Jadi awal-awal memang survey tempat mana nak buat. Kalau tahun lepas buat di KFC, tahun ni A&W jadi pilihan. Bagi yang tengah survey party package untuk anak, boleh la tengok party package di A&W ni di sini.
A&W menawarkan 3 pakej combo bagi party yang diadakan di restoran dan 2 pakej combo bagi house party. Tapi kami lebih prefere dibuat di restoran sebab lebih mudah, tak perlu susah-susah kemas rumah dan kalau tak cukup makanan boleh order je. Yipii.
Untuk kali ni kami pilih pakej combo B. Apa yang ditawarkan bagi pakej ni adalah:
40 psc Golden Aroma Fried Chicken
30 psc Basic Coney
15 svgs French Fries (Small)
40 cups A&W Rootbear (12oz)
Total bagi pakej ni adalah RM400. Tapi kami ada add on meal juga. Disebabkan mak aku tak makan ayam, so kami order Mozza burger 5 ketul, coffee dan tambahan ayam dan fries sebab tengok ramai laju je makan. Almaklum la parti ni dibuat jam 8 malam. Memang waktu makan malam kan. Hii.
Ni first time kami buat parti waktu malam. Lebih seronok rupanya sebab tak perlu nak rushing abiskan parti memandangkan parti ni yang terakhir pada hari tu. Ohh ye, kami buat di A&W PJ Drive. Restoran ni 24jam. Event organizer pulak memang sporting. Dia tak kisah kami nak melepak berapa lama pun di bilik parti. Memang seronok sangat.
Parti start jam 8 malam. Kami sampai lebih kurang jam 7.45 malam. Jangan risau tentang waktu maghrib sebab boleh tumpang solat di surau staff. Parti, parti juga. Tapi solat jangan lupa ye. Semua jemputan sampai just nice je time nye. Dalam 8.30, majlis bermula. Start dengan makan-makan dulu. Ramai dah kelaparan. Jom perisi perut dulu sebelum mulakan aktiviti lain.
Makan-makan lebih kurang sejam, lepas tu kita mulakan aktiviti game. Anak-anak dah tak sabar-sabar sangat nak jumpa maskot A&W ni. Bila maskot muncul je, semua anak-anak serbu. Nasib la takde anak yang menangis tengok bear besar tu. Bergambar puas-puas ye anak-anak semua.
Kemudian ada game yang di jalankan juga. Game yang pertama musical chair. Naurah dapat tempat ke-2. Hiii. Lepas tu game cari barang. Yang ni birthday girl, mama dan papa tak boleh join sebab nanti bear akan request ambik barang dari kami. Berebut-rebut anak-anak mencari barang. Memang kelakar. Bear request kasut papa dan stokin naurah. Nasib tak minta apa-apa dari mama. Clip video game ni ada di IG aku. Korang boleh folo di DEENI_MDNOOR. Tak private pun. Last game adalah menari chicken dance dengan bear sambil tiup belon.
Overall kami berpuas hati la dengan parti ni. Event organizer pun best, sporting. Kalau sape-sape teringin nak celebrate birthday anak di A&W, leh call Hana 017-8854636.
Acara kemuncak tentu la potong kek. Seperti biasa kami order chocolate indulgence dari secret recipe. Tapi tahun ni dapat sponser dari adik bongsu. Kredit to dik wan and wife. Moga murah rezeki ye. Tapi kalau tau dia nk sponser kek, aku ambik 2 biji terus.
birthday cake, candle and singing a birthday song |
Selain kek, kami sediakan sikit goodies untuk anak-anak sebagai kenangan. Kalau penin nak pikir nak bagi apa or takde masa nak sediakan goodies, boleh juga order dari A&W. Harga 1 beg goodies RM2.50 tak silap aku. Dalam tu ada mask, game dam dan wisel. Tapi kami sediakan sendiri. Lagi puas hati. Kos pun tak mahal sangat.
isikandungan goodies |
candy |
Total kos untuk keseluruhan majlis ni lebih kurang la:
Add on meal - RM102 + tax RM30
Goodies - RM59
Candy - RM27
Party popper - RM9.60
Puas hati. Naurah pun seronok. Tetamu semua pun happy. Tapi kalau ada yang terkurang tu, kami minta maaf ye para tetamu. Apa yang penting, anak-anak semua happy. Diorang main sama-sama macam dah lama kenal je. Seronok tengok. Memang tu pun sebab aku buat event cmni untuk naurah, nak dia enjoy dengan kawan-kawan. So takde la dia kekok bila dah bersekolah nanti.
Terima kasih sangat-sangat pada semua yang hadir. Mak ayah aku dari bagan lalang, family mertua dari batu gajah, adik beradik kami, sepupu dan kawan-kawan semua. Hope korang enjoy dan kenyang la ye. In sha allah ada rezeki lagi tahun depan, birthday naurah dan baby adik pulak.
Lega dah settle. Lepas ni leh fokus pada baby adik pulak. Minggu ni dah masuk minggu ke 35. Doakan kesihatan kami. Berdebar menunggu hari.
Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078)
Facebook : d.ni.vitaminsihat
Whatsapp : 018-2684992
**********************************************************************************
IKLAN
Promosi sepanjang March 2014. ESP Shaklee Beli 6 percuma 1.
ESP produk terlajak terlaris. Jangan lepaskan peluang ni. Order sebelum kehabisan.
Costing ni utk brp org mkn sis?
ReplyDeletemama humaira, ini lebih kurang dalam 20 adult 20 kids.
ReplyDeleteA&W di branch mana ye?
ReplyDeleteSaya buat di cawangan Petaling Jaya
Deletetiperinpe_1987 Vernon Coache https://wakelet.com/wake/X7lkIca-w9qRpiQIdYN3i
ReplyDeleterawelliri