Posts

Showing posts with the label marriage

DEKO RUMAH PART 2 | LAMPU

Image
Assalamualaikum. Yeayyy lampu dah siap di pasang. Semalam en.suami wasap gambar. Bertambah excited ahkak rasa tau.  Ruang ni kami plan nak letak meja makan. Lampu 3 serangkai ni en.suami beli di kedai di Jalan Pasar. Lebih murah dan ada warrenty setahun berbanding dengan kedai di area Ampang. Lampu bilik ni kalau di off, pastu on balik akan menyala lampu kaler soft orange. Boleh jadi lampu tidur. Faham kenapa ahkak cakap ni? Hihi. Terlupa pula nak suruh en.suami ambik pic. Nanti la ahkak ambik pic pastu update balik ye. Seluruh rumah kami guna lampu LED termasuk ruang yard dan balkoni. Memang terang dan yang menarik lampu LED tak panas macam lampu biasa, lebih jimat elektrik dan lebih terang. Sekarang ni kipas yang tak beli lagi. Cadang nak letak wall fan di ruang makan dan 1 lagi wall fan di master bedroom. Bilik anak-anak pakai stand fan yang dah sedia ada di rumah sekarang. Kalau ada bajet lebih nak gak tukar kipas di hall ni. Tapi tu kalau...

DEKO RUMAH BARU PART 1 | CAT RUMAH, KABINET DAPUR DAN LANTAI VINLY

Image
Assalamualaikum. Macam yang ahkak ceritakan semalam pasal rumah baru kami, hari ni nak cerita pasal mengecat rumah. Ye la nak duduk sendiri mesti nak rumah nampak cantik dah kemas. Warna asal dinding rumah ni biru. Dari masuk pintu sampai ke dalam bilik memang biru mata hitamku. Serabut pulak ahkak dengan warna biru seluruh rumah. Ahkak tak tipu, memang dari pintu masuk sampai ke bilik kaler biru. Ruang yang ahkak berdiri tu dapur. Kecik sinonet je. Owner lama tak buat kitchen cabinet. Ni pula walkway ke bilik. Pun biru juga. Ahkak suka design rumah ni sebab ada lorong ke bilik. So ada la privacy sikit. Master bed room agak besar dan selesa. Besar la bagi ahkak untuk saiz rumah apartment  kurang dari 1000sq. Cuma lantai di bilik tidur jenis simen biasa. Penyewa lama guna tikar getah. Jadi kami decide untuk gunakan lantai vinly. Nak tengok ke hasil selepas di cat? Hihi :)  Ok la ahkak share kat uolss ye hasil kerja en.suami. Jenuh juga en.su...

Hadiahkan Al-fatihah untuk anak

Assalam, Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara bimbang kian patah riuk jadinya. Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak-anak kecil ni pun cemas juga. Andai sudah tersalah didik bukannya boleh berpatah balik. Allahu Akhbar !! Sebab tu setiap kali bertemu dengan ibu bapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang lain orang, lain cara pendekatan mereka. Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya.  Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan al-fatihah buat anak-anaknya. Amalan itu bermula sejak Allah mengetuk pintu hatinya. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan al-fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa seba...

Our 6th anniversary

Image
Assalam, Hari ni, detik ini, saat ini, 6 yang lepas aku selamat bergelar isteri kepada Mohamad Fuad bin. Mohamed Yusoff. Perkenalan secara tidak sengaja tanpa di sangka berpanjangan hingga ke jinjang pelamin. Terima kasih yang tak terhingga kerana telah menjadi suami, teman sahabat untuk ku dan menjadi bapa terhebat buat anak-anak kita. En.fuad, walaupun rupanya garang tapi dia mempunyai soft heart terutama dengan anak-anak. Setiap perkara yang dibuat, anak merupakan agenda utama dalam hidupnya. Keperluan anak dan isteri sentiasa di dulukan berbanding keperluan dirinya sendiri. Dia seorang yang sanggup bersusah payah, berhujan panas demi memastikan keselesaan keluarganya. Terima kasih atas segala pengorbanan mu sayang.  Moga perhubungan kita berkekalan hingga ke jannah. Ayang akan sentiasa berada di sisi sayang ketika susah mahupun senang. Luv u so much.  Love,  mar Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078) Facebook : d.n...

Set Hamil Bajet dari Shaklee

Image
Assalam, Anda di sahkan hamil? Tahniah ye. Ibu yang hamil perlu menjaga pemakanan agar bayi di dalam kandungan mendapat khasiat yang cukup untuk membesar. Begitu juga dengan ibu, kekurangan zat mineral dan vitamin semasa mengandung boleh menyebabkan ibu mengalami kelesuan yang melampau. Oleh kerana itu, ibu yang mengandung akan dibekalkan vitamin sebagai makanan tambahan.  Ingin cuba vitamin shaklee yang 100% menggunakan bahan-bahan semulajadi tanpa sebarang kandungan yang merbahaya? Mahal? Tidak, set kehamilan bajet pastinya sesuai dengan bajet anda.  Terdiri daripada B-Complex yang mengandungi kesemua vitamin B termasuk asid folik dan biotin. Dapat membekalkan tenaga, melawan tekanan dan meningkatkan fungsi otak, membantu tumbesaran, membaiki masalah rambut gugur dan beruban. Asid folik sangat-sangat diperlukan oleh ibu mengandung bagi mengurangkan risiko kecacatan terhadap janin. Kerana itu, wanita yang merancang untuk hamil amat digalakkan untuk memak...

Suprise trip ke Genting Highland | First World Hotel dan Snow World

Image
Assalam, Sambungan dari cerita suprise trip ke genting lepas penat bermain di indoor theme park ke Ripley's Believe It Or Not kami pun menuju ke lobi hotel untuk check in. Macam yang di beritahu sebelum ni, aku booking hotel ni melalui agoda.com dengan bayaran RM100.00 semalam. Aku pilih bilik XYZ Deluxe iaitu bilik yang baru di renovate di tower 2. Proses nak check in senang juga la. Just hulurkan slip booking yang di print dari agoda.com dan IC lepas tu buat bayaran. Cuma kaunter yang aku beratur tu slow sikit. Ntah nape la. Kalau dulu banyak proses nak check in, tapi sekarang ni dah senang. Ada gak kiosk untuk check in. Tapi aku tak try la kat kiosk tu. Aku dapat bilik di tingkat 6 dengan pemandangan yang sangat terhad sebab di blok oleh bangunan lain. Huhu. Bilik pula aku rasa lebih kecil dan sempit berbanding dengan bilik lama dan lebih mahal sedikit berbanding bilik lama. Cuma bilik ni ada mini fridge, hair dryer dan saiz tv yang besar sedikit. Aku pilih bilik ni s...

Suprise trip ke Genting | Ripley's Believe It Or Not

Image
Assalam, Dah beberapa kali aku ke genting, ni kali pertama aku masuk Museum ni. Selama ni nak masuk tapi rasa macam tiket mahal, rasa macam tak berbaloi. Tapi disebabkan kali ni dah beli sekali dengan tiket indoor, so masuk la.  Agak menarik rupanya museum ni. Kalau korang ingat lagi rancangan Ripley's ni, rancangan yang di host kan oleh Dean Cain ni menceritakan tentang kisah-kisah yang unik dan pelik di serata dunia. So dalam museum ni ada replika dan gambar-gambar tersebut. Agak besar juga tempat ni. Jadi berbaloi rupanya masuk ke museum ni. Jom layan gambar kami.  Ini adalah torture room masa zaman pertengahan di eropah dulu. Pesalah akan di masukan ke dalam kerangka besi tersebut. Bayangkan terpaksa berdiri selama di dalam tahanan. Ni pulak penjara. Memang kecik sangat ruang di dalamnya.   Permainan ilusi. Nampak macam ada permata, bila cuba ambil takde pulak. Rupanya hanya hologram. Chiss tertipu makcik.  Kaki kecil. M...

Suprise trip ke Genting Highland | Indoor Theme Park

Image
Assalam, Minggu lepas memang best kan. Cuti dari hari jumaat sampai ke isnin. 4 hari bercuti kalau duduk rumah je memang bosan la. Jadi awal-awal lagi aku dah plan ke genting. Tapi sebenarnya plan nak ke genting ni masa cuti sekolah hari tu. Disebabkan lambat book, harga jadi mahal so cancel ke genting tapi tetiba naik cameron pulak. (paham ke cerita aku ni).  Kali ni dah book awal-awal tru agoda.com. Macam biasa book di First World Hotel la murah sikit. Aku book bilik XYZ Deluxe RM100.00 per nite. Bilik ni newly renovated katanya. Tapi aku rasa lebih kecik dan sempit berbanding bilik lama. Nasib baik tido satu malam je. Ok la. Sebelum tu nak gtau, trip ni dinamakan suprise trip sebab kami tak bagi tau naurah nak pergi bercuti. Sampai la malam hari kejadian, en. fuad suruh naurah naik tidur awal sebab konon-konon esok ikut mama pegi ofis. Naurah ni memang suka sangat kalau dapat ikut mama pegi ofis. Mama pun pelik kenapa. So dia memang excited la. Esok paginya mema...