Suprise trip ke Genting Highland | Indoor Theme Park

Assalam,

Minggu lepas memang best kan. Cuti dari hari jumaat sampai ke isnin. 4 hari bercuti kalau duduk rumah je memang bosan la. Jadi awal-awal lagi aku dah plan ke genting. Tapi sebenarnya plan nak ke genting ni masa cuti sekolah hari tu. Disebabkan lambat book, harga jadi mahal so cancel ke genting tapi tetiba naik cameron pulak. (paham ke cerita aku ni). 

Kali ni dah book awal-awal tru agoda.com. Macam biasa book di First World Hotel la murah sikit. Aku book bilik XYZ Deluxe RM100.00 per nite. Bilik ni newly renovated katanya. Tapi aku rasa lebih kecik dan sempit berbanding bilik lama. Nasib baik tido satu malam je. Ok la.

Sebelum tu nak gtau, trip ni dinamakan suprise trip sebab kami tak bagi tau naurah nak pergi bercuti. Sampai la malam hari kejadian, en. fuad suruh naurah naik tidur awal sebab konon-konon esok ikut mama pegi ofis. Naurah ni memang suka sangat kalau dapat ikut mama pegi ofis. Mama pun pelik kenapa. So dia memang excited la. Esok paginya memang senang nak kejut dan ajak mandi. Pastu dia sibuk nak siapkan beg dia. Nak bawak baju spare, towel kecik, pencil color la macam-macam lagi. Konon nak buat aktiviti di ofis mama. Sebab tengok dia excited macam tu, kami bagi tau la perkara sebenarnya pada naurah. Mula-mula reaksi dia macam tak percaya. Terdiam kejap dia time tu. Hahaha

Kami bertolak dari rumah lebih kurang pukul 8.00 pagi dan sampai di genting pukul 9.00 pagi. Alhamdulillah perjalanan smooth je. Dari ampang ke genting memang dekat sangat-sangat. Rasa macam every week boleh pegi je. Hahaha. Cuaca pagi tu memang sejuk dan berkabus. Syoknya kalau KL sesejuk macam tu kan. Sampai je terus cari parking di First World Plaza. Parking agak pack juga hari tu, maklum la tengah musim cuti kan. Rezeki dapat parking yang agak dekat dengan lif. Dah dapat parking, apa lagi terus la menuju ke First World Indoor Theme park plaza. Terus tukar tiket dan wristband.
Tiket indoor dan snow world aku beli online dari website genting. Lebih murah dan jimat. Harga tiket macam ni. Tapi harga tiket ni berubah-ubah. Kalau korang lucky, boleh dapat lebih murah. So kene rajin-rajin godek di website genting.


Ticket Type
Online
Walk In
Indoor + Ripley’s Believe It Or Not
Adult
Child

RM23.70
RM25.40

RM28.20
RM30.20
Snow World
Adult
Child

RM19.00
RM15.90

RM30.20
RM25.20

Kat genting sekarang ni tak banyak sangat rides yang korang boleh naik. Out door hanya akan siap pada 2016. Bulan bila tak pasti pulak. Tapi sure lebih menarik dan seronok. So bila kumpul duit nanti dah siap boleh pegi. 

Untuk indoor, cuma ada 3 jenis family rides dan 5 jenis kiddy rides. Kalau beli tiket ni, korang boleh gunakan dari pagi sampai malam dan naik berpuluh-puluh kali pun boleh. Untuk baby macam athmar, free je. 

Mula-mula aku cerita pasal rides dulu. Untuk family rides ada 3 jenis iaitu: (pinjam gambar dari web genting)

1. Mini Train





2. Reindeer Cruiser



3. Rio Float
 


Untuk kiddy rides pulak : 

1. Busy Bugs






2. Circus Ride



3. Funland



4. Safari Ride


5. Merry Go Round


Tiket indoor ni bersekali dengan tiket Ripley's Believe It or Not. Mesti korang penah tengok rancang ni kan. Rancangan yang menceritakan kisah yang unik dan pelik di seluruh dunia. Nak tau kat genting ni ada musium Ripley's tau. Dah banyak kali aku ke genting, ni kali pertama aku masuk ke sini. Nak tau apa yang ada dalam ni, nanti aku ceritakan kat entry lain. 

Luv, 
Mar


Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078)


Whatsapp : 018-2684992

Comments

  1. As salam. Beli tiket online melalui phone boleh ke?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato