Posts

Showing posts with the label zinc complex shaklee

Dari mana datangnya tenaga dia

Image
Assalam, Nak cerita sikit la rutin harian aku dari pagi hingga ke malam. Setiap pagi aku bangun tidur jam 5.37 pagi. Kenapa 5.37 bukan 5.30? Sebab aku sukakan kelainan. Memang dari dulu perangai aku macam tu. So bangun pagi tu terus mandi solat, lepas tu prepare bag susu athmar, cooler bag aku, make up, kadang-kadang masak puree athmar, pung pang pung pang dekat 6.50 baru settle semua. Tapi tak sepenuhnya lagi. Sejak naurah bersekolah, aku kene siapkan dia pagi-pagi. Kalau tak dia menangis tak mau pegi sekolah. Lotih nak memujuk nanti.  Dah settlekan naurah, kene naik bilik balik kejut en.fuad pulak. Nak tukar diapers athmar. Athmar tengah kecik ni memang tak banyak ragam sangat. Senang sikit nak handle. Bayangkan betapa kalutnya aku pagi-pagi. Belum keluar rumah dah becak ketiak ok.  Lepas hantar athmar, en.fuad hantar aku ke LRT station pulak. Dengan handbag di bahu kiri, cooler bag di bahu kanan, bergegas aku mengejar tren. Kalau tren smooth, maka perjalanan aku ...

Kepentingan Zinc dalam tubuh

Image
As-salam, Kali ni nak bincangkan tentang kepentingan zinc dalam tubuh manusia. Sebelum tu nak tanya, apa itu zinc? Zinc merupakan logam transisi yang termasuk dalam kelompok 12 jadual periodik. Ianya merupakan mineral yang penting yang sangat diperlukan oleh tubuh dalam membentuk enzim dan hormon selain berfungsi sebagai perantara bagi lebih 100 jenis enzim dalam tubuh manusia.  Zinc juga memainkan peranan secara langsung untuk metabolisma seluruh sel dalam badan untuk proses pembentukan genetik iaitu DNA dan zinc juga turut menaktifkan deria rasa dan lidah kita.  Kekurangan zinc dalam tubuh boleh mengakibatkan; * Pertumbuhan badan yang lambat * Hilang selera makan * Penyembuhan luka yang lambat * Keletihan dan kelesuan yang melampau * Tidak mampu merasa dengan baik * Tidak dapat melihat dengan baik dalam keadaan samar * Turun kadar kesuburan bagi lelaki * Proses pembentukan sperma akan terganggu * Keguguran rambut * Terganggu fungsi organ test...

Promosi bulan March 2015

Image
As-salam, Untuk bulan mac 2015 ni, promosi dari shaklee adalah: ESP Beli 6 percuma 1 atau Beli 2 dapat 5% less Aku makan ESP ni dari masa mengandungkan athmar. Rasanya yang sedap tu membuatkan aku selalu tak sabar nak minum.  Dengan promo macam ni memang seronok la aku membeli untuk stok. Bagi yang nak cantik berseri menjelang raya nanti, cepat-cepat la minum sekarang. Lagi berapa bulan je kan nak raya. Sebelum tu puasa dulu.  Protein memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan membekalkan tenaga yang berterusan. So takde la kelaparan dan keletihan sepanjang berpuasa. Zinc Complex Beli 3 percuma 1 Zinc antara mineral penting yang diperlukan oleh tubuh manusia. Kekurangan zinc akan menyebabkan tubuh menjadi lesu, hilang selera makan, keguguran rambut dan luka lambat sembuh. Kekurangan zinc juga boleh menyebabkan mati pucuk di kalangan lelaki. (Takut woi) So jangan pandang remeh kekurangan zinc ye. Hebat kan penangan zinc ni. Sebab tu la zinc di sug...

Kaitan antara rambut gugur dan bayi main buih

Image
As-salam, Selalu tak dengar orang cakap bila baby dah pandai main buih, rambut ibu akan mula gugur. Betul ke? Apa kaitan main buih dan rambut gugur? Tau tak sebabnya? Biasanya apabila bayi berumur 3 bulan, kelenjar air liurnya mula aktif. Ini akan menghasilkan air liur yang lebih banyak dari masa awal kelahirannya. Manakala bagi ibu pula, sepanjang tempoh kehamilan, hormon progesteron dan estrogen pada wanita hamil sangat tinggi. Kedua-dua hormon ini menyebabkan pertumbuhan rambut terhenti dalam fasa anagen atau lebih dikenali sebagai fasa pertumbuhan. Sebab itu, wanita hamil kelihatan lebih berseri-seri dan nampak cantik. Rambut mereka kelihatan berkilat dan bersinar-sinar. Tetapi, selepas bersalin iaitu sekitar usia bayi tiga hingga empat bulan, kesemua hormon akan kembali normal dan pada waktu ini, ibu-ibu akan mengalami semula masalah keguguran rambut. Disebabkan sepanjang tempoh kehamilan tidak banyak rambut gugur, kali ini keguguran rambut berlaku dengan lebih ba...