Posts

Showing posts with the label set menyusu

KELESUAN HINGGA HAMPIR MEROYAN

Image
Assalamualaikum. Ahkak tak cerita perkara ni pada sesiapa, tapi en.suami nampak perubahan ahkak. Anak-anak pun nampak. Ahkak mudah marah, tak ceria dan kurang bercakap. Awal-awal bersalin hari tu, ahkak agak stress juga la. Dengan pergerakan ahkak yang sangat terbatas. Dengan athmar yang mula meragam lepas dapat adik. Dengan naurah nak exam lagi. Ehh stress tau mengajar budak darjah 1 ni. Dah la silibus diorang lebih advance, naurah pula kurang fokus. Kena ajar banyak kali nak bagi dia faham dan lekat dalam otak. Memang rasa darah naik ke kepala la.  Dalam keadaan macam tu, dengan en.suami yang busy sangat memang buat ahkak tertekan sangat. Sampai satu masa ahkak menangis depan en.suami. Slowly dia pujuk ahkak. Dia faham tekanan ahkak. Dengan keadaan badan ahkak yang lemah dan masih sakit kesan czer.  Jangan salah faham. Walaupun en.suami busy dengan kerja, tapi dia memang uruskan ahkak dan anak-anak dari A-Z la. Sebelum en.suami keluar bekerja, dia pastikan kep...

MENYUSU MEMBUATKAN ANDA STRESS? Bagaimana Untuk Mengatasinya.

Image
Assalam. Menyusukan anak memang moment yang sangat indah. Tapi ia juga boleh jadi sesuatu yang membuatkan ibu stress bila susu merundum, atau bila bayi menolak untuk menyusu, atau juga bila bayi seolah-olah tidak puas menyusu.  Jika anda juga begitu, jangan risau anda tak keseorangan. Saya juga pernah alaminya!! Permulaan saya dalam penyusuan bermula setelah melahirkan anak sulung, Marsya Naurah. Tanpa sebarang ilmu, saya cuba untuk menyusukan dia. Banyak kesilapan, banyak kesalahan, banyak kekeliuran yang terjadi. Ye saya akui memang silap saya. Gagal untuk menyiapkan diri dengan ilmu sebelum kelahirannya.  Masa menyusukan naurah dulu saya belum mengenali shaklee. Ya allah memang stress nak cukupkan stok susu. Selalu je menangis bila pam, tapi dapat kurang dari 2oz.  Saya makan kurma, kismis, badam, kurma merah, habatussauda, jantung pisang, ehh macam-macam la. Tapi hasil tetap sama.  Tapi semenjak mengenali shaklee, saya tak lag...

Atasi Stretch Marks

Image
Assalam.  Nak kongsi cerita sikit, masa mengandungkan naurah dulu, bila perut terasa gatal, memang rancak saya menggaru. Tak sangka pulak bila menggaru, stretch mark pula jadinya. Patut la mak marah bila nampak saya menggaru perut. Sapu lotion pun tak menjadi apa. Tapi memang tak tahan gatal kan.  Hingga lah saya mula amalkan ESP ketika mengandungkan athmar. Kesan stretch mark lama mula pudar. Yang baru segan nak muncul. 😍 😍 Mula-mula tak perasan pulak kesan stretch mark berkurangan, tapi en.suami la yang tegur. Katanya "eh, stretch mark kat perut ayang makin kurang la". Lepas tu baru sibuk nak tengok cermin. Ye la betul. Tersengeh-sengeh la saya. Sebab dulu memang saya rimas betul tengok kesan stretch mark tu. Naik segan pun ada.  Kenapa ESP boleh membantu hilangkan kesan stretch mark?   ❓ ❓ Sebab ESP mengandungi Asid Amino yang dapat merangsang pembentukan semula kulit, mengurangkan kedutan, anti-penuaan dan mengurangkan parut. P...

Resepi berjaya dalam penyusuan susu ibu

Image
Assalam, Alhamdulillah aku masih berpeluang menyusukan athmar. Dikala usianya menjengah setahun, pengeluaran susu badan aku tidak sebanyak ketika awal berpantang, namun masih mencukupi untuk bekalan seharian athmar. Kali ni aku nak kongsi sikit tips bagaimana nak menjayakan penyusuan susu ibu selama 2 tahun.  1. Ilmu Macam nak jadi doktor, arkitek, atau cikgu, kita harus pegi belajar kan. Macam tu juga setiap benda yang kita nak lakukan. Jika tiada ilmu, macam mana kita nak buat sesuatu benda dengan betul. Serupa la dengan penyusuan susu ibu. Memang menyusukan bayi merupakan satu fitrah. Tapi tanpa ilmu macam mana nak teruskan penyusuan selama 2 tahun. Macam mana kita nak berdepan dengan cabaran dalam penyusuan. Jangan ingat menyusukan anak ni senang ye. Banyak cabaran, halangan dan rintangan yang akan / harus kita hadapi. Cabaran yang paling utama adalah bila bayi masih menangis seolah kelaparan setelah disusukan. Sebagai ibu baru, tentu kita akan gelabah bila anak teta...

Tua Sebelum Usia

Assalam, Tadi up status tentang perkara ni di fb. Ni aku nak hurai lebih lanjut mengapa kita perlu elak dari kelihatan tua sebelum usia. Sebelum tu copy balik status dari fb.  Nampak tua sebelum usia? Khasnya kaum wanita lebih cenderung kelihatan lebih tua dari usia sebenar. Kenapa? Bagi wanita yang telah berkahwin dan mempunyai anak, bagi mereka menjaga penampilan diri bukan lagi perkara utama dalam kehidupan mereka. Ramai yang merasakan tidak sempat untuk berhias bersolek dan berdandan rapi kerana terkejar-kejar mahu melayan anak kecil.  Aku pun tak terkecuali. Setelah melahirkan anak pertama 5 tahun dulu, aku mula abaikan penampilan diri. Bagi ku asal siap sudah. Tapi bila ada seorang wanita memanggil aku makcik, aku rasakan seperti di tampar kuat. Aku tak terlalu tua ok. Sejak itu aku mula beri perhatian dengan penampilan diri. Macam zaman anak dara dulu. Jangan ambil ringan dengan penampilan diri. Walau dah beranak pinak, menjaga kecantikan diri untuk...

Percuma namun khasiat di dalamnya,

Image
Assalam, Selalu kita berfikiran bahawa setiap benda yang lebih mahal tentu lebih baik. Ada yang betul, namun ada juga yang tak betulnya. Ada benda yang mahal hanya kerana namanya. Ada benda yang mahal kerana memang kualitinya terjamin. Namun ada benda yang percuma, tetapi tiada satu pun yang mahal mampu menandinginya. Benda itu adalah susu ibu. Titisan emas yang terlalu tinggi nilai, khasiat dan kebaikannya.  Tengok ni banyak betul perbezaan diantara susu ibu dan susu formula. Jadi semahal manapun susu formula masih tidak dapat menandingi kehebatan yang terkandungan di dalam susu ibu. Susu tak cukup untuk bayi anda? Ini adalah punca kebanyakkan ibu gagal menyusukan bayi mereka. Tahukan anda, susu yang terhasil di awal kelahiran di kenali sebagai kolostrum.  Kolostrum mengandungi banyak protein, karbohidrat dan antibodi yang sangat diperlukan oleh bayi. Sebagai makanan pertama bayi, kolostrum juga mudah dicerna, mengandungi sel darah putih, mampu melindun...

Supplement untuk ibu menyusu. Perlu ke?

Image
As-salam, Nak kongsi sikit gambar stok susu untuk athmar. Alhamdulillah perjalanan penyusuan masih lancar. Kalau orang bertanya aku, apa yang aku makan untuk banyakkan susu. Susah aku nak jawab. Sebabnya aku memang minum ESP Shaklee, makan Ostematrix, Lecithin dan Alfalfa Shaklee dari masa berpantang sampai sekarang. Tapi aku ambik supplement bukan hanya untuk tambah susu. Tapi sebab utama aku makan supplement ni adalah untuk kecergasan dan kecantikan badan.  ESP - adalah sumber protein yang buat rambut, kulit, kuku dan otot aku kuat dan sihat. Masa mengandungkan naurah dulu kulit aku memang kusam sangat. Stretch mark memang banyak la. Tengok pun takut. Tapi start amalkan ESP masa mengandungkan athmar, stretch mark segan nak naik. Yang bestnya stretch mark masa mengandung naurah dulu pun makin pudar. Dah la kulit makin cantik, ESP buat susu jadi lebih pekat dan berkrim. Hahaha. Serius tak tipu ni. Baby pun dapat effect juga tau. Kulit jadi gebu gitu.  Ostema...

Osteoporosis - Kesan kekurangan kalsium

Image
Ini adalah gambar struktur tulang. Gambar kiri adalah tulang normal manakala gambar kanan adalah tulang yang mengalami osteoporosis. Nampak jelas ketara lompong-lompong bagi tulang yang mengalami osteoporosis.  Menurut kamus perubatan, osteoporosis adalah keadaan tulang yang mengalami kemerosotan kepadatan normal tulang yang boleh menyebabkan tulang menjadi rapuh dan mudah patah. Sedikit kemalangan yang kecil sudah boleh menyebabkan individu yang menghadapi osteoporosis mengalami patah tulang. Perkara ini akan bertambah buruk sekiranya tidak diatasi.  Dianggarkan 3 daripada 12 wanita atau 1 daripada 12 lelaki melebihi 50 tahun di seluruh dunia mengalami masalah osteoporosis. Punca utama adalah kerana kekurangan kalsium.  Wanita yang mengandung, dan menyusukan bayi mengalami penyusutan kalsium yang amat ketara. Kerana itu golongan ini amat digalakkan untuk mengambil vitamin kalsium sebagai makanan tambahan. Osteoporosis boleh di bendung dengan pen...

Promosi bulan March 2015

Image
As-salam, Untuk bulan mac 2015 ni, promosi dari shaklee adalah: ESP Beli 6 percuma 1 atau Beli 2 dapat 5% less Aku makan ESP ni dari masa mengandungkan athmar. Rasanya yang sedap tu membuatkan aku selalu tak sabar nak minum.  Dengan promo macam ni memang seronok la aku membeli untuk stok. Bagi yang nak cantik berseri menjelang raya nanti, cepat-cepat la minum sekarang. Lagi berapa bulan je kan nak raya. Sebelum tu puasa dulu.  Protein memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan membekalkan tenaga yang berterusan. So takde la kelaparan dan keletihan sepanjang berpuasa. Zinc Complex Beli 3 percuma 1 Zinc antara mineral penting yang diperlukan oleh tubuh manusia. Kekurangan zinc akan menyebabkan tubuh menjadi lesu, hilang selera makan, keguguran rambut dan luka lambat sembuh. Kekurangan zinc juga boleh menyebabkan mati pucuk di kalangan lelaki. (Takut woi) So jangan pandang remeh kekurangan zinc ye. Hebat kan penangan zinc ni. Sebab tu la zinc di sug...

Penyimpanan EBM

Image
As-salam. Akhirnya terkemas pun stok ebm aku ni. Dah lama duk bebel kat en. fuad suruh dia diy rak untuk susun semua ebm aku. Pastu dia beli bakul ni 5 bijik dah tolong susun kan ikut date. Tapi tak cukup rupanya 5 bijik bakul. Patut beli 7 katanya. Next time bila pegi kedai tu balik boleh beli lagi 2. Bila dah kemas macam ni lebih senang nak ambik. Make sure gunakan kaedah FIFO iaitu first in first out. Jangan lupa labelkan setiap pek ebm dengan tarikh, masa dan jumlah oz.  Korang pun boleh kumpul ebm macam ni. Yang penting kene penuhi konsep Demand vs Supply tu. Rajin-rajin kosongkan cik B. Jangan duk pikir susu tak ada, susu sikit. Fikiran negatif hasilkan negatif result. Tempoh penyimpanan ebm seperti berikut: Nak supplement, meh PM makcik.. ** SPECIAL GUIDE AND TIPS ON BREASTFEEDING TO MY CUSTOMER ONLY** Set menyusu asas Shaklee Independent Distributor  Mardiani Mohamad Nor 1091078 Pengedar Sah Shaklee Ampang : ...

Cergas ketika mengandung

As-salam, Athmar dah 3 bulan pada 1 julai lalu. Kejap betul la masa berlalu. Rasanya macam baru je dapat tau mengandung, bersalin, tup-tup sekarang dah 3 bulan pun usia dia. Sebelum tu, belum terlambat kan untuk aku ucapkan salam ramadhan buat semua umat islam di seluruh dunia. Teringat kisah ramadhan tahun lepas. Masa tu aku dah mengandung, tapi belum tahu lagi. Cuma pelik kenapa duk rasa lesu semacam. Mula-mula ingatkan sebab berpuasa dan kurang rehat. Tapi terasa letih melampau sangat. Buat kerja rumah sikit pun dah penat. Time keje jangan kata la, memang asik nak tidur je. Mula-mula memang tak sangka langsung mengandung. Tapi 1 hari period aku datang sikit sangat. Lebih kurang macam stain je. Ada la 3 hari macam tu. Masa tu mula tergerak hati, mengandung ke? Tapi aku tak segera buat pregnency test lagi. Saja tunggu dulu. Sebab beberapa bulan sebelum tu, 2 kali aku buat test lepas rasa tak sihat dan loya-loya tapi hasil menghampakan. So tak nak la rasa kecewa lagi. Hingg...

Tandem nursing

Image
Bagi ibu-ibu yang sedang alami masalah kekurangan susu, tentu risau kan. Tambah pulak dah dekat nak berpuasa. Risau stok susu makin kurang, risau tak cukup untuk baby. Hentikan kerisauan tu. Mulakan langkah untuk menambah kuantiti susu. Macam mana? Mengepam sambil menyusukan baby adalah cara terbaik untuk up kan balik kuantiti susu. Ingat kan konsep demand vs supply? Apabila korang tandem nursing, automatik signal akan di hantar ke otak untuk menghasilkan lebih susu. Tambahan pula rangsangan baby adalah yang terbaik untuk menghasilkan susu. Hujung minggu memang hari yang sesuai untuk korang mencuba tendem nursing ni. Cuba la, pasti korang kagum dengan hasilnya. Athmar yang kekenyangan selepas menyusu Ini adalah hasil ku selepas tandem nursing baby athmar. Dapat 5oz. Alhamdulillah setakat ni hasil tuaian ku memberangsangkan. Namun masih gigih untuk menambah stok susu. Buat masa ni athmar minum 15oz sehari di rumah pengasuh. Sebab tu aku kene make sure...