Posts

Showing posts with the label cheesetart

DEKO RUMAH PART 2 | LAMPU

Image
Assalamualaikum. Yeayyy lampu dah siap di pasang. Semalam en.suami wasap gambar. Bertambah excited ahkak rasa tau.  Ruang ni kami plan nak letak meja makan. Lampu 3 serangkai ni en.suami beli di kedai di Jalan Pasar. Lebih murah dan ada warrenty setahun berbanding dengan kedai di area Ampang. Lampu bilik ni kalau di off, pastu on balik akan menyala lampu kaler soft orange. Boleh jadi lampu tidur. Faham kenapa ahkak cakap ni? Hihi. Terlupa pula nak suruh en.suami ambik pic. Nanti la ahkak ambik pic pastu update balik ye. Seluruh rumah kami guna lampu LED termasuk ruang yard dan balkoni. Memang terang dan yang menarik lampu LED tak panas macam lampu biasa, lebih jimat elektrik dan lebih terang. Sekarang ni kipas yang tak beli lagi. Cadang nak letak wall fan di ruang makan dan 1 lagi wall fan di master bedroom. Bilik anak-anak pakai stand fan yang dah sedia ada di rumah sekarang. Kalau ada bajet lebih nak gak tukar kipas di hall ni. Tapi tu kalau...

Cheesetart untuk hantaran

Image
Assalam, Naurah's Kitchen telah mula mengambil tempahan cheese tart untuk hantaran ye. Tak kira untuk hantaran perkahwinan atau pertunangan. Sekarang dah bulan 10. Tak lama lagi musim kahwin betul tak. Jadi pada yang duk pening kepala memikirkan tentang hantaran, boleh la menempah dengan kami.  Ini adalah tempahan daripada Cik Aida untuk hantaran pertunangan dia. Tahniah dan selamat bertunang. Alhamdulillah customer berpuas hati. Terima kasih kerana sudi menempah dengan kami. Pakej untuk hantaran seperti berikut. Sekotak cheese tart dengan flavour pilihan Strawberry Blueberry Kiwi Orange Mango Kotak transparent  Simple deko Maaf, untuk pakej hantaran, hanya self pick up atau COD di ampang sahaja.  Nak tempah? Boleh whatsapp:  018-2684992 (mar) 011-10955164 (ad) Sekian untuk kali ini. Jika berminat, boleh la mula menempah sekarang. Love,  mar 

Mari memasak untuk kesejahteraan ummah

Image
Assalam. Amboi, tajuk tak nak kalah namanya. Sekarang ni memang aku makin kerap masak. Asal cuti je mesti nak masak. Rasa syok pulak memasak. Macam-macam resepi yang aku nak cuba. Ada yang menjadi, ada yang tak menjadi. Maklum la baru mencuba.  Dulu-dulu aku memang tak pandai masak langsung. Duduk dengan mak ayah kan, semuanya diorang la uruskan. Dasar anak dara pemalas. Penah dulu sorang member lelaki cakap kat aku, lelaki ni kalau dia nak cari isteri dia nak perempuan yang pandai masak. Kalau awak tak pandai masak, kurang la point kat awak. Masa tu umur aku 19 tahun. Hellooo... Kau nak cerita pasal aku kene pandai masak baru kau nak kawin dengan aku. Chittt.. Baru 19 tahun kot masa tuuuuu. Nasib baik masa aku berkawan dengan en.fuad dia tak kuar statement macam tu. Nasib baik juga family en.fuad tak penah suruh aku masak. Hahaha. Abah memang terror memasak ok. Sama macam ayah. Kalau mak aku dan mak en.fuad jangan kata la. Air tangan mak-mak ni mana boleh lawan kan....

Diari ramadhan | Hari ke 21

Assalam, Ya allah cepat betul masa berlalu kan. Tau-tau je dah hari ke 21. Tinggal lagi lebih kurang 7 hari untuk kita berpuasa. Gembira dan sedih dalam masa yang sama. Gembira kerana akan menyambut raya. Meraikan kemenangan menahan lapar dan dahaga. Sedih sebab rasa belum puas beribadah di bulan puasa. Terlalu jarang dapat bertarawikh. Walaupun di rumah. Masih banyak kealpaan yang belum dapat diperbetulkan. Masih banyak kelekaan yang belum dapat disedarkan. Ya allah, sempatkan aku untuk mengejar pahala 10 malam terakhir ini.  Bercerita tentang raya, aku belum decide bila nak mula bercuti. Ikutkan nak bekerja hingga hari khamis. Terasa sayang pula nak ambik cuti sebab biasanya hari last sebelum raya tu dapat 1/2 day. Lagi pun tahun ni balik bagan lalang. Tak payah tempuh jem pun. So ingat lepas kerja terus balik. Tapi semalam bila tanya pada pengasuh athmar, ummi nak balik kelantan hari rabu. Terlupa pula aku kan, dia nak balik kampung jauh. Pengasuh naurah aku tak tanya lag...

Diari ramadhan | Hari ke 12

Assalam, Minggu lepas balik bagan lalang. Bila balik sana, menu utama yang wajib di cari adalah nasi ambeng. Sejak 1st time try nasi ambeng terus terpikat. Sedapnya mak ai. Kena dengan sambal tempe, memang terangkat la. Nasi ambeng ni 1 bungkus dia memang banyak giler. Kalau yang jenis makan tak banyak memang boleh share 2 atau 3 orang. Tapi sebab tamak haloba semalam aku dan en. fuad beli sorang sebungkus. Lepas tu jenuh nak menghabiskan. Sorry ye tak ambik gambar pulak. Duk kejar masa nak makan dengan athmar pulak asik nak berdukung. Kalau di rumah sendiri ada high chair. So bila waktu berbuka letak athmar atas high chair, pastu upah la dia biskut. Elok je nanti dia duduk makan kat situ. Mama papa pun boleh makan dengan tenang.  Hari ni ada majlis berbuka puasa di opis. Tapi aku malas nak stay. Kesian nanti kalau ambik anak-anak lewat. Ni pun dah banyak terhutang masa dengan diorang. Jadi habis je office hour memang aku akan rushing balik ambik anak-anak. Lagi pun ada orde...

Dah order kuih raya ke? | Jom order cheesetart sedap

Image
Assalam, Dah start order kuih raya ke? Kalau belum cepat-cepat la order. Nanti baker tutup order melopong pulak uolss. Cheesetart memang sedap dijadikan juadah di hari raya. Lain sikit hidangan kuih uolss. Takde la sama dengan kuih raya rumah cik jenab kan.  Nak order? Boleh kami masih menerima tempahan. Tapi jaga-jaga, tempahan akan di tutup tak lama lagi. Jadi cepat-cepat la Whatsapp 018-2684992 (mar) atau 011-10955164 (ad) untuk tempahan. Kami buat penghantaran di sekitar ampang, Tesco ampang, Pandan Indah, Pandan Jaya. Untuk hari bekerja pula ada penghantaran di sekitar Bangsar, Masjid Jamek, KL Sentral, Kerinchi atau di sekitar laluan LRT Putra. Jadi boleh whatsapp untuk berbincang laluan penghantaran uolss. Sedap ke? In sha allah sedap. Ni ada testimoni dari pelanggan kami. Kebanyakkan mereka akan repeat order balik.  Ada 5 flavour kesemuanya iaitu Blueberry, Strawberry, Mango, Kiwi dan Orange. Boleh pilih any flavour kegemaran atau kalau kompius ma...

Cheesetart sure sedap Ampang | Jom tempah

Image
Assalam, Alhamdulillah dah masuk tiga minggu kami mula balik business cheesetart kami. Tempahan memang mencurah-curah kami terima. Terima kasih yang tak terhingga pada rakan-rakan yang menyokong kami. Juga pada customer baru kami. Harap korang semua sukakan nya. Kami masih lagi menerima tempahan untuk minggu ini dan minggu hadapan. Bagi yang ingin menempah, boleh whatsapp atau call saya 018-2684992 (mar) atau suami saya 011-10955164 (ad) . Kini ada 5 flavour iaitu mango, strawberry, blueberry, orange dan kiwi. Anda boleh pilih any flavour yang digemari atau boleh campur kesemua flavour. Harga seperti berikut: RM 10/12 biji RM 35/50 biji Kami juga telah mula menerima tempahan untuk raya. Jadi anda juga boleh mula menempah untuk raya nanti. Tempah awal, takut nanti dah sampai limit kami terpaksa tutup order. Karang ada yang kecewa kang.  Kami buat penghantaran di area Ampang dan sekitarnya, Tesco ampang, di LRT Bangsar, KL Sentral, Kerinchi, Ampang Park,...