Diari ramadhan | Hari ke 21
Assalam,
Ya allah cepat betul masa berlalu kan. Tau-tau je dah hari ke 21. Tinggal lagi lebih kurang 7 hari untuk kita berpuasa. Gembira dan sedih dalam masa yang sama. Gembira kerana akan menyambut raya. Meraikan kemenangan menahan lapar dan dahaga. Sedih sebab rasa belum puas beribadah di bulan puasa. Terlalu jarang dapat bertarawikh. Walaupun di rumah. Masih banyak kealpaan yang belum dapat diperbetulkan. Masih banyak kelekaan yang belum dapat disedarkan. Ya allah, sempatkan aku untuk mengejar pahala 10 malam terakhir ini.
Bercerita tentang raya, aku belum decide bila nak mula bercuti. Ikutkan nak bekerja hingga hari khamis. Terasa sayang pula nak ambik cuti sebab biasanya hari last sebelum raya tu dapat 1/2 day. Lagi pun tahun ni balik bagan lalang. Tak payah tempuh jem pun. So ingat lepas kerja terus balik. Tapi semalam bila tanya pada pengasuh athmar, ummi nak balik kelantan hari rabu. Terlupa pula aku kan, dia nak balik kampung jauh. Pengasuh naurah aku tak tanya lagi bila dia mula bercuti. Rasanya lebih kurang macam tu juga la kot. Jadi kemungkinan terpaksa la juga aku ambik cuti mulai rabu. Nak bawa budak-budak ni ke office boleh, tapi en. fuad kena hantar aku pagi-pagi la. Tak kan la aku nak usung diorang naik tren. Setakat naurah boleh la lagi, ni 2 orang budak tak nak la aku.
Baju melayu athmar belum beli lagi. Mungkin akan ke Jalan Tar je la mencari. Tahun lepas pun macam ni juga, last minute mencari baju athmar. Nasib baik jumpa siap dengan sampin dan kopiah sekali. Tahun ni kalau ada songkok nak beli songkok la. Kalau takde, kopiah tahun lepas still boleh pakai lagi kot. Tahun ni kene menjimat sikit. Ada dugaan yang tak terduga. Harap kami kuat harunginya.
Ohh ye, baju raya budak-budak ni belum di cuci lagi. Alahai bila nak mula cuci ni. Sekarang dah mula sibuk siapkan tempahan cheesetart untuk hari raya. Hari jumaat dah akan mula diedarkan. Jadi malam khamis akan mula pulun buat. Sabtu ahad ni memang tak akan keluar ke mana-mana la. Nak siapkan semua tempahan. Kami dah tutup tempahan ye. Harap maaf.
Untuk syawal nanti, Naurah's Kitchen akan bercuti mulai 17 - 25 Julai 2015. Lepas tu baru akan mula ambil order balik. Jadi sesiapa yang nak order untuk open house nanti, dipersilakan untuk order ye.
Sesiapa yang berminat untuk menempah cheesetart bagi juadah open house nanti, boleh hubungi
018-2684992 (mar)
011-10955164 (ad)
Love,
mar
Comments
Post a Comment