Posts

Showing posts with the label parenthood

Diari ramadhan | Hari ke 7 | Ohh baju raya

Assalam, Hari ni dah hari ke 7 berpuasa. Terasa cepat betul kan. Hari-hari naurah tanya lagi berapa hari nak raya. Dulu masa kita kecik-kecik pun macam tu kan. Rasa tak sabar betul nak beraya. Lagi-lagi lepas shopping baju raya. Asik-asik duk try je kan. Kalau kasut tu memang jap-jap duk pakai tawaf satu rumah. Ada juga yang siap tidur dengan kasut baru kan.  Dulu masa kecik-kecik kami selalu shopping di bulan puasa. Lagi 2 minggu nak beraya baru pegi shopping. Kadang-kadang pegi shopping malam sebab tak larat berjalan di siang hari. Ingat dulu aku nak sangat baju princess. Tapi saiz aku takde. Kemain merajuk sebab alang dapat baju princess. Jenuh ayah bawak pegi semua shopping mall di KL nak mencari baju princess punya pasal. Zaman tu tak banyak lagi shopping mall macam sekarang. Paling pemes Kamdar, Globe, Mun long, Batu Road Supermarket, Hankyu Jaya. Jaya Jusco (sekarang Aeon) pun tak banyak macam sekarang.  Cari punya cari still tak dapat baju princess macam baj...

Tarik anak macam magnet

Image
Assalam, Kali ni nak cerita pasal magnet. Di tahun-tahun pertama anak, ibu bapa memang menjadi orang terpenting dalam hidup anak-anak. Tapi semakin anak menginjak remaja, kawan-kawan mereka akan mengambil alih peranan tersebut. Setiap cerita, setiap perkara, rakan-rakan mereka akan menjadi sumber rujukan terpenting. Hwuaaa.. Jangan biarkan perkara ini terjadi.  Menjadi kutub magnet yang betul Magnet mampu menarik namun ia juga mampu menolak.  Kutub magnet utara akan menolak kutub magnet utara begitu juga kutub magnet selatan akan menolak kutub magnet selatan. Oleh itu penting ibu bapa menjadi kutub magnet yang betul bagi terus menarik anak.  Ketika anak-anak masih kecil, pengaruh ibu bapa masih kuat di dalam diri mereka. Oleh itu, bagaimana garangnya kita memarahi mereka, anak-anak pasti tetap akan mencari ibu bapa mereka. Namun keadaan ini akan semakin berkurangan bila mereka meningkat remaja dan mempunyai ramai rakan-rakan di sekeliling mereka. Ibu ...

Tahap mendidik anak mengikut sunnah Rasullah

Image
Assalam, Parenting memang bukan sesuatu yang mudah. Semua orang boleh menjadi ibu atau bapa, namun tidak semua orang mampu mendidik anak dengan baik. Sebagai seorang ibu, aku juga masih belajar bagaimana menjadi ibu yang baik dalam mendidik anak-anak. Tambahan pula naurah semakin membesar. Jadi lebih banyak kerenah dan ragam yang perlu aku layan dan handle. Kadang-kadang menguji minda, selalunya menguji kesabaran. Namun melepaskan marah bukan perkara terbaik.  Tahap pertama Ini adalah 4 tahap mendidik anak mengikut sunnah Rasullah. Naurah dan athmar berada di tahap pertama iaitu mumayyiz. Pada pertingkat pertama ini, membina foundation yang kukuh amat penting. Itu la yang akan menjadi asas kepada keperibadian anak. Dalam tahap pertama anak-anak seharusnya didik dengan penuh kasih sayang, di belai sentiasa dan di ajak bergurau. Dalam umur yang mentah ini mereka masih belajar tentang kehidupan. Berbuat silap adalah perkara lumrah bagi mereka. Sebagai ibu bapa, seharusnya...