Posts

Showing posts with the label raya punye cerita

Secebis kisah raya

Image
Assalam, Hari ni baru kesempatan nak update kisah raya kami. Dah 13 syawal dah ni. Kemain efisyen lagi kau mar. Tahun ni giliran beraya di bagan lalang. Bergerak balik bagan lalang malam khamis sebab aku kerja lagi. Nak ambik cuti tapi macam sayang je sebab khamis tu kerja separuh hari je. Tak sampai separuh pun, pukul 11 lebih aku dah balik. Singgah Masjid Jamek kejap nak beli tudung. Dalam otak dah plan nak beli 2, 3 helai, tapi last-last beli sehelai je tu pun untuk emak. Anak-anak di rumah En. fuad jaga. Merasa la dia jaga athmar sorang-sorang. Baru tau susah ke senang. Sebab kami balik lambat, maka tak dapat la menolong mak ayah memasak. Ni pic yang alang hantar dari whatsapp. Ayah kalau memasak banyak-banyak memang suka masak kat luar. Lagi tambah feel katanya. Tapi takde la pakai dapor kayu. Tu tengah tanak ketupat pulut dan rendang daging in the making. Fuhh memang sedap. Tapi sebab ulser sepanjang raya hari tu, maka aku makan pun tak puas la. Teringat-ingat sampai hari ni...

Diari ramadhan | Hari ke 7 | Ohh baju raya

Assalam, Hari ni dah hari ke 7 berpuasa. Terasa cepat betul kan. Hari-hari naurah tanya lagi berapa hari nak raya. Dulu masa kita kecik-kecik pun macam tu kan. Rasa tak sabar betul nak beraya. Lagi-lagi lepas shopping baju raya. Asik-asik duk try je kan. Kalau kasut tu memang jap-jap duk pakai tawaf satu rumah. Ada juga yang siap tidur dengan kasut baru kan.  Dulu masa kecik-kecik kami selalu shopping di bulan puasa. Lagi 2 minggu nak beraya baru pegi shopping. Kadang-kadang pegi shopping malam sebab tak larat berjalan di siang hari. Ingat dulu aku nak sangat baju princess. Tapi saiz aku takde. Kemain merajuk sebab alang dapat baju princess. Jenuh ayah bawak pegi semua shopping mall di KL nak mencari baju princess punya pasal. Zaman tu tak banyak lagi shopping mall macam sekarang. Paling pemes Kamdar, Globe, Mun long, Batu Road Supermarket, Hankyu Jaya. Jaya Jusco (sekarang Aeon) pun tak banyak macam sekarang.  Cari punya cari still tak dapat baju princess macam baj...

ramadan 13.

pagi ni aku terlajak tido.. tak bersahur pun. sedar dh pukul 6pg. gara-gara tdo jam 4pg malam sebelum ni, malam tadi aku tido kul 12mlm. sempat menyiapkan strawberry&blueberry cheese tart sebanyak 50pcs order dari opismate. budak ni banyak kali duk ingatkan aku pasal order dia. takut aku terlupa. dik oit, akk tak lupa la kalau bab business ni. rugi la kalau lupa kan. hari ni dah 13 hari kita berpuasa kan. dah mula terasa bahang lebaran ke? baju raya dah siap ke? hehehe... tahun ni aku & en hubby repeat balik baju yang dipakai masa kenduri alang hari tu. baru pakai sekali kan. rugi pulak kalau nk buat lain. aku tak kisah sangat la. en hubby la. dia jarang pakai baju melayu ni. setahun sekali je la masa raya. so dari membazir, gunakan je apa yang ada. tapi untuk si kecik tu, dah tentu la aku tempah bj kurung sedondon color dengan kami. niat nk menjahit manik kt baju si kecik. sebab tahun ni temanye polos. so kalau bermanik tu takde la nampak boring sangat kan. hope menjadi l...

Cerita Syawal Episod 2

Image
Ok kita sambung balik cerita raya Khamis 1/9/2011 pagi-pagi dah dapat SMS dari Mai ajak g beraya ke rumah mertua dia di Simpang Pulai. so pujuk-pujuk hubby suh bawak aku pegi. nasib hubby ok. kebetulan diela pun ada di rumah mertua dia kat ipoh. so pegi beraya ke sana sekali la. mula-mula plan nak ke rumah mai dulu, tapi sebab mai keluar beraya so terus la ke ipoh dulu. sampai je kat rumah mertua diela aku tergelak besar. nak tau sebab apa? sebab ni. kebetulan pulak la budak berdua ni pakai baju yang sama. aku dengan diela memang slalu shopping baju anak sama-sama. dan selalunya taste kami pun memang la sama. takpe la kecik-kecik cmni comel lagi kalau pakai sama-sama kan. dah macam kembar pulak. balik dari rumah mertua diela, terus ke simpang pulai lak. dah lama aku tak jumpa dengan mai. last masa aku kawin. tu pun tak sempat nak berborak panjang la. mai sekarang ni dah buat partime make up artis dah. cantik hasil keje dia. kalau korang nak mencari tukang make up untuk apa...

Cerita Syawal

Tadi dah cerita sal photo gedik. kali ni aku nak cerita tentang sambutan hari raya tahun ni. mula-mula start dari hari terakhir aku bekerja sebelum mula bercuti. last day iaitu hari jumaat bersamaan dengan 26/8/2011 . mood kerja memang dah totally zero la. hari ni aku bawa si kecik ni ke opis. modus operandi bukan nak kutip duit raya ye tapi sebab ramai officemate aku pun bawak anak masing-masing. so seronok la si kecik ni bermain dengan budak-budak tu. nak kejut dia pagi tu pun punya la senang. just cakap dengan dia "nak ikut mama naik tren pegi opis mama tak" dalam mata pejam pun dia leh jawab "nak". amboi nak senangnya ko ye. slalunye bila kejut suh pegi umah mbok, punya la banyak alasan tak mo bangun tido. sabtu 27/8/11. berdua je dengan si kecik kat rumah. alang dah bertolak balik ke Bagan Lalang malam semalam. motif aku tak nak ikut? aku ni kan isteri mithali, so tunggu en hubby sampai, nak balik dengan dia sekali. baru la terasa suasana balik kampung bers...

Photo Gedik di Pagi Raya

Image
Salam Syawal semua. macam mane dengan raya korang semua. raya aku tahun ni best. raya pertama aku beraya kt kampung mak ayah aku kat Gold Coast. wahh dengar cm dasyat kan. tapi bukan di Australia ye cuma di Bagan Lalang je. kat mana pulak Bagan Lalang tu? Bagan Lalang tu terletak didalam daerah Sepang ye kawan-kawan. Ishh banyak menceceh pulak aku ni. ok la ni sket photo gedik kami sefamily di pagi raya ye. memang acara wajib kami di pagi raya lepas setel bersalaman. ni la family besar aku. tak de la besar sangat. kami 4 beradik. aku anak kedua. along aku, beza setahun jer dari aku. dah berkahwin dan ada sepasang anak. akak ipa aku orang sungkai, perak. memang best dia ni sal boleh sekepala dengan kitorg sefamily. anak diorg pulak yang sulung tu kami panggil dia kak dina, skg ni dh 6 tahun pun umur dia. kak dina ni budak baik. sopan sangat & pandai ambik hati. tapi mulut dia boleh tahan gak la laser. kalau dia dah start komplen, boleh makan hati gak la. hahaha. yang ke2 pula...

Salam Syawal

Image
Assalamualaikum Baby Aura , mama & papa ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri buat semua kawan2 yang mengenali kami. maafkan salah & silap kami ye. bagi yg akan memandu pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya. Baby Aura akan beraya dengan atok & anny dulu pastu mama cakap insya allah petang raya ke-2 akan balik ke batu gajah utk beraya dengan opah & tok wan pulak. jemput la datang ke rumah ye. babai..

Raya Aidiladha

Image
Ni sepatutnya post lama. Tapi sebab malas nk upload pic, so hari ni baru la aku postkan entry pasal raya haji ni. Tahun ni raya haji jatuh pada hari rabu. Tengah-tengah minggu. Disebabkan cuti aku pun dah tak banyak, makanya aku tak apply cuti untuk hari seterusnya. Lagi pun tahun ni beraya di ampang je. Hubby balik beraya gak. Company dia bagi cuti 3 hari. Tak banyak nak story, just nak tempek gambar-gambar ibadah korban. Sempat gak bawak naurah ke padang untuk sama-sama menyaksikan ibadah korban. Saja nak bagi pendedahan awal pada naurah tentang sambutan hari raya haji ni. Ni antara lembu yang akan dikorbankan. kurus je muka ceria dina yang excited nak tengok ibadah korban muka ceria alank yang tetap nak interprem mama yang tak sempat tukar baju raya acara korban telah bermula gaya excited naurah tengok lembu excited lagi. kalau boleh nk pegi dekat lagi acara melapah pulak dina sempat main buai gak

raya 2010

Image
Mm walaupun hari ni dah 16 syawal, tapi still dalam mood raya lagi kan. Hari ni baru la aku ada mood nk upload & update cerita-cerita tentang raya. Tahun ni aku beraya di Batu Gajah memandangkan tahun lepas dah beraya di Ampang. Tak banyak cerita aku leh story, just layan pics yang aku tempek ni je la ye. Episod raya bermula dengan acara membakar lemah pada hari khamis bersamaan dengan 30 ramadan. Ayah mertua ku sedang sibuk membakar lemang. Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir & Batin Tetamu yang wajib datang ke rumah pak mertuaku tiap pagi raya Aku tgh sibuk wish raya tru msg. zaman teknologi ni tak main dah pakai kad ucapan sempat menyuapkan lemang..ehhh...puri ke puteri kesayanganku Aku cuti raya tak lama. Raya ke 4 aku dah start keje. Simpan cuti untuk perkara-perkara yang lebih penting. Yang ni pulak jamuan hari raya TNB untuk warga kerja yang di adakan di Bangsar. Aku pergi jugak la untuk tambah memeriahkan suasana. aku nk ambik pic artis jemputan ni, nth napa tangan aku p...

Raya.. Raya.. Raya

Sedar x sedar lagi 2 mgu umat islam akan menyambut Hari Raya. Dlu zaman bdk2 mmg x sabar nk tunggu raya. Excited sgt sbb dpt baju baru, kasut baru, nk g kutip duit raya & mcm2 la. Tp bila di makin dewasa ni excited tu dh kurang sket la. Sbb nye nk kene kuar duit raya utk bdk2 lak.. Heheh. Thn ni 1st time aku beraya sebagai seorg isteri. Seronok sbb kali ni dpt la beraya dgn org yg di cintai. Thn ni turn utk beraya kt umh aku dlu. Raya ke 3 br balik Bt Gajah. Tp aku sbnarnya tak prepare apa2 utk raya lg. Shopping baju pn belum lg. Tak tau la sempat ke tak. Bkn xnk shopping tp keadaan aku skg ni buat aku hilang mood nk shopping. Kalau smpai mgu dpn pn stil mabuk2 nampak gayanya beraya pakai bj lama je la. Nasib la perut x besar sgt lagi, so insya allah leh muat lg la baju2 zaman anak dara dlu. Tambah lak badan aku dh makin susut ni, heheh leh lagi la melaram di pagi raya.