ramadan 13.

pagi ni aku terlajak tido.. tak bersahur pun. sedar dh pukul 6pg. gara-gara tdo jam 4pg malam sebelum ni, malam tadi aku tido kul 12mlm. sempat menyiapkan strawberry&blueberry cheese tart sebanyak 50pcs order dari opismate. budak ni banyak kali duk ingatkan aku pasal order dia. takut aku terlupa. dik oit, akk tak lupa la kalau bab business ni. rugi la kalau lupa kan.

hari ni dah 13 hari kita berpuasa kan. dah mula terasa bahang lebaran ke? baju raya dah siap ke? hehehe... tahun ni aku & en hubby repeat balik baju yang dipakai masa kenduri alang hari tu. baru pakai sekali kan. rugi pulak kalau nk buat lain. aku tak kisah sangat la. en hubby la. dia jarang pakai baju melayu ni. setahun sekali je la masa raya. so dari membazir, gunakan je apa yang ada. tapi untuk si kecik tu, dah tentu la aku tempah bj kurung sedondon color dengan kami. niat nk menjahit manik kt baju si kecik. sebab tahun ni temanye polos. so kalau bermanik tu takde la nampak boring sangat kan. hope menjadi la anganku itu.

lain-lain baju tak sempat menyoping lagi. buat masa ni hujung minggu sibuk menyiapkan tart shell untuk tempahan hari raya nanti. minggu-minggu terakhir ni kami sangat sibuk. tapi akan cuba mencuri masa sekejap untuk beli baju si kecik. untuk aku & hubby, kalau tak sempat beli tak kisah sangat. tapi untuk anak, itu kene letak dalam list teratas. kesian kat anak aku tu kalau raya ni tak berganti baju. ada rezeki nak beli baju baru, so beli la.

lagi 1, aku ingat nak beli tablet china la untuk si kecik ni. kesian asik berebut dengan kazen dia je. yang kazen-kazen dia pulak, takde la plak nak mengalah bagi anak aku pinjam kejap. bukan lama pun anak aku nak main. kalau taknak kasi pinjam, jangan la main depan anak aku kan...kan.. aku nak beli samsung tablet, cm mahal sangat la pulak. sayang kat duit. nak beli boleh, tapi kene ada tablet china gak untuk si kecik ni, takde la kitorg berebut tablet nanti kan. hihihi..

ok la, sedikit iklan dari naurah's kitchen. kami akan bercuti mulai 17 - 26 ogos. sebarang tempahan bagi tarikh berikut tidak dapat diterima. tempahan akan dibuka semula pada 27 ogos 12. nk tempah untuk juadah open house nanti, email ke naurahkitchen@gmail.com.

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato