Posts

Showing posts with the label vitamin sihat

Supplement Terbaik Warga Emas Agar Kekal Sihat Dan Cergas Di Usia Senja

Image
Assalamualaikum, Melihat ibu bapa kita yang dahulunya sihat dan cergas, kini terlantar sakit pastinya menyesakkan hati kita. Hati anak mana yang tidak sedih melihat keadaan ibu bapa kita yang kian uzur. Nak di beri vitamin, ada sesetengah mereka tidak suka menelan pil. Tambah pula dah kena makan pelbagai jenis ubatan, jadi memang payah nak di paksa mereka memakan vitamin lain pula. Namun semakin meningkat usia, supplement adalah sangat diperlukan oleh tubuh mereka. Kekurangan nutrisi dalam badan menyebabkan mereka mudah letih dan kerap jatuh sakit. Sebab tu, untuk warga emas, ada vitamin khas yang sangat berkhasiat untuk mereka bagi memastikan mereka kekal sihat dan cergas biarpun usia telah semakin meningkat. Saya sangat menyarankan warga emas untuk mengambil vivix setiap hari bagi meningkatkan tahap kesihatan mereka. Kenapa vivix? Mari saya rungkaikan kebaikan vivix yang sememangnya supplement terbaik untuk mereka. Dalam kajian makmal, ramuan di dalam vi

Cara Menurunkan Bacaan Kretinin Agar Buah Pinggang Kembali Sihat

Image
Assalamualaikum, Pernah dengar tentang bacaan kreatinin? Tahu tak apa itu kreatinin? Sebelum saya ulas lebih lanjut tentang bacaan kreatinin, saya akan terangkan apa itu kreatinin terlebih dahulu. Kreatinin merupakan bahan buangan molekul kimia yang dihasikan melalui metabolisma dalam otot. Kira-kira 2% kreatin dalam badan di anggar ditukarkan menjadi kreatinin. Buah Pinggang berfungsi untuk menyaring dan membuang kreatinin dari tubuh melalui pembuangan air kencing. Paras normal kreatinin dalam tubuh seseorang yang sihat bagi wanita adalah sebanyak 110 milimol/liter manakala bagi lelaki sebanyak 130 milimol/liter. Sekiranya bacaan kretinin anda tinggi dari paras normal, hati-hati kerana ianya menunjukkan buah pinggang anda mungkin bermasalah. Kerana itu, ia tidak boleh menyaring kreatinin keluar dari tubuh anda. Selain itu, bacaan kretinin menjadi tinggi lantaran kerosakan pada otot di mana jaringan otot yang rosak akan memasuki aliran darah dan merosakkan buah pingg

Punca Berlakunya Katarak Dan Cara Untuk Mengatasinya Tanpa Menjalani Pembedahan

Image
Assalamualaikum, Pernah dengar tentang katarak mata? Biasa bila dengar tentang masalah katarak, yang terlintas di fikiran adalah masalah berkaitan tentang mata yang biasanya di hadapi oleh warga emas. Namun bagaimana ianya terjadi? Saya akan berkongsi lebih lanjut berkenaan masalah ini. Katarak merupakan masalah mata di mana kanta mata jernih menjadi kabur. Ia perlu di rawat segera kerana akan menjejaskan penglihatan. Ada kes di mana katarak yang tidak di rawat akan mengakibatkan mata menjadi buta.  Katarak terjadi akibat daripada: Penuaan Kecederaan pada mata Diabetes Penyakit tertentu Pengambilan sesetengah jenis ubat Kekurangan zat makanan Faktor kongenitil Tanda-tanda Katarak  Penglihatan menjadi kabur tanpa rasa sakit Warna kelihatan pudar Silau melampau Penglihatan berganda pada sebelah mata  Rabun / kesukaran melihat pada waktu malam Kaedah Rawatan Bagi pesakit yang baru mengalami masalah katarak, mereka bol

Ingin Berhenti Merokok? Ketahui Cara Mudah Untuk Hilangkan Ketagihan

Image
Assalamualaikum Ramai di kalangan kita yang merupakan perokok tegar. Kalau melepak di kedai mamak, memang boleh lemas dek asap rokok. Umumnya kita semua mengetahui tentang bahayanya rokok, namun ramai yang sukar menghentikan tabiat merokok. Mengapa ye?  Seseorang yang saya kenali ingin berhenti merokok. Namun katanya sukar untuk menghilangkan rasa ketagihan terhadap nikotin. Apa Sebenarnya Nikotin? Nikotin merupakan sejenis dadah yang boleh menyebabkan seseorang menjadi ketagih. Di dalam daun tembakau terdapat di antara 1 hingga 3 peratus nikotin. Di dalam sebatang rokok terdapat 0.5 sehingga 2.0 mg nikotin bergantung kepada cara ia di proses.  Nikotin menyebabkan gangguan pada sistem saraf yang boleh menggangu fungsi otak khususnya sistem saraf autonomik yang mengawal otak, tekanan darah dan kadar degupan jantung. Antara kesan lain nikotin terhadap manusia adalah memberikan rasa khayal. Ini menimbulkan ketagihan di kalangan perokok.  Sejauh mana kita sedar t

Alam Terasa Berputar? Mungkin Itu Vertigo.

Image
Assalamualaikum, Pernah tak, dunia anda terasa berputar-putar hingga anda terasa tidak stabil, pening dan muntah? Awas, mungkin anda mengalami vertigo. Apa Itu Vertigo?  Vertigo berasal dari Bahasa Latin ' Verto' yang bermaksud gerakan berputar yang membuatkan pesakitnya merasa sakit kepala hingga tidak mampu berdiri dengan stabil. Ini adalah kerana gangguan pada sistem keseimbangan badan. Pesakit vertigo juga akan merasa pening, loya dan muntah-muntah. Vertigo boleh menyerang sesiapa sahaja. Malah menurut kajian berdasarkan kepada peningkatan umur, vertigo biasa menyerang wanita 2 kali lebih tinggi berbanding lelaki dan merupakan satu gejala yang biasa di hadapi oleh mereka yang berusia lebih 65 tahun.  Punca Berlaku Vertigo Jangkitan di telinga menyebabkan gangguan keseimbangan pada bahagian dalam telinga Ganguan pada saraf otak yang menyebabkan kekurangan aliran oksigen sehingga menggangu keseimbangan pada bahagian saraf otak

10 Rahsia Awet Muda Yang Semua Wanita Wajib Ketahui

Image
Assalamualaikum Antara soalan yang paling sukar di jawab oleh ramai wanita ialah mengenai usia mereka. Malah ada yang sanggup menipu usia sebenar mereka. Kenapa ye? Malu orang mengetahui usia sebenar mereka ke?  Bagi saya memberitahu usia sebenar tidak memalukan, tetapi, lebih malu kalau umur muda tapi dah kelihatan jauh berusia. Betul tak! Langkah-Langkah Yang Dapat Menjadikan Wajah Kelihatan Muda Dari Usia Sebenar 1. Jauhi Stress Stress membuatkan anda menjadi serabut dan mudah marah. Ini akan membuatkan hormon anda tidak menentu seterusnya menggangu kestabilan imun sistem anda. Bukan itu sahaja, jerawat juga mudah tumbuh di wajah. Jadi sekiranya anda ingin tampil menarik, kawal stress anda.  2. Minum air kosong Kulit kita memerlukan air yang mencukupi bagi mengekalkan lembapan. Kulit yang kering akan kelihatan bersisik dan tidak menarik. Jadi untuk mendapatkan kulit yang cantik, pastikan anda meminum sekurang-kurang 3liter air mineral setiap hari