Posts

Showing posts with the label bersalin czer

7 Tips Yang Menjadikan Berpantang Czer Lebih Menyenangkan

Image
Assalam, Siapa yang bersalin czer? Perit kan menahan sakit setelah hilang ubat bius. Ramai orang yang akui, bersalin normal lebih mudah di jaga. Saya akui kebenarannya. Pengalaman dua kali bersalin normal dan terpaksa di czer pada kelahiran ke tiga memang memberi pengalaman baharu buat diri saya. Saya terpaksa di bedah lantaran baby telah berak di dalam perut walaupun bukaan servik saya telah 8cm ketika itu. Setelah ubat bius mulai hilang, rasa perit di bedah mula terasa. Berdenyut dan ngilu. Segala pergerakan mula terbatas. Batuk merupakan perkara yang paling mengerikan. Memang seksa sungguh. Belum cerita lagi bab mahu ke toilet. Menangis beb. 7 Tips Berpantang Czer Lebih Menyenangkan 1. Jaga pemakanan Elakkan daripada mengambil makanan yang berminyak dan gatal. Seeloknya minggu pertama czer, makan bubur nasi supaya makanan mudah di cerna. Makanan yang boleh menyebabkan kegatalan seharusnya di elak sama sekali. Makan sayuran serta buahan dapat memberikan...

BIG WHY KENAPA KAMI BELI RUMAH

Image
Assalamualaikum Ahkak nak share something kat korang. Yang ni memang ahkak belum share lagi di fb ahkak. Insha allah tak lama lagi kami akan berpindah rumah. Dah kenapa nak pindah dalam pantang pula kan! Sebenarnya kami beli rumah ni dari disember 2016 lagi. Tapi proses jual beli ambil masa yang lama untuk selesai. Dapat kunci pada tengah bulan ogos. Nak tak nak memang kena pindah juga la oktober. Tak kan nak bayar rumah sewa dan rumah ni pulak kan. Kami beli rumah subsale. Bermakna rumah 2nd. Memang plan nak beli rumah dah lama kami fikir. Awalnya nak beli rumah yang kami sewa sekarang. Walaupun sebenarnya ahkak tak berapa sukakan keadaan rumah ni, tapi memikirkan ianya landed house jadi ahkak setuju je la untuk beli bila tuan rumah offer nak jual. Dalam masa kami nak berurusan dengan bank, ayah mertua ahkak jatuh sakit. Jadi kami balik kampung selama seminggu. Bila balik kl je, tuan rumah bagi tau ada sorang lagi pembeli yang berminat untuk beli rumah ni. Jadi dia minta ka...

KELESUAN HINGGA HAMPIR MEROYAN

Image
Assalamualaikum. Ahkak tak cerita perkara ni pada sesiapa, tapi en.suami nampak perubahan ahkak. Anak-anak pun nampak. Ahkak mudah marah, tak ceria dan kurang bercakap. Awal-awal bersalin hari tu, ahkak agak stress juga la. Dengan pergerakan ahkak yang sangat terbatas. Dengan athmar yang mula meragam lepas dapat adik. Dengan naurah nak exam lagi. Ehh stress tau mengajar budak darjah 1 ni. Dah la silibus diorang lebih advance, naurah pula kurang fokus. Kena ajar banyak kali nak bagi dia faham dan lekat dalam otak. Memang rasa darah naik ke kepala la.  Dalam keadaan macam tu, dengan en.suami yang busy sangat memang buat ahkak tertekan sangat. Sampai satu masa ahkak menangis depan en.suami. Slowly dia pujuk ahkak. Dia faham tekanan ahkak. Dengan keadaan badan ahkak yang lemah dan masih sakit kesan czer.  Jangan salah faham. Walaupun en.suami busy dengan kerja, tapi dia memang uruskan ahkak dan anak-anak dari A-Z la. Sebelum en.suami keluar bekerja, dia pastikan kep...

Pengalaman pertama czer dan luka baik dengan pantas

Image
Assalamualaikum. Lama betul ahkak tak update blog. Untuk pengetahuan semua, ahkak dah selamat melahirkan anak ke 3 pada 9 september lalu. Alhamdulillah mudah ahkak bersalin, cuma kali ni ahkak czer sebab baby dah berak dalam perut. Bila dapat tau ahkak kena czer, memang nak menangis gak la mulanya. Ye la, nak kena injet pun ahkak takut ni pulak nak kena belah perut. Doktor bagi masa 1/2 jam untuk ahkak try bersalin normal. Masa ahkak sampai hospital tu pun sebenarnya laluan dah bukak 7cm. Masa nurse bagitau dah 7cm, ahkak happy la sebab tak lama dah tu. Tapi kejap je happy bila doktor cakap baby dah berak, bacaan jantung baby tak stabil so kena emergancy czer. Ahkak rasa nak menangis, takut, cemas, semua ada la. Bukan apa, dok fikir keadaan lepas czer tu. Dengar cerita memang sakit la bila ubat bius dah habis. Semua berlaku dengan pantas. Lepas 1/2 jam dan baby masih belum keluar secara normal, maka ahkak di tolak masuk ke OT. Sedih sebab en.suami tak dibenarkan masuk. Wala...