7 Tips Yang Menjadikan Berpantang Czer Lebih Menyenangkan
Assalam,
Siapa yang bersalin czer? Perit kan menahan sakit setelah hilang ubat bius. Ramai orang yang akui, bersalin normal lebih mudah di jaga. Saya akui kebenarannya.
Pengalaman dua kali bersalin normal dan terpaksa di czer pada kelahiran ke tiga memang memberi pengalaman baharu buat diri saya. Saya terpaksa di bedah lantaran baby telah berak di dalam perut walaupun bukaan servik saya telah 8cm ketika itu.
Setelah ubat bius mulai hilang, rasa perit di bedah mula terasa. Berdenyut dan ngilu. Segala pergerakan mula terbatas. Batuk merupakan perkara yang paling mengerikan. Memang seksa sungguh. Belum cerita lagi bab mahu ke toilet. Menangis beb.
7 Tips Berpantang Czer Lebih Menyenangkan
1. Jaga pemakanan
Elakkan daripada mengambil makanan yang berminyak dan gatal. Seeloknya minggu pertama czer, makan bubur nasi supaya makanan mudah di cerna. Makanan yang boleh menyebabkan kegatalan seharusnya di elak sama sekali. Makan sayuran serta buahan dapat memberikan khasiat yang diperlukan oleh tubuh anda.
2. Minum air secukupnya
Ibu berpantang selalu di momokkan agar kurangkan pengambilan air bagi mengelakkan faraj berair. Silap besar tu. Kurang air dalam tubuh boleh menyebabkan anda sembelit.
3. Kawal pergerakkan
Jangan bergerak terlalu aktif. Di kuatiri luka czer terbuka kembali. Jangan angkat benda-benda yang berat. Tapi awas, tidak bergerak langsung pula boleh mengakibatkan darah anda menjadi beku. Jadi berpada-pada dalam melakukan aktiviti harian.
4. Jangan biarkan kawasan luka czer basah dan lembab
Luka czer yang basah akan lambat pulih. Jika ingin mandi, pastikan kawasan czer di balut. Anda boleh dapatkan plaster untuk czer di farmasi. Setelah mandi, pastikan anda lap dengan cara dap dap di kawasan czer tersebut bagi memastikan luka czer kering dan bersih.
5. Gunakan bengkung
Penggunaan bengkung dapat mengurangkan pergerakkan sekaligus dapat mengurangkan rasa sakit apabila anda bergerak. Pilih bengkung yang lembut yang bersesuaian dengan kondisi luka anda.
6. Elakkan penggunaan krim
Elakkan dari menyapu sebarang krim di kawasan czer. Tunggu sehingga luka czer benar-benar kering dan sembuh sebelum anda menyapu sebarang krim. Ini dapat mengelakkan luka menjadi lembab dan timbul sebarang iritasi.
7. Pengambilan makanan tambahan
Pengambilan vitamin sebagai makanan tambahan amat digalakkan bagi membantu luka czer sembuh lebih baik. Tubuh memerlukan zat dan khasiat agar sel-sel baharu dapat dihasilkan untuk menutup luka czer.
Anda boleh lihat pada testimoni ini bagi mendapatkan pandangan lebih lanjut berkenaan makanan tambahan yang terbaik untuk mereka yang bersalin czer.
Ramai orang telah mendapat manfaat kebaikan vivix. Malah saya juga mengamalkan vivix setelah bersalin melalui czer tempoh hari. Alhamdulillah asbab vivix, lukq czer saya pulih dengan cepat.
Jika anda bakal bersalin secara czer, dapatkan sebotol vivix dengan segera. Hubungi saya bagi mendapatkan khidmat konsultasi mengenai cara pengambilan vivix yang tepat.
Jangan biarkan kesakitan czer membuatkan anda serik untuk bersalin lagi.
Anda boleh membuat pembelian VIVIX melalui website shaklee secara terus dengan klik pada ikon di bawah.
Hubungi saya segera melalui
Call / SMS / Whatsapp
Mar 0182684992
Pengedar Shaklee Ampang
FB Mardiani
COD : Tesco Ampang dan sekitarnya
Bangsar & Seri Kembangan (Hari bekerja)
Comments
Post a Comment