10 Rahsia Awet Muda Yang Semua Wanita Wajib Ketahui
Assalamualaikum Antara soalan yang paling sukar di jawab oleh ramai wanita ialah mengenai usia mereka. Malah ada yang sanggup menipu usia sebenar mereka. Kenapa ye? Malu orang mengetahui usia sebenar mereka ke? Bagi saya memberitahu usia sebenar tidak memalukan, tetapi, lebih malu kalau umur muda tapi dah kelihatan jauh berusia. Betul tak! Langkah-Langkah Yang Dapat Menjadikan Wajah Kelihatan Muda Dari Usia Sebenar 1. Jauhi Stress Stress membuatkan anda menjadi serabut dan mudah marah. Ini akan membuatkan hormon anda tidak menentu seterusnya menggangu kestabilan imun sistem anda. Bukan itu sahaja, jerawat juga mudah tumbuh di wajah. Jadi sekiranya anda ingin tampil menarik, kawal stress anda. 2. Minum air kosong Kulit kita memerlukan air yang mencukupi bagi mengekalkan lembapan. Kulit yang kering akan kelihatan bersisik dan tidak menarik. Jadi untuk mendapatkan kulit yang cantik, pastikan anda meminum sekurang-kurang 3liter air mineral se...