Posts

Showing posts with the label set bersalin shaklee

7 Tips Yang Menjadikan Berpantang Czer Lebih Menyenangkan

Image
Assalam, Siapa yang bersalin czer? Perit kan menahan sakit setelah hilang ubat bius. Ramai orang yang akui, bersalin normal lebih mudah di jaga. Saya akui kebenarannya. Pengalaman dua kali bersalin normal dan terpaksa di czer pada kelahiran ke tiga memang memberi pengalaman baharu buat diri saya. Saya terpaksa di bedah lantaran baby telah berak di dalam perut walaupun bukaan servik saya telah 8cm ketika itu. Setelah ubat bius mulai hilang, rasa perit di bedah mula terasa. Berdenyut dan ngilu. Segala pergerakan mula terbatas. Batuk merupakan perkara yang paling mengerikan. Memang seksa sungguh. Belum cerita lagi bab mahu ke toilet. Menangis beb. 7 Tips Berpantang Czer Lebih Menyenangkan 1. Jaga pemakanan Elakkan daripada mengambil makanan yang berminyak dan gatal. Seeloknya minggu pertama czer, makan bubur nasi supaya makanan mudah di cerna. Makanan yang boleh menyebabkan kegatalan seharusnya di elak sama sekali. Makan sayuran serta buahan dapat memberikan...

KELESUAN HINGGA HAMPIR MEROYAN

Image
Assalamualaikum. Ahkak tak cerita perkara ni pada sesiapa, tapi en.suami nampak perubahan ahkak. Anak-anak pun nampak. Ahkak mudah marah, tak ceria dan kurang bercakap. Awal-awal bersalin hari tu, ahkak agak stress juga la. Dengan pergerakan ahkak yang sangat terbatas. Dengan athmar yang mula meragam lepas dapat adik. Dengan naurah nak exam lagi. Ehh stress tau mengajar budak darjah 1 ni. Dah la silibus diorang lebih advance, naurah pula kurang fokus. Kena ajar banyak kali nak bagi dia faham dan lekat dalam otak. Memang rasa darah naik ke kepala la.  Dalam keadaan macam tu, dengan en.suami yang busy sangat memang buat ahkak tertekan sangat. Sampai satu masa ahkak menangis depan en.suami. Slowly dia pujuk ahkak. Dia faham tekanan ahkak. Dengan keadaan badan ahkak yang lemah dan masih sakit kesan czer.  Jangan salah faham. Walaupun en.suami busy dengan kerja, tapi dia memang uruskan ahkak dan anak-anak dari A-Z la. Sebelum en.suami keluar bekerja, dia pastikan kep...

Pengalaman pertama czer dan luka baik dengan pantas

Image
Assalamualaikum. Lama betul ahkak tak update blog. Untuk pengetahuan semua, ahkak dah selamat melahirkan anak ke 3 pada 9 september lalu. Alhamdulillah mudah ahkak bersalin, cuma kali ni ahkak czer sebab baby dah berak dalam perut. Bila dapat tau ahkak kena czer, memang nak menangis gak la mulanya. Ye la, nak kena injet pun ahkak takut ni pulak nak kena belah perut. Doktor bagi masa 1/2 jam untuk ahkak try bersalin normal. Masa ahkak sampai hospital tu pun sebenarnya laluan dah bukak 7cm. Masa nurse bagitau dah 7cm, ahkak happy la sebab tak lama dah tu. Tapi kejap je happy bila doktor cakap baby dah berak, bacaan jantung baby tak stabil so kena emergancy czer. Ahkak rasa nak menangis, takut, cemas, semua ada la. Bukan apa, dok fikir keadaan lepas czer tu. Dengar cerita memang sakit la bila ubat bius dah habis. Semua berlaku dengan pantas. Lepas 1/2 jam dan baby masih belum keluar secara normal, maka ahkak di tolak masuk ke OT. Sedih sebab en.suami tak dibenarkan masuk. Wala...

Osteoporosis. Cegah sebelum kena, rawat sebelum parah.

Image
Pernah dengar tentang osteoporosis?  Osteoporosis merupakan penyakit tulang reput yang berisiko besar mengakibatkan patah tulang. Ini adalah kerana tulang tersebut telah hilang ketumpatannya dan kurang kualiti dari segi kalsium. Wanita merupakan golongan yang sering terdedah dengan risiko osteoporosis. Ini kerana para wanita lebih cenderung mengalami penyusutan kalsium disebabkan mengandung dan menyusukan bayi.  Terdapat 2 jenis iaitu Primer (Primary) dan Sekunder (Secondary) : 1. Osteoporosis Primer Antara sebab-sebabnya ialah:- ✔  Selepas menopos atau putus haid – kurang estrogen sebabkan BMD rendah ✔  Berkaitan dengan umur – umur yang meningkat, semakin tinggi risiko dapat osteoporosis 2. Osteoporosis Sekunder Antara penyebabnya ialah:- ✔  Penyakit endocrine seperti Cushing’s Syndrome, hypogonadism, thyrotoxicosis dan hyperparathyroidism. ✔  Ubat-ubatan seperti Glucocorticoids atau steroids ( 5 mg sehari untuk lebih dari 3 bulan), Heparin...

Kenapa ber SHAKLEE

Assalam, Malam ni terasa nak update blog pula. Sambil golek atas katil sambil susukan athmar sambil menaip. Aku nak ceritakan macam mana aku boleh terjebak dengan shaklee. Mula-mula dengar nama shaklee masa duk menyusukan naurah. Tapi masa tu rasa tak mampu nak beli supplement. Walaupun ramai yang duk promote produk ni, tapi sebab rasa mahal so aku tak beli la.  Set pertama yang aku beli adalah set kurus bajet. Ada lecithin, Herb-Lex dan Alfalfa. Tapi masa tu makan tak konsisten. Sebab rasa sayang nak habiskan. Hahaha. Tak lama lepas tu aku mengandungkan athmar. Masa kandungan berusia 6 bulan, aku decide untuk join jadi ahli shaklee dan beli set kehamilan. Kali ni memang konsisten makan. Alhamdulillah asbab shaklee, aku sentiasa bertenaga sepanjang mengandungkan athmar.  Proses melahirkan athmar pun sangat cepat. Hanya sejam sakit contraction, aku melahirkan athmar dengam 3 kali teran. Sejurus lepas melahirkan aku terus menyusukan athmar. Lepas 2 jam bersalin aku te...

Tua Sebelum Usia

Assalam, Tadi up status tentang perkara ni di fb. Ni aku nak hurai lebih lanjut mengapa kita perlu elak dari kelihatan tua sebelum usia. Sebelum tu copy balik status dari fb.  Nampak tua sebelum usia? Khasnya kaum wanita lebih cenderung kelihatan lebih tua dari usia sebenar. Kenapa? Bagi wanita yang telah berkahwin dan mempunyai anak, bagi mereka menjaga penampilan diri bukan lagi perkara utama dalam kehidupan mereka. Ramai yang merasakan tidak sempat untuk berhias bersolek dan berdandan rapi kerana terkejar-kejar mahu melayan anak kecil.  Aku pun tak terkecuali. Setelah melahirkan anak pertama 5 tahun dulu, aku mula abaikan penampilan diri. Bagi ku asal siap sudah. Tapi bila ada seorang wanita memanggil aku makcik, aku rasakan seperti di tampar kuat. Aku tak terlalu tua ok. Sejak itu aku mula beri perhatian dengan penampilan diri. Macam zaman anak dara dulu. Jangan ambil ringan dengan penampilan diri. Walau dah beranak pinak, menjaga kecantikan diri untuk...

Supplement untuk ibu menyusu. Perlu ke?

Image
As-salam, Nak kongsi sikit gambar stok susu untuk athmar. Alhamdulillah perjalanan penyusuan masih lancar. Kalau orang bertanya aku, apa yang aku makan untuk banyakkan susu. Susah aku nak jawab. Sebabnya aku memang minum ESP Shaklee, makan Ostematrix, Lecithin dan Alfalfa Shaklee dari masa berpantang sampai sekarang. Tapi aku ambik supplement bukan hanya untuk tambah susu. Tapi sebab utama aku makan supplement ni adalah untuk kecergasan dan kecantikan badan.  ESP - adalah sumber protein yang buat rambut, kulit, kuku dan otot aku kuat dan sihat. Masa mengandungkan naurah dulu kulit aku memang kusam sangat. Stretch mark memang banyak la. Tengok pun takut. Tapi start amalkan ESP masa mengandungkan athmar, stretch mark segan nak naik. Yang bestnya stretch mark masa mengandung naurah dulu pun makin pudar. Dah la kulit makin cantik, ESP buat susu jadi lebih pekat dan berkrim. Hahaha. Serius tak tipu ni. Baby pun dapat effect juga tau. Kulit jadi gebu gitu.  Ostema...

Cergas ketika mengandung

As-salam, Athmar dah 3 bulan pada 1 julai lalu. Kejap betul la masa berlalu. Rasanya macam baru je dapat tau mengandung, bersalin, tup-tup sekarang dah 3 bulan pun usia dia. Sebelum tu, belum terlambat kan untuk aku ucapkan salam ramadhan buat semua umat islam di seluruh dunia. Teringat kisah ramadhan tahun lepas. Masa tu aku dah mengandung, tapi belum tahu lagi. Cuma pelik kenapa duk rasa lesu semacam. Mula-mula ingatkan sebab berpuasa dan kurang rehat. Tapi terasa letih melampau sangat. Buat kerja rumah sikit pun dah penat. Time keje jangan kata la, memang asik nak tidur je. Mula-mula memang tak sangka langsung mengandung. Tapi 1 hari period aku datang sikit sangat. Lebih kurang macam stain je. Ada la 3 hari macam tu. Masa tu mula tergerak hati, mengandung ke? Tapi aku tak segera buat pregnency test lagi. Saja tunggu dulu. Sebab beberapa bulan sebelum tu, 2 kali aku buat test lepas rasa tak sihat dan loya-loya tapi hasil menghampakan. So tak nak la rasa kecewa lagi. Hingg...

Kelahiran permata hati, Muhammad Athmar bin Mohamad Fuad

Image
Bismillahirahmanirahim, Agak lambat nak update tentang kelahiran putera kami. Alhamdulillah aku dah selamat bersalin pada 1 April 2014 tepat jam 6.02 pagi. 7 hari sebelum due date. Lahir pada 39 minggu. Kisahnya macam ni. 31 Mar 2014. Aku dah start bercuti dari 17 mac lagi. Memang dah tak larat nak travel ke ofis. Ingat masa appointment minggu ke 38 tu dah boleh bersalin. Kalau ikutkan sejarah bersalinkan naurah dulu masa minggu 38. Tapi baby adik belum ready nak keluar lagi. So sepanjang bercuti tu, aku just meluangkan masa dengan naurah. Pagi ni masih sempat beraktiviti kraf dengan naurah. Perut memang dah kejap-kejap mengeras. Malam memang dah tak lena tido. Memang aku ingatkan ad supaya sentiasa alert dengan phone call. Malam tu macam biasa aku tido lebih kurang pukul 12. Ad habis berniaga lebih kurang pukul 1 lebih. Dalam pukul 2 ad masuk bilik untuk tido. Dalam pukul 3 aku tersedar, terasa macam nak terkencing. Lepas ke tandas, aku cuba nak tido balik, tapi terjaga ...

Kembali langsing selepas bersalin

Image
"Wahh dah slim". Mula-mula macam tak percaya. Tapi bila 1 ofis dah tegur, betul la tu dah kembali slim. Seronoknya. Setakat ni aku dah hilang 10kg. Target nak dapatkan balik berat badan masa anak dara dulu. Boleh melaram sakan masa raya nanti. Ada sikit lagi yang perlu di singkirkan. Bagi yang tertanya-tanya apa rahsia kembali langsing, jawapannya shaklee. Aku gunakan set berpantang dari shaklee yang mengandungi B-complex dengan Asid Folik, Vitalea / Multivitamin dengan Zat Besi, Vitamin C, Zink, Energizing soy Protein- ESP, Alfalfa, Ostematrix dan Lecithin. Memang best sangat vitamin shaklee ni. Pengalaman aku yang baru lepas berpantang, badan memang segar dan cergas je sepanjang tempoh berpantang. Kawan-kawan mak yang datang melawat pun tegur tak macam orang berpantang pun. Alhamdulillah. Untuk wanita yang ingin menurunkan berat badan, aku suggest ambik ESP, Alfalfa dan Lecithin. Bagi yang ada masalah sembelit boleh tambah dengan Herb-Lex. ...

Persediaan berpantang

Image
As-salam, Hari ni nak bercerita pulak tentang keperluan ibu berpantang. Perkara pertama yang biasa di fikirkan ialah nanti nak makan set berpantang apa ye? Memang banyak set bersalin yang ada di pasaran sekarang. Boleh pilih je ikut mana yang bersesuaian dengan diri dan bajet. Masa naurah dulu aku gunakan set dari HPA. Bukan la nak kata tak elok, tapi setnya banyak menggunakan jamu. Naurah pulak kene kuning masa hari ke 2. Jadi memang aku tak makan la set tu. Sudahnya sampai habis berpantang tak abis lagi makannya. Untuk kali ni aku pilih untuk makan set berpantang shaklee. Kelebihan set ini adalah berasaskan bahan semulajadi. Jadi para ibu boleh terus makan vitamin shaklee seawal 2 jam selepas kelahiran. Vitamin shaklee dijamin selamat untuk para ibu dan juga baby anda. Set ini juga baik bagi ibu-ibu yang menjalani pembedahan. Ini adalah set vitamin pilihan aku.  set berpantang / bersalin + menyusu + kurus  Wow banyak kan. Perlu ambik sebanyak ni ke? Ohh...