Pengalaman pertama czer dan luka baik dengan pantas

Assalamualaikum.

Lama betul ahkak tak update blog. Untuk pengetahuan semua, ahkak dah selamat melahirkan anak ke 3 pada 9 september lalu. Alhamdulillah mudah ahkak bersalin, cuma kali ni ahkak czer sebab baby dah berak dalam perut.

Bila dapat tau ahkak kena czer, memang nak menangis gak la mulanya. Ye la, nak kena injet pun ahkak takut ni pulak nak kena belah perut. Doktor bagi masa 1/2 jam untuk ahkak try bersalin normal.

Masa ahkak sampai hospital tu pun sebenarnya laluan dah bukak 7cm. Masa nurse bagitau dah 7cm, ahkak happy la sebab tak lama dah tu. Tapi kejap je happy bila doktor cakap baby dah berak, bacaan jantung baby tak stabil so kena emergancy czer. Ahkak rasa nak menangis, takut, cemas, semua ada la. Bukan apa, dok fikir keadaan lepas czer tu. Dengar cerita memang sakit la bila ubat bius dah habis.

Semua berlaku dengan pantas. Lepas 1/2 jam dan baby masih belum keluar secara normal, maka ahkak di tolak masuk ke OT. Sedih sebab en.suami tak dibenarkan masuk. Walaupun ahkak request nak en.suami masuk, tapi kata doktor ahkak akan full GA, jadi no point la en.suami masuk.

Maka en.suami menunggu la di luar OT dan macam dalam drama, tiap kali dia dengar pintu OT di buka cepat-cepat dia keluarkan dialog "macam mana dengan isteri dan anak saya"? LOL....

Tak lama pun operation tu. Ahkak masuk OT lebih kurang pukul 11pm, 11.40pm semuanya settle. Sedar-sedar en.suami dah dekat sebelah ahkak dok usap kepala ahkak. Ntah apa yang dia cakap pun ahkak tak sure. Dok mamai lagi. Cuma ahkak ingat en.suami tunjuk gambar baby dan cakap pipi baby tembam.

Syukur kali ni kami dapat bilik single. Masa memula en.suami register wad, kami dapat double bedded. Tapi masa di OT nurse maklumkan ada kekosongan di single room maka rezeki kami la. Memang kami prefer ambik single room untuk lebih privacy. Lebih selesa untuk kami dan orang yang melawat nanti.

Bebalik pada keadaan ahkak lepas di czer, memang terasa sakit di tempat di bedah.  Ada orang yang kata dia tak rasa sakit, mungkin daya ketahanan ahkak terhadap rasa sakit rendah. Sebab tu bagi ahkak sakitnya czer ni.

Pagi esoknya nak bercakap pun susah sebab kahak penuh di tekak. Bila ahkak nak bercakap, mesti nak terbatuk. Seksa tau batuk sambil kena tahan perut. Time ni memang rasa lembik betul la. Dah la mamai dengan kesan ubat pain killer tu. So sesiapa yang melawat ahkak time tu, rasanya diorg bercakap sensorang la kot sebab ahkak memang mamai sangat. Hihihi.

Alhamdulillah ahkak jumpa solution untuk pulihkan luka czer dengan cepat dan berkesan. Memang agak mahal, tapi sangat berbaloi-baloi. Bukan je luka czer sembuh lebih cepat, malah badan lebih bertenaga, dan susu juga banyak. 




Vivix dari shaklee memang satu pelaburan yang sangat berbaloi untuk kesihatan. Ia membantu sel dalam tubuh pulih dan berfungsi dengan baik. Bukan hanya untuk mereka yang lepas di bedah, namun untuk sesiapa sahaja yang alami masalah kesihatan.  Ingat apabila sel berfungsi dengan baik, ia membantu organ untuk bekerja dengan lebih lancar. 

Ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk shaklee, boleh hubungi ahkak dengan whatsapp ahkak di nombor 018-2684992.



Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato