Posts

Showing posts from April, 2013

PRU13

As-salam, Sekarang ni cerita paling hangat tentu la pasal pilihan raya umum yang akan di adakan pada 5 Mei 2013. Korang dah check ke korang mengundi di mana? Tau ke siapa calon yang bertanding di Dun dan Parliman kawasan korang. Sape yang belum daftar mengundi tu, dah terlewat dah kalau nak daftar sekarang. Tungga lepas mengundi nanti, bila dah buka untuk mendaftar dengan spr. Pegi la daftar ye, lagi 5 tahun boleh mengundi. Sape yang tak berminat langsung nak ambik tahu pasal politik ni? Ruginya. Jangan kata politik tu bukan untuk korang. Jangan kata korang tak peduli siapa pun yang memerintah negara. Jangan kata walau siapa pun yang perintah negara, korang tetap macam tu jugak. Silap..silap..silap. Mengundi tu tanggungjawab kita sebagai rakyat. Kita ada hak untuk memilih siapa untuk mentadbir negara. Ada pulak yang berkata, "saya tak nak mengundi sebab kawasan saya takde calon beragama islam". Ishh satu kerugian kalau berfikiran macam tu. Okey, katakan di kawasan

Sushi ohh Sushi..

Image
As-salam, Lately ni kemaruk nak makan sushi je la. Dua minggu lepas baru je ke Sushi King dengan naurah. Dating anak beranak sempena en. fuad takde. Bulan lepas pun ke Sushi King gak masa keluar dengan diela dan ibriz di Ipoh. Sabtu lepas pun ke sushi lagi. Tapi kali ni ke Octopuss Sushi pulak. Sebenarnya niat mula-mula nak ke Seoul Garden di KL Festival City Mall. Tapi en. fuad kata dia malas nak makan buffet, so kami tukar lokasi la. Dia suggest sushi. Baik betul la walaupun empunya diri tak makan sushi, tapi disebabkan isteri kesayangan dia ni tengah menghantui sushi maka en. suami penyayang ni terus mengoffer sushi. Aku bagaikan budak kecik dapat lolipop, terus melompat keriangan. Malangnya Sushi King agak penuh. Lagipun en. fuad kelaparan. Nak makan nasi katanya. Maka kami ke Octopuss Sushi sebab ada nasi-nasi gak. Aku macam biasa order set salmon. En. fuad order thai fried rice. Naurah pun macam biasa ambik plate sushi ikut sukati dia je. Tapi bukan makan sangat pun.  

Johor trip 24 - 27 Jan 2013 part 2 : Puteri Harbour Family Theme Park

Image
As- Salam. Bapak lama nak update pasal ni kan. Baru ada kesempatan untuk upload gambar-gambar. Tapi dalam fb tak upload lagi rasanya due to kelembapan internet. Maafkan la adanya. Hari ke 3. Puteri Harbour Family Theme Park Puteri Harbour Family Theme Park ni terletak di Nusajaya juga. Jalan yang sama ke Legoland. Cuma simpang yang berlainan. Ada signboard. Tapi korang kene alert jugak la sebab masih baru, jadi signboard tak berapa perasan. Lebih baik pakai GPS atau WAZE atau SYGIC atau apa-apa aplikasi penunjuk arah la. Takde la pening-pening nak mencari arah nanti. Ada dua theme park yang terletak di sini iaitu Sanrio Hello Kitty Town dan The Little Big Club. Harga bagi theme park ni adalah seperti ini Sanrio Hello Kitty Town    RM75 (Harga biasa)   RM55 (Dengan Mykad) The Little Big Club             RM75 (Harga biasa)  RM55 (Dengan Mykad) 2 Park Pass                       RM110 (Harga biasa) RM85(Dengan Mykad) Harga tiket bagi dewasa dan kanak-kana

Tips dalam hubungan?

Bismillahirohmanirohim, Mana nak mula pun dah tak tau. Lama tak update. Kerja opis menimbun-nimbun banyak sekarang. Menjaga dua orang bos bukan perkara mudah. Tapi bukan juga perkara yang susah. Janji pandai bahagikan tugas dan tau macam mana nak tackle hati bos. Opss jangan salah faham, tackle hati bos bukan bermaksud membodek ye. Aku tak percaya pada bodek membodek. Politik di ofis memang sentiasa ada di mana-mana. Jalan paling selamat, jangan libatkan diri dalam politik ofis. Politik negara, silakan. Hiiii. Tips untuk bakal-bakal setiausaha, sentiasa natural dalam tugasan anda. Bina hubungan kerja yang baik di antara bos, pegawai, eksekutif, kerani atau ofis boy. Ini kerana anda amat memerlukan mereka semua dalam melaksanakan tugas-tugas harian anda. Jangan libatkan diri dalam mana-mana konflik di pejabat. Jangan jadi penyampai. Sebagai seorang setiausaha, anda harus bijak menyimpan rahsia. Anda adalah orang yang paling hampir dengan bos. Jadi banyak rahsia-rahsia yang