Sushi ohh Sushi..

As-salam,

Lately ni kemaruk nak makan sushi je la. Dua minggu lepas baru je ke Sushi King dengan naurah. Dating anak beranak sempena en. fuad takde. Bulan lepas pun ke Sushi King gak masa keluar dengan diela dan ibriz di Ipoh.

Sabtu lepas pun ke sushi lagi. Tapi kali ni ke Octopuss Sushi pulak. Sebenarnya niat mula-mula nak ke Seoul Garden di KL Festival City Mall. Tapi en. fuad kata dia malas nak makan buffet, so kami tukar lokasi la. Dia suggest sushi. Baik betul la walaupun empunya diri tak makan sushi, tapi disebabkan isteri kesayangan dia ni tengah menghantui sushi maka en. suami penyayang ni terus mengoffer sushi. Aku bagaikan budak kecik dapat lolipop, terus melompat keriangan.

Malangnya Sushi King agak penuh. Lagipun en. fuad kelaparan. Nak makan nasi katanya. Maka kami ke Octopuss Sushi sebab ada nasi-nasi gak. Aku macam biasa order set salmon. En. fuad order thai fried rice. Naurah pun macam biasa ambik plate sushi ikut sukati dia je. Tapi bukan makan sangat pun.  

Bagi aku, Sushi King lebih sedap dari Octopuss Sushi. Next time nak try Sakae Sushi pulak. Sebab ramai yang cakap lebih sedap. Ok kita masuk dalam wish list.

Sambil tu, layan pic kami ye.




 set salmon

pandai ke pakai chopstick tu?

jemput makan

thai fried rice


Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078)

Facebook : d.ni.vitaminsihat

Whatsapp : 018-2684992



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato