Johor trip 24 - 27 Jan 2013 part 2 : Puteri Harbour Family Theme Park
As- Salam.
Bapak lama nak update pasal ni kan. Baru ada kesempatan untuk upload gambar-gambar. Tapi dalam fb tak upload lagi rasanya due to kelembapan internet. Maafkan la adanya.
Hari ke 3. Puteri Harbour Family Theme Park
Puteri Harbour Family Theme Park ni terletak di Nusajaya juga. Jalan yang sama ke Legoland. Cuma simpang yang berlainan. Ada signboard. Tapi korang kene alert jugak la sebab masih baru, jadi signboard tak berapa perasan. Lebih baik pakai GPS atau WAZE atau SYGIC atau apa-apa aplikasi penunjuk arah la. Takde la pening-pening nak mencari arah nanti.
Ada dua theme park yang terletak di sini iaitu Sanrio Hello Kitty Town dan The Little Big Club. Harga bagi theme park ni adalah seperti ini
Sanrio Hello Kitty Town RM75 (Harga biasa) RM55 (Dengan Mykad)
The Little Big Club RM75 (Harga biasa) RM55 (Dengan Mykad)
2 Park Pass RM110 (Harga biasa) RM85(Dengan Mykad)
Harga tiket bagi dewasa dan kanak-kanak adalah sama.
Apa yang ada di sana? Ok kita mulakan dengan Hello Kitty Town dulu. Sebaik melangkah masuk, kita seolah-olah berada di satu dunia yang lain. Iaitu dunia hello kitty. Bukan hanya naurah, tapi mama dan papa memang sangat teruja sebab cute sangat. Di sini ada 6 wishful studio studio dan korang akan diberi 1 aktiviti kad setiap seorang. Korang cuma boleh masuk sekali je dalam setiap studio. Jadi make sure korang gunakan masa dalam studio tu sebaik mungkin dan ambik gambar sebanyak mungkin.
kalau sofa ni ada kat rumah, sure jadi tahta kekal naurah. |
bilik tido yang sangat awesome |
bathtub yang berwajah hello kitty. sure naurah nak berendam hari-hari |
tv pun hello kitty weii |
wahai cermin hikmat sakti, siapa yang paling comel di dunia |
Kemudian kita ke cookies studio. Korang akan diberi seketul biskut berwajah hello kitty. Tugas korang adalah untuk menyapu strawberry jem dan chocolate ke wajah hello kitty tu. Ikut suka la nak buat macam mana pun. Tengok tu tekun naurah sapu jem kan. Dah settle, boleh ngapp je biskut tu.
ni hasil contengan naurah |
Kemudian kita ke jewelry making studio. Setiap pemegang activity card akan di beri satu braclet dan loket. Pilih la jenis loket yang korang suka. Comel-comel semuanya.
en. fuad yang tekun membantu naurah |
Teringin bergaya macam hello kitty? Korang boleh merialisasikan impian korang tu di Make Over Studio. Kat sini korang boleh pilih samada nak pakai kostume hello kitty atau my melody.
Bagi yang suka berfikir, korang boleh main game macam mana nak bebaskan hello kitty dan dear danial yang telah di kippnap oleh black wonder di Black Wonder Castle. Tapi aku tak main pun sebab sibuk sangat bergambar. Terlupa nak mencari clue-clue yang terdapat di dalam castle tu.
"don't worry hello kitty, i will rescue you" |
Cuma satu studio je kami tak masuk iaitu nail studio. Sebab kami tak nak jari naurah comot-comot. Kalau korang berminat boleh la mengecat jari jemari tu.
Selain studio, ada gak show oleh penari-penari. Masa ni, kanak-kanak akan di ajak untuk menari bersama. Make sure check show time ye supaya korang tak terlepas. Memang seronok.
mari kita menari |
Kalau korang beli pass untuk kedua-dua theme park, korang boleh berlari-lari anak antara hello kitty town dan the big club sebab di big club pun ada few show jugak. Antaranya barney show, thomas and friends show. Ada few rides yang korang boleh naik jugak. Boleh gak ambik gambar dengan karektor-karektor kartun yang korang minat. Anak-anak mesti teruja punya la dapat jumpa dengan karektor yang diorang minat.
barney show |
pingu house |
boleh jugak menari ballet di angelina dance studio |
Memang seronok sangat di sini. Tambahan pulak tempat ni dalam bangunan, jadi selesa untuk anak-anak dan mak bapak budak. Kalau hujan ke panas ke takde hal punya.
Suggestion, dah alang-alang sampai sini, beli la tiket untuk both theme park. Pegi awal-awal so that korang takde la miss sebarang show dan tak rushing dalam setiap studio. Just enjoy every moment here. Sekali sekala berjiwa kanak-kanak. Kembalikan keriangan kenangan zaman kanak-kanak korang dan berkongsi bersama anak-anak korang sekali.
Ini adalah Lat Place. Masa kami ke sini, tempat ni belum beroperasi lagi kecuali kedai cenderahati. Sempat la kami membeli souvenir dari Lat Place ni. Apa yang aku tau, ini adalah restorant. Tapi bukan normal restorant yang korang boleh masuk ikut suka time korang. Diorang cuma serve lunch dan dinner. Sambil makan, korang akan di hiburkan oleh karektor-karektor dari kartun kampung boy. Camtu la yang diberitahu oleh staffnya. Macam mana, aku pun tak berapa sure. Next time kalau ke sini lagi mungkin boleh cuba kot.
Keesokkan harinya adalah masa untuk pulang ke KL. Kejap je rasanya habis tiga hari tu. Patutnya stay lagi satu malam la kt johor sebab sebenarnya kami tak sempat pun nak meronda di JB. Balik hotel je terus Zzzz. Kepenatan. Insya allah ada rezeki lagi boleh la ke mari lagi. Naurah pun asik duk cakap nak ke legoland dan hello kitty lagi. Nanti kalau ada package menarik lagi insya allah boleh beli. Kene la simpan duit banyak-banyak cmni.
Kalau ada yang tak baca lagi tentang cerita di legoland boleh baca di sini.
Selamat merancang percutian. babai...
Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078)
Facebook : d.ni.vitaminsihat
Whatsapp : 018-2684992
Comments
Post a Comment