PRU13

As-salam,

Sekarang ni cerita paling hangat tentu la pasal pilihan raya umum yang akan di adakan pada 5 Mei 2013. Korang dah check ke korang mengundi di mana? Tau ke siapa calon yang bertanding di Dun dan Parliman kawasan korang. Sape yang belum daftar mengundi tu, dah terlewat dah kalau nak daftar sekarang. Tungga lepas mengundi nanti, bila dah buka untuk mendaftar dengan spr. Pegi la daftar ye, lagi 5 tahun boleh mengundi.

Sape yang tak berminat langsung nak ambik tahu pasal politik ni? Ruginya. Jangan kata politik tu bukan untuk korang. Jangan kata korang tak peduli siapa pun yang memerintah negara. Jangan kata walau siapa pun yang perintah negara, korang tetap macam tu jugak. Silap..silap..silap. Mengundi tu tanggungjawab kita sebagai rakyat. Kita ada hak untuk memilih siapa untuk mentadbir negara.

Ada pulak yang berkata, "saya tak nak mengundi sebab kawasan saya takde calon beragama islam". Ishh satu kerugian kalau berfikiran macam tu. Okey, katakan di kawasan anda calon dari parti A, melayu. Manakala parti B, cina. Tapi calon parti A ni jenis makan rasuah, kroni, cakap tak serupa bikin. Manakala calon parti B ni memang memperjuangkan hak rakyat, membantu rakyat, anti rasuah, anti kroni. Adakah anda tetap akan menyokong calon parti A, sebab fikiran anda, dia islam. Aku mesti sokong melayu.

Memilih pemerintah bukan hanya kerana dia melayu, dia islam. Untuk apa islam hanya pada nama tapi langsung tidak mengamalkan gaya hidup islam. Pemimpin harus lah seorang yang tegas dan adil. Walaupun dia bukan islam, namun jika dia boleh menjadi pemerintah yang adil, tak salah jika kita memilih dia. Aku tak katakan aku setuju jika bukan islam mentadbir negara sebab perkara itu tak mungkin terjadi di malaysia. Dalam perlembagaan malaysia telah termaktub bahawa islam adalah agama rasmi malaysia. Jadi mana mungkin bukan islam boleh mentadbir sebuah negara islam.

Dalam kita ghairah berkempen, jaga lah juga tutur kata kita. Jangan memaki, mencarut dan mengutuk pihak lawan. Bila aku baca page politik didalam blog atau fb, ramai penyokong kedua-dua parti yang sering melontarkan komen-komen yang negatif. Tak salah memberi pendapat atau pandangan. Tapi dalam bahasa yang manis la. Jangan la sampai menganjingkan orang, membabikan orang, mentenukkan orang. Anda memperlihatkan sisi sebenar diri anda apabila berbahasa kasar seperti itu. Malu ok.

Sekian celoteh aku pagi ni. Nasihat aku, buat pilihan yang tepat. pilih la calon yang jujur, amanah dan tekun bekerja. Pilih la yang berjuang menegakkan islam. Bukan hanya islam pada nama.

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato