Goodies bag
As-salam, Sebenarnya selalu je berazam nak rajin-rajin update blog. Tapi azam je la. Lepas tu kelaut. Hehe.Bulan ogos pun cuma 3 entry je. Hari ni dah 10 september, tapi baru 1 cerita je masuk. Camon mar, gigih lagi. Takde apa nak cerita sangat, jom aku kongsi pasal goodies bag yang aku sediakan untuk majlis aqiqah athmar baru-baru ni. Kami sediakan 100 goodies bag untuk diberikan pada para tetamu. Isikandungannya simple je, 1 buku surah al-mathsurat beserta doa-doa, 1 kek apolo dan air kotak. Surah Al-Mathurat tu beli borong di Mydin. Tak silap aku dalam RM0.90/pc. Ada banyak pilihan di Mydin. Sebenarnya aku nak beli doa-doa harian, tapi en. fuad nak ambik yang ni. Sebagai isteri mithali, akak turutkan. Tengah-tengah malam gigih menampal stiker kat surah. En. fuad dan anak-anak dah sedap berdengkur. Stiker tu aku buat sendiri. Edit pic athmar di photoshop, pastu print atas stiker paper. Bila dah tepek, baru terpikir, patut buat style landskap bukan ...