Goodies bag
As-salam,
Sebenarnya selalu je berazam nak rajin-rajin update blog. Tapi azam je la. Lepas tu kelaut. Hehe.Bulan ogos pun cuma 3 entry je. Hari ni dah 10 september, tapi baru 1 cerita je masuk. Camon mar, gigih lagi. Takde apa nak cerita sangat, jom aku kongsi pasal goodies bag yang aku sediakan untuk majlis aqiqah athmar baru-baru ni. Kami sediakan 100 goodies bag untuk diberikan pada para tetamu. Isikandungannya simple je, 1 buku surah al-mathsurat beserta doa-doa, 1 kek apolo dan air kotak.
Surah Al-Mathurat tu beli borong di Mydin. Tak silap aku dalam RM0.90/pc. Ada banyak pilihan di Mydin. Sebenarnya aku nak beli doa-doa harian, tapi en. fuad nak ambik yang ni. Sebagai isteri mithali, akak turutkan.
Tengah-tengah malam gigih menampal stiker kat surah. En. fuad dan anak-anak dah sedap berdengkur. Stiker tu aku buat sendiri. Edit pic athmar di photoshop, pastu print atas stiker paper. Bila dah tepek, baru terpikir, patut buat style landskap bukan potret. Lebih cantik. Hurmm, takpe la dah siap tepek pun. Lain kali je la.
Paper bag tu pun beli di Mydin. Ada banyak pilihan kaler. Harga tak ingat la pulak. Resit ntah campak ke mana la. Tapi rasanya dalam RM5 or RM6 kot. Ke lagi murah. Label tu pun aku print sendiri je. Edit dalam publisher pastu print atas A4 paper. Memang saje tak letak muka athmar pada label tu. Kang orang koyakkan pastu buang je. Sedih pulak rasanya muka anak aku terbuang. Memula ingat nak pakai stiker juga, tapi pikir balik lebih cepat kalau stapler je. Maklumla nanti nak kene packing sorang-sorang. Adik beradik lain balik lambat. Tak sempat nak tunggu diorang balik baru nak packing.
Masa packing tu, naurah je yang membantu. Boleh diharap dah anak dara ni. Laju gak dia buat kerja. Dia yang masukkan semua goodies, aku just staplerkan aje. Dolly paper tu aku beli dekat pasaraya hero. Harga dalam RM2 atau RM3 kot. 1 pack ada 100pc. Kalau beli kat kedai yang jual barang-barang hantaran tu mahal rasanya. So pi cari kat hero, bahagian bakery. Dah lama dah beli, masa duk buat projek cheese tart dulu. Tak pakai-pakai, so gunakan je la untuk goodies bag. Nampak cantik goodies bag dihias macam ni.
Separuh dari goodies bag yang di siap. Naurah yang ambik pic ni. layankan je la. Ada benda-benda yang aku boleh buat sendiri, memang aku buat la. Lebih jimat. Kalau semua nak order, costly jugak kan. Aku takde la kreatif sangat. Tapi ada minat sikit-sikit. Kene rajin-rajin google la untuk dapatkan idea.
Kos untuk goodies bag ni lebih kurang macam ni. Harga tak tepat sebab banyak yang dah terlupa.
Paper bag - RM5/50pc
Kek apollo - RM5.9/24pc
Air kotak - RM18/24kotak
Al-Mathurat - RM0.90/pc
Stiker paper - RM5.90/10pc
Dolly paper - RM2-3/100pc
Tu je la yang aku boleh share. Kot-kot korang nak buat majlis pastu duk pikir-pikir nak letak apa, nak berjimat, nak kira anggaran bajet. Boleh la ambik idea sikit.
Love,
mar
Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078)
Facebook : d.ni.vitaminsihat
Whatsapp : 018-2684992
Comments
Post a Comment