Online Shopping

As-salam,

Wanita dan shopping memang sukar dipisahkan. Betul tak? Siapa sini yang tak suka shopping angkat tangan.. Eh ada yang angkat ke. Nampak sangat menipu.. Hahaha

Masa zaman aku muda dulu (eh macam dah tua sangat kan) masa tu belum pemes sangat lagi pasal online shopping. So hampir tiap-tiap minggu mesti keluar, orang putih kata window shopping la. Seronok tengok-tengok barang, tengok-tengok orang. Berangan la nak beli itu ini. Bila gaji memang melonjak-lonjak la keseronokkan bershopping.

Tapi sekarang ni bila dah ada anak, jarang sikit la nak kerap-kerap keluar shopping. Leceh nak tempuh jem, orang ramai, nak cari parking lagi. Belum masuk bab anak meragam. Haa memang menguji kesabaran betul la. Sekarang ni kalau keluar, mesti cari mall yang mesra kanak-kanak, yang ada tempat untuk bermain. Senang bila anak cranky je, umpan dia pegi indoor playground. Mall pulak mesti yang toilet bersih. Susah woi anak aku tu penggeli. Kalau toilet kotor, memang dia taknak masuk. Dah la jenis makan je nak terberak. Adoi, macam-macam hal. Ada pulak mall yang takde changing diaper room. Dah tu aku nak tukar pampers athmar kat mana pulak nanti.

Nasib baik la sekarang ni nak beli barang dah makin senang. Semuanya online je. Dalam facebook, instagram melambak-lambak orang menjual pelbagai produk. Korang click je apa jenis barang yang korang nak cari. Segala mak nenek ada. Bagi yang baru-baru berjinak dengan shopping online ni, korang kene bijak memilih seller. Bukan apa, dalam ramai-ramai yang berniaga ni, ramai juga yang penipu. Dah bank in duit, tapi barang tak dapat. Dah bank in, order barang lain, sampai barang lain. So kene pandai memilih seller. Aku kalau nak membeli selalunya tengok page seller tu dulu. Baca testimoni dari buyer dia. Alhamdulillah sepanjang aku membeli secara online ni, belum pernah lagi tertipu.

Selain bershopping dari facebook atau instagram, aku selalu juga membeli barang daripada page seperti mydeal.com, streetdeal.com atau groupon. Barangan yang dijual di page ni memang agak murah berbanding dengan harga pasaran. Korang cuma perlu ada online banking je. Tak perlu credit card pun. Yang seronoknya dalam page macam ni, ada juga pakej percutian. Bagi yang suka bercuti, boleh la try beli pakej daripada sini. Harganya agak murah la juga. Aku penah gak beli pakej percutian dari mydeal. Puas hati la.

Love,
mar

***************************************************************************

Iklan sikit ye.

Penah dengar meal shakes dari shaklee. Minuman berkhasiat yang sedap, lazat dan lengkap dengan 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Bulan ni ada promosi beli 3 percuma 1. Untung wei beli 3 dapat 4, beli 6 dapat 8.

Selain tu, dengan membeli meal shakes bulan ni, korang juga dapat menyumbang kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Jom tambah saham akhirat.


Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato