Smart Reader Kids

As-salam,

Jenuh juga la aku dan en. fuad memikirkan nak daftarkan sekolah mana untuk naurah tahun depan. Mula-mula plan memang nak hantar ke Little Caliph. Memang ada yang paling dekat dengan rumah. Tapi yuran boleh tahan ye. Plus minus memang dekat 7k juga untuk setahun. Memandangkan dah ada 2 orang anak ni, maka perbelanjaan haruslah lebih berhati-hati dan berhemah. Tapi bukan la aku kedekut nak keluar bajet untuk persekolahan anak aku, cuma perlu lebih bijak memilih.

Setelah menimbah tara segala perbelanjaan, menimbang tara persekolahan yang mana best yang bersesuai dengan bajet kami, maka smart reader kids menjadi pilihan kami. Terkejut juga la sebab aku ingat mahal sangat fee untuk smart reader. Tapi alhamdulillah under bajet. Tapi tak tau la pulak kalau fee ni ikut pada tempat or kawasan sekolah tu. Ni aku sharekan fee untuk Smart Reader Kids di Taman Nirwana.

1. Registration Fee (New Student) - RM 100.00
2. Miscellaneous Fee - RM 120.00
3. Sport and Concert Fee RM 150.00
4. P.A Insurance - RM 20.00
5. Uniform (T-Shirt short sleeve & Long Pants) RM 29.80/pair
                 (1 Shoes + 3 pairs socks) RM 37.40
                 (1 school bag) RM 22.00
6. Exercise book - RM 2.40
7. Books package for beginner students RM 210.00

Total bagi pendaftaran RM 721.40

Untuk cawangan ni pula ada pakej untuk kanak-kanak muslim. So ada tambahan sikit.

8. PAFA - RM 25.00
9. Tudung - RM 16.00
10. Telekung (Optional) - RM 16.00
11. Reading book package (for 5 & 6 years old student) RM 150.00

Memandangkan naurah dah ada telekung, jadi total untuk keseluruhan untuk pendaftaran ni yang perlu kami bayar adalah RM 912.40.

Untuk school fee pula, bayaran ikut term sebanyak RM 1180 x 3 term. Maknanye sebulan RM 295. Ok la tu kan.

Kita cerita yang best dulu ye. Tiap kelas cuma ada 12 orang pelajar je. Maka teacher boleh bagi lebih perhatian pada setiap murid. Tadika ni adalah english medium. Namun guru masih menggunakan dwi bahasa. Teacher semuanya baik-baik je. Takde garang-garang. Untuk tadika ni, aku tak suka teacher yang terlalu garang. Nanti takut pula anak aku nak ke sekolah. Environment sekolah ok la, kelas semua ada aircond. So selesa la naurah belajar nanti. Masa tadika je ye sekolah ada aircond. Dah masuk sekolah betul nanti, jangan harap la kelas ada aircond. Tak mampu mama nak masukkan private school.

Yang kurang menarik, tadika ni atas shop lot. Ikutkan aku ni memang fussy sikit pasal environment tadika. Tapi yang environment best-best memang school fee dia pun best juga la. Nasib baik smart reader ada buat aktitivi luar. Pastu aku selalu usha fb smart reader ni. Menarik juga la aktiviti yang selalu diorang buat.

Lagi pun tadika ni dekat dengan rumah pengasuh naurah. Kalau emergency boleh mintak tolong pengasuh naurah pegi ambik.

Alamak tetiba rasa macam touching pulak. Kejapnya rasa, tau-tau je naurah dah nak masuk sekolah. Rasa macam baru bersalinkan dia. Jangan masa 1st day sekolah, mama yang nangis. Over betul la mak dia ni.

Love,
mar

Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078)

Facebook : d.ni.vitaminsihat

Whatsapp : 018-2684992

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato