As-salam,
Alhamdulillah niat untuk buat majlis aqiqah & berendoi athmar dah terlaksana. Lega rasanya. Cuma baru buat seekor kambing. Lagi seekor in sha allah akan dibuat kelak. Ni pic sekitar majlis minggu lepas. Kali ni buat di Bagan Lalang.
|
Endoi cantik ni dari Buaian berendoi Pama. Boleh check it out di FB atau Instagram. |
Ni kali ke-2 kami gunakan khidmat dari Buaian Berendoi Pama. 1st dulu masa alang buat aqiqah khalish. Sebab berkenan, servis pun best so kali ni gunakan khidmat mereka lagi. Jenuh gak aku pikir nak pakai tema kaler apa. Lastly kaler purple + kuning jadi pilihan. Memang cantik la kaler tu. Nampak berseri-seri je dalam gambar.
Selain endoi, diorang pun buat mini pelamin untuk bertunang dan nikah juga. Harga memang mampu milik. Bak kata para peniaga, harga kasih sayang je.
|
DIY Candy Buffet. Polaraid pic dari Cintafasca di Instagram |
Macam biasa aku memborong candy di tempat feberet aku la di NSK Seri Rampai. Memang sakan membeli candy bila dikedai tu. Balang-balang chocolate semuanya gunapakai botol yang dapat dari kenduri. Jimat kan. Hahaha. Frame tu beli di Ikea dengan harga Rm2.50/pc. Pastu print sendiri tulisan tu. Bab susun atur tu, En. Fuad yang susunkan. Pandai dia menyusun.
Polaroid pic tu ditempah dari ig cintafasca. Kalau nak tempah, boleh la jenguk ig mereka. Tapi buat masa ni tengah close order. Ala korang follow je la ig dia. Bila diorang open order, cepat-cepat summit order tau.
|
puteri sulung kami yang cantik jelita |
Stand on board photo dan photo booth props tu pulak aku order dari Gift comel 4 u di FB. Nak di jadikan cerita, aku order ni agak lambat. So agak kalut jugak la menunggu. Risau la props sampai lepas majlis kan. Sesia je order kang. Owner GC4U ni memang baik, siap tolong track kan parcel aku di mana dah. Nasib hari jumaat tu sampai. Aku memang suh pos terus ke bagan lalang. Kalau pos ke office alamatnya memang pakai syok sendiri lepas majlis la. Hahaha.
Kalau nak order boleh halo-halo Gift comel 4 U ye. Servis memang mantop. Harga pun murah-murah je.
|
Cubaan awal mendodoi athmar |
|
Athmar usha-usha mama. Tapi muka serius je padahal mama beria agah |
|
Usha papa pulak. Hensem anak aku ni kan. Hii |
|
Upload pic ni dalam fb, orang duk tanya lagu apa aku tengah nyanyi. Apadaa |
Mak suruh aku baca terjemahan surah luqman. Khas untuk anak. Nampak tak muka serius aku tu? Ha memang tengah feel serius la tu.
|
Ni la group marhaban yang best dan sporting tu. Memang sangat-sangat-sangat best. |
|
Belanja 1 lagi gambar serius aku. Credit to cameraman aku.
Nak khidmat dia, cari dalam fb Mohd xiahzuan. |
|
Beria mama sewa buai, atas dukung gak dia nak duduk |
|
Nampak tu muka geram dia. Nak ambik gendang dengan tamborin nenek-nenek marhaban |
|
Sambil mak cik-makcik bermarhaban, kitorang sempat posing dekat buai |
|
Suka pic ni cantik...cantik |
|
Keluarga kecilku yang dah mula bercambah |
|
Finally hero tertido. |
|
Makcik ni memang best. Sporting habis |
|
Ramai betul geng-geng marhaban yang datang. Semua memang best, sporting morting |
|
Dah 2 anak. Memang wow sangat |
|
Masa untuk photo gedik. Ni cikgu ni.
Budak macho tu tido dengan damai. |
|
Mama to be. In sha allah akan deliver oktober ini. Moga dipermudahkan. Memang hot sangat |
|
Antara tetamu yang hadir. |
Yang paling terharu, ayah mertua aku sanggup datang juga walaupun dalam keadaan tak sihat. Sayang abah sangat-sangat. Moga cepat sembuh ye abah.
Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada semua yang sudi hadir. Geng-geng marhaban yang gempak sangat. Siap nyanyi lagu Arjuna Beta lagi. Memang touching sangat. Lirik lagu tu memang sangat-sangat menyentuh hati.
Terima kasih pada keluarga, terutama mak dan ayah yang bersusah payah ke sana sini bagi persiapan majlis ini, adik beradik yang banyak membantu, yang sponser serba sedikit barangan. Moga di murahkan rezeki. Mana yang terkurang tu, maaf dari kami suami isteri.
Love,
mar
Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078)
Whatsapp : 018-2684992
Comments
Post a Comment