Posts

Showing posts from February, 2011

Demam

Aku & Baby Aura bergilir-gilir demam pulak. Start dari Baby Aura jumaat lepas, rabu turn aku plak. Ari ni Baby Aura demam lik. Semua orang cakap musim. Pelik kan sebab demam pun ada musim ye. Macam musim buah or 4 musim tu ke? heheheh

Happy Birthday Sweet Little Darling

Image
17 February 2011 - Ulangtahun pertama puteri kecil kesayanganku. Baby Aura kini genap setahun. Bermakna telah setahun juga aku & hubby bergelar mama & papa. Bahagia melihat Baby Aura membesar di depan mata. Terasa puas juga kerana masih dapat menyusukan Baby Aura dengan susu mama sepenuhnya. Buat anak tersayang, ini pesanan mama,

Love is in the air

Image
1 4 Februari - tarikh yang sentiasa dinanti oleh pasangan yang bercinta. Kadang-kadang aku tertanya kenapa perlu menunggu tarikh ini untuk meraikan cinta. Bukankan cinta perlu dirai setiap hari? Namun tarikh 14 Februari juga adalah memberi makna tersendiri buat aku. Tarikh ini la aku & hubby sah bercouple setelah beberapa bulan berkawan. :) Sejarah perkenalan aku & hubby? Kami ditakdirkan bertemu melalui kawan atas kawan. Pertama kali bertemu pada malam tahun baru 2005 di Penang, tiada apa-apa yang istimewa. Lagipun masa tu masing-masing dah ada couple. Beberapa bulan kemudian kami bertemu lagi. Tapi aku lebih rapat dengan kawan hubby. Namun beberapa perkara berlaku menyebabkan kami menjadi semakin rapat. Hingga lah pada tarikh 14 Februari 2006, hubby meluahkan perasaannya padaku. Kami tidak menyambut Valentime, namun setiap tahun pada tarikh ini, kami memperingati tarikh kami sah bercouple. Tahun ini bermakna telah 5 tahun kami bercinta. Dan cinta ini semakin mendalam setelah

Edit mengedit..

Image
Saje try refresh balik memori untuk mengedit gambar menggunakan photoshop. Still belum expert sebab dah terlalu lama tak mengedit. So buat yang simple-simple aja. Pic ni nak tepek dalam FB untuk tatapan Papa Aura.

Gongxi Gongxi

Belum terlambat lagi untuk ucapkan Selamat Tahun Baru Cina untuk kaum cina yang merayakannya. Untuk aku, seronok sebab bercuti panjang. Sampaikan bila alarm berbunyi untuk mengejutkan aku pagi tadi, ada sedikit keluhan. Ahh dah keje. Bila hantar Baby Aura ke rumah mak ina, tiba-tiba aku terasa sayu. Setelah 4 hari berkepit dengannya, rasa macam tak sanggup nak berjauhan pula. Saat bersama Baby Aura merupakan saat yang paling bahagia dalam hidup aku. Setiap telatah & kerenahnya mengundang gelak tawaku. Walau aku terpaksa berjauhan dengan hubby tapi kehadiran Baby Aura membuatkan aku tak memikirkan sangat kesedihan berjauhan dengan hubby. Sememangnya kehadiran Baby Aura memberikan nikmat dan kebahagian yang tak terhingga buatku.

Baby Aura

Image
Entry ni saja sebab nak bagi announcement yang sekarang panggilan glamor untuk Naurah ialah Baby Aura. Kenapa Baby Aura? Aura adalah cerminan energy dari tubuh kita dan pancaran energy itu memiliki warna yang mengandungi makna yang tertentu. Detailnya boleh baca disini . Tapi yang sebenarnya panggilan aura tu datangnya dari Jimmy, anak buah aku yang pelat tu. Dia tak reti menyebut Naurah, jadi tiap kali dia cuba panggil Naurah, cuma Aura je yang dengar. Lama-lama aku suka pulak dengan panggilan Aura. So aku dengan ini mengumumkan nama panggilan glamor untuk Naurah ialah BABY AURA . Baby Aura & Papa

Pindah 2nd entry

Alhamdulillah dah selesai mengangkut barang-barang pindah rumah. Pehhh memang penat + sakit badan sangat-sangat. Tapi belum settle mengemas rumah lagi. Barang-barang mum ayah pun banyak lagik kt rumah aku sebab rumah kat Bgn Lalang tak abis renovate lagik. Jadi terpaksa tumpang barang kat rumah aku dlu. Pening kepala tengok rumah berserabut. Just settle kemas dapur dan bilik tidur je. Ruang tamu still penuh kotak lagik. Macam mane nak buat birthday party Baby Aura ti. Baby Aura seronok tengok banyak barang kat living hall. Sebab banyak benda leh jadi mainan dia. Kadang-kadang kelakar tengok dia leka bermain dengan barang-barang. Cuma yang aku tak tahan bila dia suka masukan barang ke dalam mulut. Risau betul tengok. Takut dia tertelan benda-benda yang merbahaya. Mmm kalau belum settle kemas, nampak gayanya kene postpone la party nampaknya :(