Posts

Showing posts with the label birthday

Marsya Naurah 5 Tahun

As-salam, Ya allah cepat betul masa berlalu. Sumpah, aku tak sedar rupanya dah 5 tahun bergelar seorang ibu. Pertama kali dapat tau aku mengandung, macam-macam perasaan hadir. Gembira, takut, risau semua ada. Gembira sebab bakal mendapat cahayamata. Takut macam mana sakitnya bersalin. Risau, mampukah aku membesarkan anakku. Pertama kali menatap wajah naurah 5 tahun lalu, semua rasa sakit bersalin terus hilang. Rasa kasih dan sayang yang memutik ketika mengandungkan dia semakin bercambah. Dan perasaan itu semakin mekar hari demi hari. Ya allah, aku bersyukur dengan kurniaan ini. Terima kasih kerana meminjamkan anak ni padaku. Anak yang baik, bijak dan comel. Jadikan anakku marsya naurah anak yang solehah, anak yang sentiasa mentaat suruhan mu, anak yang menghormati ibu bapanya, anak yang menyayangi adiknya. Jadikan anak ku marsya naurah anak yang berjaya di dunia dan akhirat. Marsya Naurah, mama sayangkan kakak. Jadi kakak yang baik. Tunjukkan contoh dan tauladan yang bai...

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Image
As-salam. Alhamdulillah apa yang di rancang berjalan dengan lancar. Walaupun sambutan lewat 2 minggu dari tarikh sebenar disebabkan mama terlalu sibuk dengan persiapan menyambut orang baru. Takpe la janji kita tetap celebrate kan. Tahun ni memang takde plan langsung nak buat party kat rumah sebab tengah sarat kan. Dah sure tak larat nanti. Jadi awal-awal memang survey tempat mana nak buat. Kalau tahun lepas buat di KFC, tahun ni A&W jadi pilihan. Bagi yang tengah survey party package untuk anak, boleh la tengok party package di A&W ni di sini . A&W menawarkan 3 pakej combo bagi party yang diadakan di restoran dan 2 pakej combo bagi house party. Tapi kami lebih prefere dibuat di restoran sebab lebih mudah, tak perlu susah-susah kemas rumah dan kalau tak cukup makanan boleh order je. Yipii. Untuk kali ni kami pilih pakej combo B. Apa yang ditawarkan bagi pakej ni adalah: 40 psc Golden Aroma Fried Chicken 30 psc Basic Coney 15 svgs French Fries (Sm...