Marsya Naurah 5 Tahun

As-salam,

Ya allah cepat betul masa berlalu. Sumpah, aku tak sedar rupanya dah 5 tahun bergelar seorang ibu. Pertama kali dapat tau aku mengandung, macam-macam perasaan hadir. Gembira, takut, risau semua ada. Gembira sebab bakal mendapat cahayamata. Takut macam mana sakitnya bersalin. Risau, mampukah aku membesarkan anakku.

Pertama kali menatap wajah naurah 5 tahun lalu, semua rasa sakit bersalin terus hilang. Rasa kasih dan sayang yang memutik ketika mengandungkan dia semakin bercambah. Dan perasaan itu semakin mekar hari demi hari.

Ya allah, aku bersyukur dengan kurniaan ini. Terima kasih kerana meminjamkan anak ni padaku. Anak yang baik, bijak dan comel. Jadikan anakku marsya naurah anak yang solehah, anak yang sentiasa mentaat suruhan mu, anak yang menghormati ibu bapanya, anak yang menyayangi adiknya. Jadikan anak ku marsya naurah anak yang berjaya di dunia dan akhirat.

Marsya Naurah, mama sayangkan kakak. Jadi kakak yang baik. Tunjukkan contoh dan tauladan yang baik pada adik ye. Ingat pesanan mama dan papa. Belajar rajin-rajin tau.

Happy 5th birthday my princess.


Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078)

Facebook : d.ni.vitaminsihat

Whatsapp : 018-2684992

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato