Percutian bajet Ke Pulau Pinang
Assalamualaikum,
Lama sangat saya tak update blog ini. Kekangan kerja sememangnya membataskan masa saya untuk mengadap blog setiap hari.
Saya cuba-cuba juga untuk update di rumah, namun tak terkejar dengan kerja-kerja rumah yang tak pernah habis. Tambahan anak-anak semakin membesar dan menuntun perhatian daripada saya.
Tapi terasa rindu sangat pada ruangan yang saya gunakan untuk meluahkan pandangan dan bercerita. Jadi, hari ini teringin menaip. Nak asah kembali bakat mengarang. Tettt. (>..<)
Siapa yang tak suka bercuti? Rasanya bila bertanya, pastinya ramai yang suka pergi bercuti. Namun kadang-kadang terbantut lantaran kewangan yang tidak mengizinkan. Kami tidak berkecuali. Adakalanya terpaksa membatalkan plan percutian kerana short budget.
Namun, adakalanya kita harus mengambil risiko. Pergi bercuti tak semestinya perlu percutian mewah dan menelan belanja ribuan ringgit. Hanya dengan bajet yang sedikit, kita masih mampu menikmati keseronokan bercuti.
Ini yang kami lakukan bulan April tempoh hari. Percutian tanpa di rancang terlebih awal, dengan bajet yang sedikit, alhamdulilah kami masih dapat bercuti di Pulau Pinang dan yang penting dapat menggembirakan hati anak-anak.
Pada awalnya kami bercadang ke Pulau Pinang hanya untuk 1 malam sahaja, tujuan utama untuk makan-makan. Tapi en.suami takut tak puas pula jika terlalu sekejap. Jadi, kami tambah lagi 1 malam.
Kami bertolak dari ampang khamis petang lebih selepas naurah habis sekolah. Kami terus ke Kepala Batas terlebih dahulu untuk makan malam di Afanee Seafood. Along recommend untuk try garlic kerang di sini. Dan banyak juga review positif dari orang ramai tentang kedai ini.
Memang sangat recommended untuk makan di sini. Sedap dan murah. Tak rugi extra 44KM perjalanan kami. Selain kerang garlic, kami order juga sotong goreng tepung, sup ayam, nasi putih 4 pinggan dan 3 jenis air. Tak sampai RM50 total keseluruhan.
Kami bertolak dari ampang khamis petang lebih selepas naurah habis sekolah. Kami terus ke Kepala Batas terlebih dahulu untuk makan malam di Afanee Seafood. Along recommend untuk try garlic kerang di sini. Dan banyak juga review positif dari orang ramai tentang kedai ini.
terkenang lagi keenakan kerang garlic |
Memang sangat recommended untuk makan di sini. Sedap dan murah. Tak rugi extra 44KM perjalanan kami. Selain kerang garlic, kami order juga sotong goreng tepung, sup ayam, nasi putih 4 pinggan dan 3 jenis air. Tak sampai RM50 total keseluruhan.
Heloo Penang |
Perkara utama yang perlu di beri perhatian bila pergi bercuti pastinya penginapan. Untuk trip kali ini kami book di hotel G Times Inn yang terletak di Lebuh Victoria dengan harga RM150 untuk 1 malam. Kami ambil bilik family dengan 2 katil queen, sememangnya selesa untuk saya, suami dan 3 anak kecil kami.
pix from google |
pix from google |
Alhamdulillah berpuas hati dengan hotel ini dan pekerjanya sangat membantu. Kedudukannya di tengah Georgetown memudahkan kami ke mana-mana selain daripada keluasan bilik yang sederhana memadai buat kami yang banyak menghabiskan masa di luar. Balik bilik hanya untuk berehat dan tidur. Toilet juga bersih dan selesa. Namun tiada sarapan pagi di sediakan ye.
Tapi apa lah yang hendak di risaukan dengan sarapan pagi di Pulau Pinang kerana anda mempunyai banyak pilihan untuk bersarapan. Di hari pertama di sana, kami bersarapan dengan Roti Canai Transfer Road yang sememangnya sangat terkenal. Roti canai kuah kari banjir dengan sebelah peha ayam. Sememangnya cukup menggembirakan perut saya. Harga bagi sepinggan hanyalah RM8 dan anda pasti kenyang sampai tengahari.
Selain roti canai, anda juga boleh memesan roti bakar dan telur 1/2 masak dari stall bersebelahan. Memang sedap rasa roti bakar yang di bakar di atas dapur arang. Benar-benar menggamit memori zaman kecil dahulu.
Usai sarapan pagi, kami berjalan kaki ke Museum Chocolate yang terletak di Lebuh Light, Georgetown. Sambil berjalan kaki, sambil menikmati panorama di bandar. Bukan senang nak acting tourist ni. Seni bina bangunan lama yang klasik memang menarik. Jadi jangan lepaskan peluang untuk bergambar ye.
Menariknya di sini, anda akan di beri penerangan proses pembuatan cokelat. Anak-anak begitu teruja kerana ini pertama kali mereka melihat dan mengenal buah koko. Suatu pengalaman baru buat mereka. Setelah itu, anda boleh memborong cokelat yang di jual di sini. Ada pelbagai jenis perisa yang pasti membuatkan penggemar cokelat gembira. Bayaran masuk adalah percuma.
amoi ni terang kemain laju lagi. |
Selesai di museum, kami ke Phantamania atau juga di kenali sebagai Penang Magic World. Ianya terletak di Lebuh Victoria, tidak jauh daripada G Times Inn. Sememangnya sesuatu yang menarik untuk di lawati di sini. Pastikan memori kamera anda cukup untuk mengambil pelbagai gambar dari pelbagai sudut yang menarik di dalam ini. Bukan hanya anak-anak yang teruja, kami juga sangat enjoy di sini.
pix from google |
Sebaik melangkah masuk, anda perlu melalui laluan bercermin. Memang jenuh la nak cari jalan keluar.
Tiket masuk ke Phantamania adalah sebanyak RM19 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak. Saya tak ingat samada kanak-kanak di charge mengikut umur atau ketinggian.
Puas bergambar, perut terasa lapar pula. Tapi atharizz mula merengek kepenatan. Jadi kami ambil keputusan untuk tapau makanan dan makan di hotel sahaja. Pilihan hati adalah Restoran Kapitan yang terletak di Lebuh Chulia, kira-kira 300 meter dari Phantamania.
Antara menu yang wajib di makan adalah claypot nasi briani dan milani briani. Tapi kali ni saya kecewa kerana tak dapat beli susu almond kerana hanya di jual pada waktu malam. Bila saya ke sini lagi pada malam hari, susu almond telah habis. Memang frust sangat-sangat.
Di sebelah petang pula, kami ke Batu Feringgi, kawasan pelancongan yang tidak asing lagi bagi pengunjung. Memang tak lengkap ke Pulau Pinang tanpa ke Batu Feringgi. Teringin juga bermalam di sini, tapi harga hotel di sini agak mahal. Memandangkan percutian kali ini bajet agak terhad, jadi mungkin lain kali kita boleh plan menginap di salah satu hotel di sini. Impian anak-anak tentu la menginap di Hard Rock Hotel kerana mempunyai kolam renang yang besar dan menarik.
Jika sudah ke area ini, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke Penang Avatar Secret Garden yang terletak di Tanjung Tokong. Tempat ini menarik untuk di lawat pada waktu malam. Lampu LED yang di gantung di pokok menghiasi kawasan ini membuatkan anda seolah berada di alam lain.
Bayaran untuk masuk ke taman ini adalah percuma, namun anda perlu membayar untuk parking lebih kurang RM5 untuk sebuah kereta. Namun anda boleh parking secara percuma jika anda parking di tepi jalan besar.
Jika anda membawa anak kecil, elakkan membawa stroller bersama ke sini. Kerana tempat ini bertangga, agak sukar untuk mengangkut stroller. Dan pastikan anda mengawal anak-anak, di takuti mereka terjatuh kerana agak gelap di sana.
Destinasi seterusnya adalah ke Sup Hameed yang terletak di Jalan Penang, Georgetown. Ini antara menu wajib di cari setiap kali ke Pulau Pinang. Sup Hameed memang merupakan sup kegemaraan naurah, hingga jika nak makan sup, dia request ke sini. Jauhnya dari ampang nak ke penang semata-mata nak makan sup hameed wahai anak oiii..
Seelok selesai makan, saya perasan badan atharizz dipenuhi ruam. Agak merisaukan sebab atharizz baru pulih dari demam. Saya takut dia dijangkiti chicken pox pula. Jadi bergegas kami mencari klinik yang masih beroperasi memandangkan waktu itu telah pukul 10.30 malam.
pix from google |
Syukur Klinik O2 di Ayer Hitam masih beroperasi ketika itu. Oleh kerana naurah dan athmar dah tertidur akibat kepenatan, jadi en.suami menunggu di dalam kereta sahaja sementara saya mendapatkan rawatan untuk atharizz. Sewaktu saya sampai, cuma ada seorang pesakit di sana.
Pekerja di klinik sangat mesra dan membantu memandangkan saya perlu mendukung atharizz dan dia sedang tidur waktu itu. Jadi pekerja klinik membantu saya mengisi borang. Doktor juga sangat mesra. Alhamdulillah, atharizz tidak dijangkiti chicken pox namun hanya mengalami ruam kesan daripada demam tempoh hari.
Keesokan hari, kami check out jam 10 pagi dan terus mencari sarapan. Kali ini pilihan kami adalah di Restoran Hameediyah di Lebuh Chambell. Restoran ini sememangnya terkenal dengan nasi kandar. Kalau anda ke Penang, jangan lupa singgah ke Restoran Hameediyah. Pilihan lauk pauk yang di sediakan pasti membuatkan anda kecur dan tak tahu mana yang mahu di pilih.
Kami sampai agak awal dalam pukul 10.30 pagi, jadi kedai masih lengang lagi. Kalau waktu lunch, memang panjang beraturnya. Lauk masih banyak yang belum siap di masak lagi. Jadi kami pilih apa yang ada je.
Selain nasi kandar, ada juga roti canai dan murtabak yang boleh di pesan. Kami memesan murtabak cheese, memang sedap sangat. Walaupun telah kenyang setelah memakan nasi, tapi kesedapan murtabak cheese buat saya lupakan seketika diet saya.
Ke Penang tak lengkap kalau tak menyinggah membeli jeruk. Kami ke kedai jeruk Pak Ali untuk membeli sedikit buah tangan untuk rakan-rakan. Walaupun sekarang ni kedai jeruk pak ali telah membuka banyak cawangan lain di seluruh negara, tapi tetap juga lebih seronok memborong jeruk di Penang.
Selesai semua, kami mula bergerak keluar dari Penang. Untuk balik, kami memilih menaiki feri pula. Jalan agak sesak ketika ini kerana hari itu merupakan hari penamaan calon untuk pilihan raya. Banyak jalan yang di tutup sampai jenuh juga la kami berpusing-pusing georgetown untuk mencari jalan ke jeti.
Nasib baik la jumpa juga jalan ke jeti. Dan tak perlu menunggu lama untuk menaiki feri. Sebaik feri bergerak, kami naik ke dek atas untuk menikmati pemandangan. Anak-anak cukup teruja memandangkan pertama kali dahulu kami hanya menunggu di dek bawah.
Itu sahaja percutian ke Penang untuk kali ini. Sememangnya tujuan untuk ke Penang untuk makan-makan. Cuma kali ini tak sempat ke Gurney Drive untuk pekena pasembor. Memang kena repeat balik nanti.
Kami tak terus pulang ke KL, tapi balik ke kampung en.suami di Batu Gajah untuk ke MAPS pula keesokan harinya. Saya akan ceritakannya di entry akan datang nanti.
Comments
Post a Comment