Posts

Showing posts with the label resepi

Resepi Nasi Ayam

Image
Assalam, Siapa suka nasi ayam? Gila siapa tak suka nasi ayam. Ramai orang suka nasi ayam. Cheh berapa banyak nasi ayam aku nak tulis ni. Hari jumaat lepas aku cuti. Cuti peristiwa kaedahnya. So bila bercuti mari kita memasak. Pikir punya pikir, aku rasa nak masak nasi ayam, sebab aku suka nasi ayam. So ambik resepi dari kak Azie kitchen . Cuma aku derhaka resepi sikit.  Untuk Ayam Halia Bawang merah  Bawang putih Sos tiram Kicap manis Kicap masin Madu Blend halia, bawang merah dan bawang putih. Kemudian perap ayam bersama sos tiram, kicap manis, kicap masin dan madu. Semua main agak-agak je kuantitinya.  Untuk Sup Bawang putih Bawang merah Halia Ayam bahagian tulang 1 kiub ayam Knorr Garam Gula Tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah di blend. Make sure buat kuah banyak sebab sup akan di gunakan untuk masak nasi, sambal cili dan kicap.  Untuk Nasi  *Mentega *Bawang merah *Bawang putih...

Jom masak lasagna

Image
Assalam, Lasagna ni memang favourite aku sesangat. Tapi nak makan selalu tak la sebab harga agak mahal, pastu makan tak kenyang. Daripada beli sepinggan lasagna, lebih baik makan nasi. Kompem kenyang sampai malam. Pastu aku kurang suka lasagna di Pizza Hut sebab yang tu seafood lasagna. Aku suka beef.  Dulu penah ambik resepi lasagna dari kawan. Pastu rasa macam lecehnya nak buat. Banyak sangat step nak kene buat. Last-last campak tepi je la resepi tu. Tapi sejak dua menjak ni ntah hantu chef mana yang merasuk jiwa aku ni, duk gila nak mencuba macam-macam resepi pulak. So semalam di petang yang damai, maka terhasil la beef lasagna yang penuh dengan kasih sayang.  Kita tayang sepinggan lasagna bagi proses merembes ailio korang dulu ye.  Bahan-bahan yang di perlukan .(maaf ye tak ambik gambar bahan)  Sebiji bawang besar (potong dadu) 400g daging cincang (aku guna sepeket daging ramly) 1 tin cendawan butang (hiris nipis) 1 tin sos preg...

Resepi makanan bayi / toddler | White Sos chicken pasta

Image
Assalam, Semalam nak masak lauk untuk athmar. Tapi takde idea. Malas buat sup ayam, sal isi ayam seketul je. So potong-potong je la bawang. Pastu keluarkan je la unsalted butter. Ingat nak tumis bawang pakai butter je. Saja takmo pakai minyak. Bila bau butter dan bawang bersatu, terus terasa nak letak serbuk oregano. Masa ni still tak tau nak masak apa lagi. Tiba-tiba athmar mintak cheese. Sebelum tu dah habis sekeping cheese mother choice dia bedal. So aku pun kasi la lagi sekeping. Dah siap-siap bukak, sekali athmar takmo makan pulak cheese tu. Daripada membazir, terus terpikir masukkan je la cheese tu dalam lauk athmar ni. Maka terjadi la white sos versi mama mar.  Gambar masa memasak tak ambik ye. Sal memula ingat lauk simple je.  Bahan-bahan. Untuk sekali or dua makan je Sepotong ayam 2 ulas bawang putih Sedikit serbuk oregano Sedikit daun parsley Sekeping cheese (aku pakai mother choice)  Cara-cara Tumis bawang menggunakan unsalted b...

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato

Image
Assalam, Lama tak up resepi makanan bayi kan. Sebenarnya athmar tak bayi lagi dah. Hari ni dah genap 1 tahun 6 bulan. Patut dah kene tukar tajuk, resepi makanan toddler. Memang cepat sangat masa berlalu. Hoiii.  Kadang-kadang pening juga nak masak apa. Dulu masa athmar baby, boleh juga buat stok puri untuk seminggu. Sekarang ni kalau dia kene repeat menu sama je, mula la dia taknak makan. Demand sungguh tau. Dah la mama dia ni rajin sungguh memasak kan.  Dalam freezer ada ikan merah. Asik buat sup je, so kali ni mama buat masak tomato. Pakai bahan simple je. Tu je pun yang ada. Maklum la minggu lepas raya haji, so memang tak membeli stok bahan masak la.  Bahan-bahan. Sekeping ikan merah. (nak pakai ikan tenggiri ke, ikan bawal ke, ikan jenahah ke boleh je) Ikan ni aku lumur dengan tepung, serbuk oregano dan serbuk daun parsley sikit. Nak bagi kelainan rasa sikit.  Sebiji tomato Sayur (carrot, kubis, ikut apa yang korang suka la. aku pakai bro...

Resepi makanan bayi | Cheezy Butter Chicken Porridge

Image
Assalam, Lama tak up entry mak-mak. Hari ni nak share resepi mudah dan ringkas ni untuk anak-anak setahun ke atas.  Bahan-bahan Unsalted Butter 2 sudu besar Cheese 1 Slice Bawang putih seulas dan merah sebiji Ayam Sayur (carrot, bunga kobis, brokoli, etc) Segenggam beras Cara-cara  Cuci bersih beras kemudian toskan air. Ketepikan Tumis bawang dengan butter hingga kekuningan.   Masukkan ayam, gaulkan sekejap. Masukkan beras kemudian gaul rata.  Kemudian masukan air mengikut sukatan yang dikehendaki.  Masukkan sayur Bila air hampir kering, masukkan cheese slice. Kacau sebati.  Tutup api. Siap.  Memang senang sangat-sangat buat ni. Rasa pun sedap. Ada rasa lemak-lemak dari butter dan masin-masin dari cheese. Kalau korang nak pakai ikan pun boleh. Sebelum ni aku pernah buat pakai salmon. Memang lagi meletop rasanya. Athmar pun suka sangat.   Reason kenapa aku kata resepi ni untuk 1 tahun k...

Resipi Makanan Bayi - Puree pear + pisang & puree jagung

As-salam, Dah lama tak update resipi makanan bayi kan. Rajin duk buat tapi malas ambik gambar. Jadi entry hari ni hanya bercerita tanpa gambar. Puree pear + pisang Bahan-bahan Sebiji pear Sebiji pisang Cara-cara Ambil sebiji buah pear, cuci bersih, potong kecil dan buang kulit Steam pear tersebut hingga lembut. Potong pisang kecil. Setelah pear sejuk, campur air / ebm blend bersama pisang. Buah pear ni kaya dengan serat. Ia boleh membantu mengatasi masalah sembelit. Selain tu, buah pear juga mengandungi vitamin c yang bertindak sebaga antioksida yang membantu melindungi sel dalam badan daripada radikal bebas. Kandungan pectin dalam pear juga dapat membantu merendahkan paras kolestrol dalam tubuh. Selain itu, kandungan glukosa dan fruktosa dapat memberikan sumber tenaga bagi tubuh. Banyak lagi khasiat pear tau, kalau demam, minum segelas jus pear bagi meredakan suhu panas. Pisang juga banyak khasiatnya ye. A banana a day keeps the doctor away. Pisang m...

Resepi makanan bayi - Steamed Butter Chicken

As-salam, Entry mak-mak kembali lagi. Disebabkan athmar memang suka makan, jadi mak memang teruja nak masak macam-macam makanan untuk athmar. So kali ni try masak steam butter chicken pulak. Sonang sangat-sangat. Aku pakai apa yang ada di rumah je. Bahan-bahan Zuchinni - 1/2 batang Carrot - 1/2 batang Peas - 1 genggam Ayam - 1/2 bahagian tight Unsalted Butter - 1 potongan kecil Cara-cara Buang kulit zuchinni dan carrot dan cuci bersih. Potong kecil. Panaskan air dalam periuk. (aku takde steamer so pakai periuk je) Steam semua bahan di atas. Setelah masak, tutup api. Gaulkan butter. Setelah sejuk, blend ikut kelikatan yang dikehendaki. Maaf takde gambar ye. Still hadapi masalah dengan network. Sapa boleh tolong ye. Love, mar Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078) Facebook : d.ni.vitaminsihat Whatsapp : 018-2684992