Jom masak lasagna
Assalam,
Lasagna ni memang favourite aku sesangat. Tapi nak makan selalu tak la sebab harga agak mahal, pastu makan tak kenyang. Daripada beli sepinggan lasagna, lebih baik makan nasi. Kompem kenyang sampai malam. Pastu aku kurang suka lasagna di Pizza Hut sebab yang tu seafood lasagna. Aku suka beef.
Dulu penah ambik resepi lasagna dari kawan. Pastu rasa macam lecehnya nak buat. Banyak sangat step nak kene buat. Last-last campak tepi je la resepi tu. Tapi sejak dua menjak ni ntah hantu chef mana yang merasuk jiwa aku ni, duk gila nak mencuba macam-macam resepi pulak. So semalam di petang yang damai, maka terhasil la beef lasagna yang penuh dengan kasih sayang.
Kita tayang sepinggan lasagna bagi proses merembes ailio korang dulu ye.
Bahan-bahan yang di perlukan.(maaf ye tak ambik gambar bahan)
Sebiji bawang besar (potong dadu)
400g daging cincang (aku guna sepeket daging ramly)
1 tin cendawan butang (hiris nipis)
1 tin sos prego traditional
1 batang lobak (tapi aku tak pakai sebab takde dalam fridge)
Serbuk oregano
Serbuk parsley
Butter
Bahan optional (nak letak boleh, taknak pun takpe)
Sos tomato
Sos cili
Sos BBQ
Cara-cara
Cairkan butter. Kemudian masukan bawang dan tumis hingga kekuningan.
Masukkan daging dan meat ball.
Setelah daging masak, masukkan sos prego. (kalau ada carrot, masukkan carrot dulu dan masak hingga lembut sebelum masukkan sos)
Kemudian masukkan cendawan. Gaul rata hingga cendawan masak.
Perisakan dengan garam dan gula. Lepas tu masukkan serbuk oregano dan parsley.
Jangan sampai kuah kering. Biar berkuah.
Bila masakan ni dah siap, boleh letak tepi dulu. Pastu siapkan sos putih pulak.
Bahan untuk sos putih
2 sudu besar tepung gandum
250ml susu segar (nak pakai full cream pun boleh)
2 keping cheese
Butter
* nota mesra : buat lebih sos ni, double or triple pun takpe. sebab lagi sedap kalau letak banyak dalam lasagna nanti. aku buat double. so add kan kuantiti dia ye.
Cara-Caranya
Cairkan butter. Kemudian masukkan tepung. Time ni tepung akan bergumpal. Jangan panik ye.
Lepas tu masukkan susu. Kacau mesra bahan tersebut hingga tiada lagi tepung yang menggumpal.
Bila semua bahan tadi dah sebati, masukkan cheese dan kacau hingga cheese cair. Sos akan memekat. Kalau rasa pekat sangat, tambahkan susu sedikit.
Sos putih akan jadi seperti ini. Nak senang, kacau gunakan whisk.
Bila dah siap, boleh la ambik instant lasagna. Instant lasagna ni ikutkan tak perlu di rebus dulu pun takpe. Tapi make sure korang buat kuah banyak-banyak. Tapi aku rebus sikit sebab tak yakin. Takut mana tau sekali tak lembut pulak, jenuh ko nak kunyah karang. Tu dalam pan tu, tengah merebus la tu. Aku rebus sekeping-sekeping. So ambik masa sikit. Dah la naurah dan en.fuad dah bising kelaparan. Suruh makan dulu nasi goreng tak mo. Nak tunggu lasagna ni juga.
Proses terakhir adalah melayerkan lasagna ni. Letak lapisan lasagna di dalam bekas yang korang nak gunakan tu. Lepas tu letak kuah daging tadi. Lepas tu sos putih tu. Aku tabur sedikit mozzarella cheese sebelum ulang balik step tersebut. Paham ke?
=> Lasagna
=> Sos daging
=> Sos putih
=> Mozzarella cheese
=> Ulang balik step tu
Dah siap layer, sekarang boleh bakar lasagna korang tu. Bakar dalam oven dengan kepanasan 180c selama 40 minit atau bergantung pada jenis oven. Bila oven berbunyi ting.. keluarkan dan sejukkan sedikit sebelum potong.
Ini la rupa lasagna dalam beberapa minit setelah di hidang. Memang betul-betul kelaparan diorang ni.
Bagi yang tak tau macam mana rupa instant lasagna tu, ini la rupanya.
Tak rajin? Ala dulu aku pun malas juga nak memasak. Lately ni je kemaruk nak mencuba macam-macam menu. Tambahan bila suami dan anak-anak suka makan apa yang dimasak. Terasa kepuasan dalam hati tahap maksima bila tengok diorang kekenyangan. So meh la merajinkan diri untuk memasak ye. Air tangan ibu dan isteri ni boleh membelai jiwa suami dan anak-anak tau.
Love,
mama mar
* pasni semua resepi dalam blog, aku letakkan dalam label resepi. Senang korang nak mencari.
Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078)
Facebook : d.ni.vitaminsihat
Whatsapp : 018-2684992
Comments
Post a Comment