Erti kehilangan

Assalam,

Pagi tadi terbaca status dari fb Dr.MAZA.com tentang kehilangan. Ini membuka minda aku tentang erti sebuah kehilangan. 




Kurnia Allah atas kehilangan sesuatu

Kurniaan Allah kepada seseorang itu bukan hanya dalam bentuk pemberian, tetapi mungkin juga dalam bentuk menghilangkan sesuatu. Kadang-kadang kita memiliki sesuatu ataupun seseorang yang kita rasakan satu kebaikan namun Allah mengetahui ia tidak baik untuk dunia ataupun akhirat kita, lantas Allah menghilangkannya dari kita. Kita sangka ia satu kehilangan tetapi ia sebenarnya satu kurniaan Allah kepada kita untuk menyelamatkan kita. Kehilangan harta tertentu, kawan dan kekasih bukanlah semestinya satu keburukan, bahkan satu nikmat yang akan dapat difahami apabila kita melihatnya dari jendela hikmah dan rahmat Allah.

Nabi Nuh a.s. kehilangan anak dan isterinya yang derhaka lagi memusuhi dakwahnya. Demikian Nabi Lut isterinya yang memusuhinya. Kesemua itu kurniaan Allah buat mereka agar mereka berlepas diri dari golongan yang tidak seiras bahkan menjadi musuh kepada agenda dakwah mereka, yang memburukkan persepsi dan merosakkan sanubari. 



Penyakit apabila lama ia bersarang, kita merasa biasa. Demikian juga kadang harta ataupun manusia yang boleh membawa musibah kepada dunia dan akhirat kita apabila lama kita bersama dan bergaul dengan mereka. Lalu kita mula selesa dengan keburukannya. 

Kehilangan harta ataupun manusia tertentu mungkin satu kurniaan Tuhan sepertimana Tuhan menghilangkan penyakit tertentu dari kita. 

Apabila kita sentiasa bermunajat kepada Allah dalam setiap urusan, maka kita tidak akan kecewa atas apa kehilangan sekalipun. Kita tahu Allah mempunyai agenda rahmatNYA untuk kita. Sebaiknya kita akan mensyukuri sesuatu kehilangan, bahkan menikmatinya dengan penuh kemanisan iman dan melihat cinta Allah seluas ufuk timur dan barat. 

Apabila kita meminta dari allah sesuatu, lalu DIA pun menentukan agenda rahmatNYA yang seterus. 

Maka doa yang indah yang diajar dan disuruh oleh Al-Quran dalam Surah Al-Isra ayat 80

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya : Wahai Tuhanku masukkanlah daku kepada tempat masuk yang benar (baik dan mulia) dan keluarkan daku tempat keluar yang benar (baik dan mulia) dan jadikan bagiku dari sisiMU kekuasaan (hujah) yang memenangkan


Selama ini kita menggangap sebuah kehilangan sebagai satu ujian daripada Allah s.w.t. Semoga jiwa-jiwa yang sedang bersedih atas kehilangan, lebih tenang setelah membaca ini. Yakin lah bahawa setiap perancangan Allah tidak pernah silap.


Love,
mar

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato