Tua Sebelum Usia
Assalam, Tadi up status tentang perkara ni di fb. Ni aku nak hurai lebih lanjut mengapa kita perlu elak dari kelihatan tua sebelum usia. Sebelum tu copy balik status dari fb. Nampak tua sebelum usia? Khasnya kaum wanita lebih cenderung kelihatan lebih tua dari usia sebenar. Kenapa? Bagi wanita yang telah berkahwin dan mempunyai anak, bagi mereka menjaga penampilan diri bukan lagi perkara utama dalam kehidupan mereka. Ramai yang merasakan tidak sempat untuk berhias bersolek dan berdandan rapi kerana terkejar-kejar mahu melayan anak kecil. Aku pun tak terkecuali. Setelah melahirkan anak pertama 5 tahun dulu, aku mula abaikan penampilan diri. Bagi ku asal siap sudah. Tapi bila ada seorang wanita memanggil aku makcik, aku rasakan seperti di tampar kuat. Aku tak terlalu tua ok. Sejak itu aku mula beri perhatian dengan penampilan diri. Macam zaman anak dara dulu. Jangan ambil ringan dengan penampilan diri. Walau dah beranak pinak, menjaga kecantikan diri untuk...